Makan malam bersama Dato’ Zaki Ahli Majlis Mesyuarat Masjid Wilayah.
Pertemuan dengan Dato’ Zaki, Ahli Majlis Mesyuarat Masjid Wilayah Persekutuan pada pagi Jumaat sejurus sebelum mesyuarat pertama kami telah membawa kepada jemputan makan malam oleh Dato’ kepada semua ahli rombongan. Yang Berbahagia Dato’ amat berbesar hati dan berharap agar pertemuan ahli rombongan dan beliau dapat di adakan pada 7.30 malam ini walau pun tidak secara rasmi. Bagi pihak ketua rombongan, Us Othman dengan penuh sukacita memenuhi jemputan beliau dengan hati yang ikhlas.
Waktu menunjukkan hampir pukul 8.15 minit malam di Bayswater. MasyaAllah. Secerah alam.
Restoran Iran yang popular dikalangan penduduk London yang menyediakan kambing panggang yang hebat
Di hadapan restoran Alounak
Buktinya...pengunjung restoran terpaksa beratur menunggu giliran untuk masuk dek kerana penuh dengan pelanggan yang datang menikmati juadah parsi
Antara muka-muka yang kena beratur.Ingat nasi kandar saje yang kena beratur.
Sempat bergambar di jalan Bayswater sementara menunggu tempat kosong. Jalan ini penuh dengan manusia apabila malam menjelang
Pertemuan di bumi London ini sebenarnya lebih mesra dan tidak seperti perjumpaan di tanah air. Perjumpaan di sini lebih bersifat kepada kekeluargaan dan persahabatan. Bila merantau yang menjadi saudara yang terdekat adalah rakyat Negara kita sendiri walau berlainan negeri.
Antara yang mendapat kerusi lebih awal.
Hai bila la depa nak buleh masuk nie? Kasihan....
Selepas menikmati masakan parsi, kami berjalan ke sebuah kedai menjual manisan Morocco. Malam itu minum teh Morocco dan kuih muihnya.
Us Othman bagi pihak rakan-rakan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato' Zaki atas jemputan dan sudi mengadakan jamuan kepada peserta Muslim College.
Ucapan balas Dato' Zaki. Terima kasih Dato' atas undangan yang bermakna ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan