4 Jun 2010. Selepas solat subuh saya cadang nak tidur balik. Masykuri nak masak meggi dan buat air. Waktu Malaysia dan menunjukkan dekat pukul 9.00 pagi. Patut perut dan berkeroncong. Time makan rupanya. Waktu-waktu nie saya mesti pergi dengan rakan Us Rasyid ke kedai Pak Berahim belakang lorong HSBC, Lebuh Pantai bagi menikmati makanan nasi kandar dan kadang-kadang kari kepala ikan.
Saya bukak beg makanan untuk mengeluarkan meggi me dan neslo 3 dalam 1. Rupanya perkara besar yang tidak bawa ialah kami lupa bawak sudu dan bekas tapuwear untuk makan. Masak air pakai rice cooker. sahaja pagi tu. Tiba-tiba pintu bilik di ketuk. Agak sederhana ketukan waktu subuh ini. Mirza dah menjenguk kepalanya ke dalam bilik.
"Makan dah?" Tanya Mirza.
"Baru masak air nie!" Kata masykuri.
"Tak pa jom pi bilik aku. Aku dan masak sardine pakai rebus ja dalam air panas." Balas Mirza.
"Ok aku bawak ikan bilis sambal tumis nie." Tambah Masykuri
Pagi itu kami makan roti, sardine, ikan bilis sambal tumis dan me maggi goring. Sungguh syahdu!.
"Kalau anak bini tahu la kita makan lagu nie, mesti menitik air mata depa nu!"gurau saya dalam nada yang dalam.
Selepas sarapan Mirza member kami sim kad percuma yang dibeli malam semalam bersama Shah. Lyca mobile. Kad pra bayar yang pada pendapat saya cukup murah dan perkhidmatan yang cukup baik. Saya terus menghubungi isteri yang tersayang. Dia sedang makan nasi dalam jamuan di sekolah bersama guru-guru lain. Namun suaranya cukup gembira menerima panggilan yang pertama dari bumi London ini. Kata pepatah " sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan". Nanti kita huraikan maksud pepatah ini dalam entri yang akan datang. Saya menghubungi mak. Cukup jelas suara mereka. Macam di Malaysia sahaja.Terubat rindu.
Selepas sarapan, pagi itu kami jalan-jalan di sekitar London sambil ambil gambar suasana persekitarannya. Cuaca agak sejuk. Memang sejuk walau dalam musim panas. Mula rasa cuaca seperti di Cameron Highland, namun agak lebih sejuk walau dalam musim panas. Sebab itu kena bawak baju sejuk ke London. Saya, Kuri, Mirza dan Bakri. Pos-pos gambar yang menarik pagi itu dari kami berempat sambil bergilir-gilir mengambil gambar. Jumpa kedai agaknya orang dari Negara arab . Beli kad sim $10.00 pound. Konsep kedai seperti 7 Eleven di Malaysia. Banyak majalah. Tapi inilah London. Majalah lucah banyak dijual secara terbuka. Percaya atau tidak? Percayalah. Mereka kata atas nama kebebasan.
Namun yang menarik ialah pembelian kad pra bayar disini memang berbaloi-baloi. Bagi telefon ke Malaysia hanya dikenakan 4 p untuk seminit seolah-olah 4 sen seminit. Bayangkan jika $10.00 pound. Murah bukan?. Bagi Lycamobile jika di tambah (top up) nilai sebanyak $30.00 pound akan dapat tambahan percuma sebanyak $15.00 pound. Maknanya anda telah mempunyai $45.00 pound untuk digunakan. Jika sesama sim kad ( sebagai contoh Lyca mobile) anda akan mendapat 1000 minit percuma untuk menghubungi rakan yang sama penggunaannya dan 1000 sms percuma.
Kedai dibuka sekitar jam 10.00 pagi. Sewaktu kami merayau-rayau selepas waktu subuh ini tidak banyak kedai yang dibuka. Kereta juga tidak banyak bergerak. Walaupun hakikatnya matahari telah menunjukkan seolah-olah waktu dhuha. Ada kedai yang menjual cenderemata siap menampalkan iklan dalam Bahasa Melayu bagi tawaran yang istimewa bagi siapa yang mahu membeli ole-ole ke Malaysia. Namun udara pagi sungguh segar dan suasana senyap sunyi seperti dalam kiub. Tidak percaya kota London ini setenang air di kali. Untuk pengetahuan kereta yang memasuki kota London akan dikenakan bayaran kesesakan sebanyak $ 8.00 pound.Rakyat lebih suka menaiki tube(keretapi bawah tanah yang sungguh efesien dan juga bas).
Namun yang menarikperhatian ialah sikap pemandu kota london yang sangat menghormati pejalan kaki dan bertolak ansur sewaktu memandu yang kita tidak akan dapat lihat perkara tersebut di negara kita.
Kami pulang ke Malaysia Hall jam 7.00 pagi. Namun mengikut arah yang berlainan sewaktu dating. Kami percaya kami tidak akan tersesat jauh. Seronok jalan-jalan pada waktu pagi. Akhirnya kami berjumpa dengan Hotel Holiday Inn tempat penginapan ustaz Othman. Mirza berjumpa dengan Ketua rombongan bagi memberitahu akan kesilapan maklumat yang perjumpaan dengan duta dibatalkan . Aku dan Masykuri sempat bukak facebook di hotel dengan kadar $1.00 pound sejam bagi penggunaan internet. Ini kerana di Malaysia Hall tidak terdapat akses internet seperti wayer less dan lain-lain. Hanya digunakan oleh kakitangan MSD. Aku buka www.takmirpenang.blogspot.com bagi memberitahu perkembangan terkini semenjak sampai di bumi London. Mirza mendapat arahan bagi mengumpulkan semua peserta di Hotel Holiday Inn pada jam 10.30 pagi untuk mesyuarat dan perjumpaan dengan ketua rombongan.
Bersiap-siap untuk perjumpaan dengan ketua rombongan. Namun saya memaklumkan bahawa saya perlu bersarapan terlebih dahulu untuk mengelakkan gastrik. Makan di Malaysia Hall nasi putih, ikan kembung masak sambal, sayur kacang panjang, kuah taruk atas dan teh tarik semuanya $ 4.50 pound. Alhamdulillah kenyang. Namun jangan di darabkan atau dibandingkan dengan Ringgit Malaysia. Mesti tak akan sanggup untuk makan sampai bila-bila!.
Perjumpaan dengan ustaz Othman. Terserempak dengan Dato’ Zaki Ahli Majlis MAIWPP. Beliau berhajat untuk belanja makan malam kepada semua ahli rombongan jam 7.30 malam ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan