THE MOSQUE, WOMEN AND GOD-The Roles Of Women In The Mosque
(06.00 p.m -09.30 p.m)
Shaykha Halima Krausen bersama Shaykh Mohamed Yazdani Raza Khan, Shaykh Ahmed saad, shaykh Ahmed Ben Tijani Omar.
PERTEMUAN DIMULAKAN DENGAN JAMUAN MAKAN MALAM ALA PARSI
Nasi ini memang sedap dan cepat kenyang. Kalau nak sedap tambah dengan keju kecil semasa panas dan gaulkan. Masih tercari-cari resepinya.
Ayam panggang dan sebelahnya yang masih belum dibuka kebab kambing.
Sayuran segar terus dimakan
Kambing panggang sungguh lembut isinya
MAJLIS DIALOG DIMULAKAN SELEPAS MAKAN MALAM
Dimulakan dengan bacaan ayat suci al Quran oleh Abdullah dari Kosovo. Menariknya pagi tadi kami lihat Abdullah ini kerjanya sebagai pelayan di kantin Muslim College dan mencuci tandas. Rupanya beliau adalah seorang qari. MasyaAllah!Nilai seorang hamba Allah.
Suasana dalam dewan
Peserta kursus merupakan wakil negara Malaysia dalam majlis ini
Antara kaum wanita yang turut hadir dalam majlis ini
Masyarakat Britain cukup terbuka dan berminat mendengar bicara ilmu walau bagaimana cara dan keadaan mereka.
Antara panel seorang Imam dan Shaykha Halima Krausen
Wanita dalam Islam dipandang tinggi. Kerajaan Fatimi merupakan kerajaan yang diasaskan oleh wanita. Khadijah merupakan seorang usahawan. Sumayyah merupakan seorang pahlawan. Lalu dimana mereka yang mengatakan Islam agama yang menindas kaum wanita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan