Keluarga saya isteri tersayang dan anak-anak yang hadir untuk memberi sokongan di Bayan Lepas International Airport
Us Zulkhiry dan anaknya yang turut sama hadir
Us Azzeman sudah bermalam di Hotel Seri Malaysia Bayan Baru bersama keluarganya. Turut kelihatan En Arman dan En Fairuz.
2 Jun 2010: Bertolak dari Pulau Pinang bersama Us Zulkhairy Timbalan Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang dan Us Azzeman Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Negeri perlis. Kapal terbang yang sepatutnya dijadualkan pada 9.45 malam telah ditunda kepada jam 10.45 malam. Anak dan isteri tersayang dan ibu bapa yang tercinta serta sahabat-sahabat seperjuang turut sama hadir bagi memberikan sokongan moral dan lambaian perpisahan. Hati terasa berat dan sedih meninggalkan keluarga di tanahair. Namun perjuangan menuntut ilmu Allah SWT dan menimba pengalaman dan pendakian untuk kejayaan mesti diteruskan jua. Air mata kesedihan akan perpisahan sementara tidak akan mematahkan semangat dan hati peserta kursus ini untuk agama, bangsa dan negara. Pemergian yang diiringi oleh linangan air mata dan tangisan bonda bakal menyuntik harapan fizikal dan mental kami. Semata-mata demi melihat umat Islam di negara ini akan mendapat sesuatu buah tangan cendera kenangan angin perubahan apabila pulang kelak InsyaAllah.
Timbang bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang telah melebihi had yang dibenarkan. Inilah ujian pertama kami. Barang saya sahaja baru 2 beg buah telah mencecah berat 36 kg. Ditambah lagi beg Us Zulkhairy dan Us Azzeman akhirnya melebihi 90 kg -+. Semua kena bayar lebihan bagasi sebanyak RM 150.00. Maka kami bersetuju untuk berkongsi pembayaran sebanyak RM 50.00 seorang. Syukur semuanya selesai dan tidak ada masalah yang besar berlaku.
Alhamdulillah sampai di KLIA dengan selamatnya. Selepas mengambil bagasi Us Azzeman berjumpa dengan saudaranya di bahagian ketibaan dan selepas itu kami pergi ke aras 5 KLIA untuk mencari tempat berehat dan beradu.
Seribu wajah yang tidak mampu diungkapkan apabila kapal terbang berlepas
Di tingkat atas KLIA itu kami tercari-cari bangku kosong untuk tidur dan kebanyakan bangku sudah dipenuhi oleh musafir-musafir yang akan bertolak seawal esok pagi. Rupanya KLIA tidak menyediakan kemudahan kerusi rehat (yang juga dipangil kerusi malas) untuk pengembara-pengembara seperti kami. Jika di lapangan terbang Dubai kita akan berjumpa dengan kerusi yang selesa dan memudahkan urusan pengguna kapal terbang . Dicadangkan kepada pengurusan KLIA agar menyediakan bangku seperti itu untuk kemudahan pengguna lapangan terbang tersebut.
Tetapi di sini kemudahan itu tidak disediakan. Maka terpaksalah kami mengambil inisiatif mengambil kerusi-kerusi yang masih kosong untuk melepaskan lelah dan tidur sementara menunggu keesokan hari.
Sejurus tiba di KLIA kami mengambil bagasi dan bersiap sedia ke tingkat 5 untuk beradu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan