Selasa, 1 Jun 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009

Pegawai Penyelaras Takmir Pulau Pinang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2009.Tahniah.


Anugerah perkhidmatan cemerlang


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Anugerah khidmat cemerlang adalah anugerah yang diberikan kepada seseorang anggota tidak kira sama ada mereka berada di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan kerana kualiti/kuantiti sumbangannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh dan daya penarik kepada lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.



Had siling pemberian Anugerah khidmat cemerlang ialah tidak melebihi 8% jumlah anggota dalam sesebuah organisasi pada 31 Disember tahun penilaian.


Alhamdulillah segala puji dan puja ku panjatkan kepada Allah SWT atas anugerah ini. Moga diberi kekuatan yang lagi power untuk terus berbakti kepada agama bangsa dan negara

Cemerlang yang dinilai di dunia. Moga cemerlang juga hendaknya dinilai oleh Penciptaku.Amin Ya Allah!

Macam tak percaya.


Kriteria


Mendapat prestasi 85% ke atas;

Telah disahkan ke dalam jawatan;Anggota mestilah bebas daripada dikenakan sebarang tindakan tatatertib;

Anggota yang telah dinaikkan pangkat hendaklah berkhidmat tidak kurang dari tiga (3) tahun dengan tahun permulaan pertama yang diambil kira adalah pada tahun berikutnya; iaitu sebagai misalannya seperti berikut :.

anggota yang mendapat kenaikan pangkat pada 1.1.1998, hanya akan dipertimbangkan dalam tahun 2001 untuk penganugerahan pada Disember 2001;

begitu juga jika tarikh naik pangkat anggota ialah 1.7.1998, anggota juga layak dipertimbangkan dalam tahun 2001 untuk penganugerahan pada Disember 2001 dan;

Anggota yang telah mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang hendaklah berkhidmat tidak kurang dari selama lima (5) tahun perkhidmatan dengan tahun permulaan pertama diambil kira adalah pada tahun berikutnya, sebagai misalannya seperti berikut:-

"Anggota yang mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang pada Disember 1996, akan dipertimbangkan dalam tahun 2002 untuk penganugerahan pada Disember 2002"
Hadiah


Hadiah bagi penerima Anugerah Khidmat Cemerlang seperti berikut:



Sijil Perkhidmatan Cemerlang

Hadiah Prestasi sebanyak RM1000.00
 
Ini dia barisan hadapan JAKIM. Sapa mau lawan sila masuk.


Dengo kate mike dah dapat 12 kali? Biyo bebeno yeop!Ate jangan buat muke bedeah tu.


"Aduh ana pun tak faham la". Helo..helo...Walau di mana penjawat awam sentiasa sebuk dengan tugas yang tidak mengenal masa.


Wajah ceria yang sedang berdebar menanti upacara menerima anugerah


Tan Sri KSN sedang menyampaikan ucapan


Last but not least..Hero filem Hindustan dari Perak. Orang kuat orang asli Perak.
 

Rujukan dan maklumat lanjut di sini...

SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan