Rabu, 16 Jun 2010

LAWATAN KE CHURCH OF ENGLAND-PADERI MARCUS BRAYBROOKE



14 Jun 2010


Marcus Braybrooke (Church Of England)


Church Of England-St Martin-In-The-Fields yang terletak berhampiran Trafalgar Square.

Paderi Marcus Braybrooke menyambut kedatangan kami.

Ruangan makan di bawah gereja menyediakan persekitaran yang teratur bagi mereka yang mahu membeli makanan dengan harga berpatutan.

Suasana persekitaran zaman pertengahan


-Nama sebenar gereja ialah St Martin-In-The-Fields terletak di Trafalgar Square. Agak jauh perjalanan dari stesen tube yang berdekatan. Kedatangan kami mungkin agak lewat sedikit dari jangkaan kerana terdapat stesen tube yang ditutup untuk penyelenggaraan.

Diruang menunggu disediakan TV LCD dengan paderi utama menyampaikan pengenalan tentang gereja dan agama Kristian. Tempat letak browser dan flyer begitu mesra pengguna.

-Sampai di gareja. Menunggu paderi di ruang legar sambil mengambil beberapa browser sebagai rujukan. Nampaknya mereka menyusun program penuh untuk bulan April, May dan Jun 2010 ini dengan teratur. Saya memasuki ruang kedai buku yang terdapat di situ.Membelek tajuk-tajuk buku yang pada saya cukup menarik yang tidak terdapat di negara kita.


Ditunjukkan bagaimana Bible ditulis.

Menggunakan kulit kambing yang dipilih dan dikeringkan untuk ditulis di atas kulit tersebut tulisan Bible.

Lukisan abstrak banyak memenuhi ruang menunggu dan pengungjung asyik memerhatikan lukisan tersebut.

Bible yang ditulis dengan menggunakan pena dari bulu burung dengan corak tulisan lama.


-Gareja menyediakan halaman sesawang yang diberi nama website of St Martin-in-the-Fields. Bagi melihat bagaimana mereka menyusun aktiviti danmengenali gareja ini,  alamat laman adalah seperti berikut : http://www2.stmartin-in-the-fields.org/page/home/home.html


-mereka tidak mengikut gereja di Rome yang diketuai oleh Pope Benedict kerana mereka bergerak sendiri dan merupakan gereja Di Raja Britain.

-Menyaksikan bagaimana upacara sembahyang dan doa bagi penganut kristian di St Martin-In-The-Fields



Menyaksikan upacara sembahyang dan berdoa penganut agama Kristian dengan 2 batang lilin dinyalakan tanda majlis telah bermula.

Paderi sedang membuat ucapan dan berdoa. Paderi fasih menggunakan beberapa patah perkataan Bahasa Indonesia kerana pernah berada di sana.

Upacara makan roti dan meminum wain secara bergilir-gilir.

Peserta kursus Muslim College sedang menyaksikan upacara rakan dari agama Kristian untuk memahami agama mereka.

-diberikan buku doa mereka dalam upacara sembahyang berbahasa inggeris bertajuk The Eucharist –common worship


Buku yang berisi doa penganut Kristian yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

-Paderi pernah datang ke Malaysia dan Indonesia dan boleh bercakap sedikit dalam bahasa Indonesia

-Sesi soal jawab:


Paderi bertugas menanggalkan jubahnya yang bewarna putih ketika sesi soal jawab antara agama.

-Masalahnya sama dengan umat Islam di mana gereja semakin sunyi dari dukunjungi terutama oleh generasi muda.

-Bagaimana gereja menangani masalah remaja dan menarik mereka ke gereja?(Ada acara yang berteraskan hiburan keagamaan dan musik serta memperbanyakkan acara program yang remaja minati). Mereka melihat kepada kehendak semasa remaja.

-Cara kristian mengajak remaja mereka memenuhi gereja (paderi laki-laki atau wanita sebahagian besar terdiri dari golongan muda. Jika orang tua ia akan menyebabkan pemisahan yang ketara kerana orang tua tidak begitu menjiwai kehendak semasa generasi muda)

-Heliluyah adalah berasal dari perkataan Hebrew yang menandakan kegembiraan dan kesyukuran.

-Kunjungan ini sebenarnya membuka mata dan minda kita tentang bagaimana gereja diurus tadbir dengan teratur dan konsisten oleh pendukung-pendukungnya. Agama negara bagi Britain bukanlah Kristian walaupun Ratu merupakan ketua agama. Britain adalah sebuah negara sekular.Jesteru kerajaannya tidak akan mencampuri urusan agama-agama di sini hatta Kristian. Bantuan hanya diberikan mengikut bajet negara mengikut keperluan. Hasilnya masyarakat melihat agama sebagai kepentingan yang ke 5 atau ke 7 dalam 10 perkara yang paling penting dalam hidup.

-Walaupun begitu gereja yang mempunyai sejarah 300-400 tahun  ini bergerak bagi membantu orang-orang susah, mereka yang tidak mempunyai rumah dan peminta sedekah di kota London ini. Terdapat bilik khas bagi memberi bantuan kepada 3 golongan yang disebut dengan layanan yang baik.

-Amat malang masjid-masjid di Malaysia yangmerupakan sebuah negara Islam telah diurus tadbir secara salah tanpa pemahaman yang sejati oleh sebahagian pihak yang tidak menjiwai dan berjiwa masjid. Mereka ini tidak akan dikategorikan sebagai orang yang mengimarahkan masjid Allah di dunia dan akhirat.


Perkataan Hebrew tertulis di syiling atas altar dikatakan berbunyi Yahweh atau Adonai  bermakna Tuhan Yang Esa.

-Membeli buku-buku menarik terdiri dari ensaiklopedia dengan harga yang sangat murah. Antara ensaiklopedia yang sempat dibeli ialah:

1-The Complete Guide To Fossils & Fossil Collecting-Steve Parker-$ 4.99 pound

2-The Planets-A Journey Through the Solar System-Giles Sparrow-$3.99 pound

3-Tracing Your Family History;How to get Started-Khaty Carter-$2.99 pound

4-Sensational Flowers-$2.99 pound

5-Symbols, signs & visual codes: Mark O’connell and Raje Airey-$3.99 pound

Semuanya berharga $ 18.95 = RM 94.75


Buku-buku yang dibeli disini sungguh bermutu tinggi dengan harga yang murah.

-Lawatan sekitar Church Of England:


Altar upacara sembahyang bagi penganut agama Kristian

Percaya atau tidak ruang Tingkap Timur abstrak ini sebenarnya telah direka cipta oleh seorang wanita Islam kelahiran Iran bernama Shirazeh Houshiary untuk rakannya yang beragama Kristian.

Ruang atas syiling gereja


Tempat duduk pengunjung.


Ratu dan Raja England apabila mengunjungi Gereja England, akan duduk di tingkat atas dalam tempat ibadat kristian ini. Ini kerana Church Of England adalah Gereja Di Raja Britain.


Mimbar di mana paderi menyampaikan khutbah.


Sebagai tanda kenangan kunjungan persefahaman dan keamanan antara agama dari JAKIM kepada Church Of England

 
Turut dikunjungi oleh 2 orang pelawat dari Israel.

3 agama (Islam, Kristian dan Yahudi) bergambar kenangan bersama di dalam Church Of England atas persefahaman dan keamanan dunia.



-Makan makanan paling mahal di dunia hari ini dalam sejarah di Restoran Jom. Makan tengah hari dan solat Zohor di restoran Jom Makan Trafalgar Square. RM 50.00 ( $10 pound) untuk beriyani kambing+coca cola.


Melepasi Trafalgar Square jumpa restoran Malaysia: Jom Makan. Jom la makan lapar nie!

Ruangan dalam kedai bersama chef berbangsa Melayu.

Menikmati juadah paling mahal seumur hidup.Nasi Beriyani kambing berharga $8.50 pound dan minuman Coca Cola $ 1.50 pound. Semuanya berharga $10.00 pound = RM 50.00.

