Isnin, 7 Jun 2010

PERJALANAN PERTAMA KE MUSLIM COLLEGE, BIG BEN DAN TRAFALGAR SQUARE


6 Jun 2010
Pagi makan nasi  lemak dan nasi goreng ramai-ramai. Selera Masih terasa. Nak buat macam mana stok ikan bilis dan santan banyak lagi. Nanti bila dah habis baru sama-sama nganga. Ehehehehe.
10.30 pagi mula belajar untuk ke Muslim College dengan menaiki bas. Mahu belajar naik bas dan kenal jalan ke tempat belajar. Esok hari Isnin tidak tercari-cari. persiapan awal.  Oyster kad telah di top up sebanyak $ 16.60 pound kedai Coastcutter (kedai menjual barangan seperti 7 Eleven banyak terdapat di sekitar London).

Macam inilah pagi-pagi. Bergerak sama-sama. Nanti bila dah pandai baru jalan masing-masing.


Telefon mak we ke tu bang? Abang ok je sini sejuk sikit je.


Pemandangan biasa rakan-rakan yang menggunakan hand phone untuk menghubungi keluarga tercinta di tanah air


Bas E 8 ke Ealing Broadway
Banyak kali tanya arah. Nampak Gresham hotel di  mana pada mulanya kami dijadualkan menginap di sana. Akhirnya berjumpa dengan tempat belajar. Muslim College. Tiada siapa kerana hari ini adalah hari Ahad. Namun suasana pembelajarannya pasti menarik. Aman dan tenteram. Dari luar kelihatan seperti rumah.

Setelah puas bertanya  dan tersesat jalan, akhirnya Alhamdulillah kami menjumpai tempat sesi pembelajaran selama 2 bulan


Bismilla hir rahmanir rahim. Pintu masuk ke gerbang ilmu. The Muslim College


Macam ini rupanya Muslim College. Don't judge by it cover.


Hari ini Ahad. Tiada siapa yang ada di pejabat dan bangunan ini. Namun kami amat berpuas hati kerana telah menjumpai Muslim College yang difikirkan macam manalah rupanya dari Malaysia lagi.


Balik dan terus ke kota London dengan menaiki tube. Harga grouping ialah $3.700 satu tiket.
Sampai di tempat yang dituju. Kami keluar stesen tube terus nampak Big Ben iaitu jam besar kota London dan melintasi jambatan sungai London yang bersejarah. Singgah di dataran Trafalgar Square

Ronda kota london. Big Ben nie tengok dalam tv je 34 tahun dulu. Sekarang ini dah di depan mata.


Bangunan lama yang banyak terdapat disini masih kekal dengan ciri klasik dan imej tersendiri


Pengaruh dewa atau unsur Yunani yang mempengaruhi hiasan kota London


Bas tiada bumbung akan kelihatan dengan banyak di sini. Pakej menaiki bas dan bot di Sungai london.


Pakej dengan bas tadi. Menaiki bot di Sungai London

Patung Singa pun ada.


Oh...! Begitu ceritanya. Barulah faham.


Eye of London. Ada masa naik InsyaAllah.


Dalam perjalanan ke dataran Trafalgar. Rupanya Trafalgar ini adalah nama sebuah peperangan Cerita selanjutnya peperangan ini adalah seperti berikut....

Dalam perjalan dari jam Big Ben ke dataran Trafalgar bermacam pemandangan yang kami tempuhi. Learning by observation kata Dato' KP JAKIM.

Lorong ini selalunya ada demontrasi. Tapi Secara aman.


Satu sepanduk tentang tentera yang dihantar ke Iraq dan Afghanistan


Tugu peringtan bagi tentera yang gugur di tengah-tengah jalan


Downing Street di Parliament Road. Rupanya jalan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dulunya mengambil sempena jalan ini.


Arca mangsa peperangan Dunia ke dua terdiri dari kalangan wanita.


Polis naik kuda. Macam mana duduk tegak tak bergerak-gerak atas kuda tu?


Akhirnya kami sampai di Trafalgar Square. Ramai orang. Maklumlah hari Ahad. Cuti Umum. Banyak gambar yang di ambil di sini.

Raja Louis


Gajah pun ada di dataran ini. Macam-macam warna ada.


Patung singa seperti Singa Narnia ada 4




Cuba teka bangunan apakah ini?


Rupanya pejabat pelancongan Malaysia terletak di dataran ini.


Antara bangunan lama


Pengaruh Helenistik tergambar pada patung ini. Ikan duyung lelaki dan perempuan.



Balik dengan penuh keletihan.

Penyanyi jalanan yang mencari rezeki di perjalanan tube bawah tanah. Orang Jepun.


Tiba di Boston Manor stesen hentian tube dan kemudian naik bas E 8  ke TVU turun di  stesen hentian bas Great West Road .
Malam masak  ayam gulai kari+kurma. Shah datang bawa jadual pembelajaran di Muslim College untuk 2 bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan