Rabu, 23 Jun 2010

KHUTBAH DI MSD MALAYSIA HALL 18 JUN 2010 OLEH US ZULKHAIRY B RAMLI



FRIDAY SERMON AT MSD 18.06.2010




Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan kepada hadirin sidang jumaat sekalian agar sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt. TAQWA menuntut kita untuk bermujahadah atau bersusah payah seperti yang dijelaskan dalam perbualan Ubai bin Kaab bersama Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhuma.

Umar al-Khattab telah bertanya kepada Ubai bin Kaab radhiyallahu ‘anhuma tentang TAQWA. Lalu Ubai menjawab dengan menyoal: Apakah engkau pernah menempuh jalan yang banyak duri? Umar menjawab: Sudah tentu. Lalu Ubai bertanya lagi: Justeru apakah yang engkau lakukan? Umar membalas: Aku akan melangkah dengan teliti dan berhati-hati. Kata Ubai: Maka demikian itulah maksud TAQWA.

Sesungguhnya hidup kita ini adalah sebuah perjalanan. Di kiri dan kanannya ada banyak duri, banyak cabaran. Ada duri yang mengundang luka, yang berkehendakkan kita supaya berada di tahap sadar yang tinggi, serta sentiasa mampu mengawal diri. Sedarlah! Hidup ini menuntut kita membuat pilihan. Pilihlah jalan yang memberi bahagia Dunia dan Akhirat. Jauhilah pilihan yang buta, mencari sedap yang seketika, tetapi derita selama-lamanya.

Dear Blessed Brothers,

Let us remain truly conscious of Allah (SWT) through taqwa, by performing all His orders, and refraining from His prohibitions. Let us internalise the true meaning of our Faith. Faith that manifests itself through our actions and good deeds.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:



Yang bermaksud: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith riwayat Imam Muslim ]

Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairanan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda orang gila, dan seribu satu kecaman yang terakam di lembaran Sirah. Masakan tidak. Islam datang menongkah kebiasaan.

Zina yang haram sudah menjadi kebiasaan. Lalu pernikahan yang halal menjadi kejanggalan. Arak yang menukar manusia jadi binatang sudah diterima sebagai normal. Makanan dan minuman yang halal lagi baik, dianggap pelik dan menyusahkan. Riba dan rasuah yang mencengkam dan menyeksa kehidupan sudah diterima pakai sebagai tatacara hidup. Jual beli yang bersih lagi adil, dilihat sebagai asing dan tidak mempunyai masa depan.

Walaupun perhambaan, penzinaan, arak dan judi serta riba dan kezaliman itu menjadikan kehidupan manusia merana, namun itu lebih selesa untuk dikekalkan kerana sudah biasa, berbanding mengusahakan perubahan, biar pun ia menjanjikan jalan keluar dari kegelapan Jahiliah tersebut. Itulah nasib Islam di awal zamannya.

Seruan untuk menyelamatkan manusia dibalas dengan maki hamun. Nabi saw diherdik dengan penghinaan. Tubuhnya dijamah dengan batu tajam yang menumpahkan darah. Kerana Islam ganjil di awal kedatangannya.



Sidang Jumaat yang berbahagia,

Kejanggalan dan keganjilan itu tidak menimbulkan rasa terasing, malu atau rendah diri pada Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan sahabat. Sedikit demi sedikit mereka optimis membawa sinar perubahan, berteraskan iman. Mereka ganjil bukan sebab mereka salah. Mereka ganjil kerana mereka berbeza berbanding yang ramai.

Firman Allah SWT:



“Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.” [Hud ayat 116]

Ayat ini bercerita tentang sekumpulan manusia asing di tengah masyarakat. Mereka ganjil kerana ketika manusia sudah selesa dengan kerosakan dan menerimanya sebagai satu cara hidup, kelompok ini datang menyeru kepada sebaliknya. Mereka mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Namun mereka menjadi asing dan ganjil kerana mereka adalah minoriti. Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan. Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup. Mereka inilah GHURABA!