Sebenarnya makan itu matlamat no 3. No. 1 adalah nak solat di tingkat atas restoran kerana di Trafalgar Square tiada ruang solat. Alhamdulillah dapat solat Zohor.

-Selepas itu kami berpecah kepada beberapa kumpulan. Singgah di pusat pelancongan London. Ambil majalah dan flyers. Percuma!

Majalah pelancongan diberikan secara percuma dengan mutu kertas yang baik


Setiap negeri atau Majlis Daerah (Borough) dalam United Kingdom di letakkan browser dan flyers mengenai tempat menarik untuk dilawati.Juga buku pelancongan mengikut kategori dan kemampuan pelancong dengan maklumat yang cukup lengkap.


Terletak di bahagian atas Pusat Pelancongan London kemudahan ini amat membantu pengembara dan pelancong yang mahu ke tempat  menarik di Britain.

5 ulasan:

  1. ei3........baguih dengan us.zul tu yang amat tekun dalam perjuangan bagi yang memahami hasrat setempat.huhuhu....

    BalasPadam
  2. Salam.. sekadar nak bertanya..

    Hari kiamat nanti, Org Nasrani akan terbahagi kepada 71 golongan.. Dan hanya 1 golongan yang akan masuk syurga..

    Org Yahudi pula 72 golongan dan yang akan masuk syurga adalah 1 golongan sahaja..

    Orang Islam ada 73 golongan dan yang akan masuk syurga adalah 1 golongan sahaja.

    Boleh x, ustaz explain siapakah golongan2 tersebut? Adakah golongan Yahudi dan Nasrani yang ada sekarang ini tidak layak untuk tergolong dalam golongan yang 1 tersebut.. Adakah patut kita katakan bahawa org Yahudi dan Nasrani yg ada sekarang ini tidak layak utk mendapat syurga Allah SWT sedangkan mereka memegang kuat pada ajaran agama dan kitab (Injil, Taurat dan Zabur)..

    BalasPadam
  3. hebat3 depa makan nasi RM50.00 / $10.00 Pound skali makan punya begitu selera sekali disana nu.... kita sibuk ni dengan bebanan keja yang banyak di pengurusan masjid ni... huhuhu..

    BalasPadam
  4. us rashid:ui ui ui...abg kita baru memberikan komen yg hebat lagi bersifat setempat...hehehe...kita akan ...kita akan tolong abg kita nanti...us memang amat memberi komitmen di mana jua...singapore mcm mana? best ka? nanti kita akan arrange lain...nasi tu tak dak pilihan dah bang...kedai halal susah nak cari...dapat2 lak kedai harga lagu tu...pengajarannya...bawak bekalan...bukan sedap pun bang...sedap lagi yg abg duk belanja kita kat pmtg damar laut nu...

    BalasPadam
  5. wsalam. bab yahudi dan nasrani tak perlu dijawab. ini kerana kristian sendiri telah terpecah kepada 133 sub section. biarlah rahib mereka yang menjawabnya sendiri jika benar mereka mengaku sebagai peoples of Books (ahli kitab).
    yang penting disini adalah kita melihat nasib kita sendiri.Ini kerana pecahan dalam umat Islam sendiri tidak kita dapat tangani. Ada yang mengatakan bahawa kumpulan dia yang paling baik dari yang lain. Lantas wujudlah ajaran Qadiyani yang terpesong itu tetapi mereka lah yang mempunyai well done organization. terlalu banyak kesesatan dalam memahamkan agama dalam umat Islam akibat krisis identiti dan sebenarnya tiada orang yang memegang panji umat islam. persatuan pelajar di UK sahaja lebih kurang 80. lantas di mana perpaduan umat Islam. perkiraan bilangan 71,72 dan 73 sudah menunjukkan di mana umat Islam kini.
    Patut atau tak manusia masuk syurga adalah Hak Allah (rujuk kesah manusia yg rajin buat ibadah namun dicampakkan ke dalam neraka).
    wallahu'alam

    p/s anta nak tahu maklumat lebih tanya sahabat saya us abd rashid tu. dia lagi alim dan penceramah hebat di pulau pinang.terima kasih

    BalasPadam