Kerana itulah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini” Baginda ditanya, “siapakah orang-orang yang asing itu?” Baginda menjawab, “iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak” [Riwayat ibn Asaakir dan Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud dan dinilaikan Sahih oleh kebanyakan ulama’]

Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab,Ghuraba’ itu ialah ” mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”

Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab, “mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Setelah sekian lama Islam berada di mercu kegemilangan dan menjadi kebanggaan bagi penganutnya, maka sekarang ini,pada zaman yang dikatakan moden ini, pusingan kehidupan yang sudah pun diberitakan oleh Rasulullah saw itu telah dibentangkan di hadapan kita. Golongan yang memilih kebenaran agama sebagai pegangan hidup dianggap sebagai (Ghuraba’) iaitu orang yang ganjil. Amalan agama yang dipraktikan dihina dan ditertawa malah dianggap lapok dan dianggap menentang arus kehidupan moden ini.

Dear Blessed Brothers

Have you ever felt lonely and isolated for simply holding to the teachings of Islam?

The sexual urges one feels as a teenager is a natural part of a person’s life, yet one needs to defend himself from the evils of adultery and fornication because it is just as natural to preserve what is good and pure and avoiding what is sinful and impure. Have there ever been occasions where you have had to make unpopular choices contrary to what other says.

And when people unquestionable accept and consume whatever is present to them, we must consider whether or not the flesh presented to us is legitimate or halal. We must make efforts to ensure that what we consume is lawful and must voice our doubts otherwise, even on occasions where others may see it as extreme or excessive, have any of you felt distant or isolated by choosing to live in such a way?

As more and more people today turn towards religion,we often find their concerns are largely towards preserving their dignity and self respect. In a world where the exposition of sexsual organs and standing with vice is a measure of how much a person accept modernity, we find people suddenly choosing to wrap themselves with clothings in the hope to preserve their modesty. I ask you, have any of you ever been scorned for rejecting what is deemed fashionable in today’s day an age?

If any of you have felt rejected, excluded, marginalized and seen to be weird or a stranger for simply wishing to defend and opt for a prinsipled way of life, then brothers, I simply ask you to acknowledge the glad tidings given to us by our blessed Rasulullah saw that is..thooba lil guraba’. (blessedness) is for the strangers.

Ingatlah juga wahai teman dan rakan sekalian. Sesunguhnya keganjilan ini tidak menjadikan mereka yang memilih cara hidup Islam menderita, sedih lagi berdukacita, sama ada di dunia, mahu pun di Akhirat. Mereka sentiasa sedar yang mereka tidak bersendirian, kerana Allah sentiasa menemani mereka dalam kehidupan.

Sabda Rasulullah SAW : Di Padang Mahsyar, ketika orang ramai dihimpunkan mengikut apakah agama dan cara hidup mereka semasa di dunia, sekelompok ini ditanya, “apakah kamu tidak pergi menyertai manusia yang ramai itu?” Mereka menjawab, “Semasa di dunia lagi, kami sudah pun tidak menyertai mereka biar pun semasa itu kami memerlukan mereka berbanding hari ini. Kami akan terus menunggu keselamatan dari Allah yang kami abdikan diri kepada-Nya selama ini”[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Oleh kerana itu, janganlah kecundang dengan rasa rendah diri dan terasing kerana memilih Islam.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:



“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. [al-An’aam 6: 116]



KHUTBAH KEDUA

Alhamdulillah nahmadhu………………………………………………………

Asyahadu………………………Allahumma solli…………………………….

Amma ba’du...faya.....

Sidang jumaat yg Dirahmati Allah, bertaqwalah kpd Allah dg melksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya.

Jemaah kaum Muslimin yang dirahmati Allah,

Suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam ditanya tentang maksud firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:



“ Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan” [al-Maa’idah 5: 105]

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. Setiap orang akan tenggelam dalam pandangan masing-masing. Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama”

Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?”

Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”

[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]

Ya, bagi kita yang bersabar dengan tekanan dipandang asing kerana mempertahankan Islam, ganjarannya ialah seperti ganjaran 50 orang sahabat. Sebabnya jelas, pengalaman yang sama turut dirasai oleh sahabat di awal permulaan Islam. Islam asing di zaman permulaannya. Islam kembali asing di zaman kemudiannya. Teruskanlah mujahadah anda untuk mengusahakan perubahan.



“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” [al-Maa’idah 5: 49]

Ayat Selawat

Doa Muslimin

I”badallh, Innallah Ya’murukum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan