Ahad, 6 Jun 2010

PERMULAAN PENGEMBARAAN ILMU-(KLIA - HEATHROW)

3 Jun 2010: Saya bangun jam 4.30 pagi. Rupa-rupanya semalam apabila kami meletakkan kepala masing-masing tanpa bersembang panjang terus sahaja dibuai oleh mimpi yang indah. Begitu nikmatnya hadiah dari keletihan ini. Terasa ingin pergi ke tandas pagi itu untuk melepaskan hajat. Baiknya KLIA ini setiap ruang mempunyai kemudahan tandas bagi lelaki dan perempuan tidak ketinggalan bayi dan orang kurang upaya. Sambung balik tidur. Jam 5.45 pagi bangun dan bergilir-gilir  dengan Us Zul dan Azzeman untuk mandi dan membersihkan diri di tandas. Saya membawa tuala bersaiz kecil, ubat dan berus gigi serta syampu kecil bagi tujuan mandi di KLIA. Setelah semuanya selesai kami bersama-sama pergi ke bahagian surau tingkat 5 untuk solat subuh dan sementara menunggu rakan-rakan yang lain datang.

 Kelihatan Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM yang juga peserta Muslim College bersama Dato' Ketua Pengarah JAKIM yang turut hadir

 Ini dia peserta terakhir hari ini. Ingat dah nak kena tinggal aje di KLIA. Us Jamil dari Perak. Dengo cerita 2 biji van yang hanto ustaz kita nie. Kalau satu van buat masalah satu lagi boleh cover katanya. Bagaimana kalau dua-dua rosak ye?

 Us Masykuri dari Lahad Datu seperti biasa mengambil tugas mengumpul tiket dan pasport peserta.

Alhamdulillah semuanya sudah hadir seawal subuh Cuma us Jamil dari Perak agak kelewatan kerana beliau bertolak dari rumahnya jam 4 petang bersama 2 van rombongan rakan rakan dari Jabatan Agama Islam Perak. Begitu mesra dan akrab beliau dengan staf-stafnya.

Setelah semua kerumun dan menunjukkan muka tidak puas hati dengan berat barangan akhirnya masalah tersebut dapat diselesaikan. Kak yang jaga berat bagasi ini akhirnya memberi kerjasama yang sangat baik. Terima kasih.

Jam 7.30 pagi mulai check in barang. Rupa-rupanya berat kg yang dibenarkan adalah hanya 20 kg setiap orang. Maka masing-masing sudah menggarukan kepala dan mengerutkan dahi memikirkan muatan dan lebihan barang yang dibawa. Namun kerjasama daripada staf MAS amat memuaskan dimana akhirnya semua barangan kami dapat dimasukkan ke dalam kargo.

 Us Hanif Pegawai Takmir dari Perak tidak ketinggalan memberikan ucapan selamat jalan kepada rombongan

 Peserta Muslim College sudah memenuhi ruangan KLIA untuk di check in kan


Kelihatan pengarah-pengarah bahagian JAKIM hadir memberikan semangat dan lambaian perpisahan. Us Ghazali Shahabuddin, Us Roslan dan Us Nordin antara yang hadir beramah mesra dengan peserta.
Namun yang lebih mengembirakan kami ialah kehadiran Yg Bhg Dato’ Ketua Pengarah JAKIM melihat persiapan dan mengiringi permergian kami dengan 1001 harapan.
 Dato' Ketua Pengarah JAKIM bergambar bersama peserta rombongan

Kami memasuki Pelepasan Antarabangsa dan beratur untuk pemeriksaan emigresen. Dan terus ke bahagian pelepasan dengan menaiki LRT. Semua peserta yang sudah di up gradekan ke business class pergi ke Golden Longuge untuk bersarapan secara percuma. Itu adalah antara kelebihan jika menggunakan busines class. Makanan yang disediakan sungguh menyelerakan dan bercitarasakan melayu kerana nasi lemaknya sungguh sedap (sambalnya sungguh menyengat). 
 Makan di Golden Lounge bagi yang mempunyai tiket Bisnes Kelas amat memberi keselesaan. Tempatnya di Bahagian pelepasan antarabangsa di tingkat 1.



Untuk mendapat keberkatan dan keselamatan sepanjang perjalanan bacaan doa dilakukan oleh salah seorang peserta. Sebelum berangkat doa dibacakan oleh Us Rahimi dari KDN.

Us Rahimi mengetuai bacaan doa dan di aminkan oleh semua peserta.


 Kelihatan ketua rombongan dan peserta yang lain mengaminkan doa tersebut

Ya Allah selamatkanlah perjalanan kami ini pergi dan balik serta peliharakanlah ahli keluarga dan harta benda yang kami tinggalkan di tanah air. Amin Ya Rab Al 'alamin


Pengumuman dibuat dan kami pergi ke Pintu C4 untuk pelepasan menaiki MH 004. Kapal terbang tulis Alor Setar. Teringat cerita P.Ramlee “ kalau hang mai Aloq Staq kepala hang aku putaq”. 

 Siapa yang nak pi Alor Setar?.Eh Bukan nak pergi ke London ke? Suspen sungguh.Nama Alor Setar sudah terkenal di serata dunia.

Pesawat MAS yang akan kami naiki. Bagaimanakah rasanya duduk dalam kapal terbang tanpa henti selamat 13 jam?Sama-samalah kita tunggu.

Kapal terbang berlepas jam 10.15 pagi. Tapi ada sikit masalah. Air pendingin menitis di atas kepala saya. Leceh. Kakitangan minta maaf dan saya duduk di tingkat atas untuk pelepasan ini.
Makan no.1 dalam penerbangan ini. Mula-mula sate. Sate ayam dan daging 5 cucuk. Tersandar. Lepas tu tengok luar (saya duduk tepi tingkap). Subhanallah. Landskap muka bumi yang Allah ciptakan. Lihat dari mata burung bukan dari lubang  tempurung.


Menikmati hidangan sate di atas udara. Pengalaman yang sungguh mengasyikkan. Selepas itu dihidangkan pula Lamb Chop.Alhamdulillah rezeki Allah yang bagi.
Tidur. Kerusi boleh buat semi katil. Selimut dia bagi best. Tak tahu la mereka dengar dengkuran saya nie lagi kuat ka atau bunyi enjin 4 biji roll royces tu.
Perjalanan -+ 13 jam 30 minit. Tanpa henti. Lihat dibelakang kelas ekonomi. MasyaAllah kesian mereka. Tak dapat nak bergerak ke mana-mana. 

 Us Masykuri dan Us Mirza sedang berbincang cara mengisi borang visa.Bagus isi semasa sebelum mendarat. Nanti tidak tergesa-gesa apabila sampai di London.

Tengok filem How To Train Your Dragon dan Alice In Wonderland. Tulis kad untuk permohonan visa. Tidur. Apa yang boleh dibuat dalam perjalanan yang panjang ini? Kalau ada Musa dan Muaz boleh kacau-kacau.


Tiba-tiba saya disapa oleh pramugari yang bertugas.

"Encik nak minum apa? Kita ada teh dan kopi.Makan apa? Kita ada Solomon dan lamb chop. Tanya pramugari MAS dengan penuh senyuman dan adab ketimuran yang tinggi. Encik nak bantal nanti saya ambilkan." Begitulah layanan yang kami terima di bisnes kelas ini.
Saya teringat jikalaulah jikalau begitulah layanan mereka di rumah untuk suami masing masing. Mereka adalah ahli syurga!


Solat dalam kapal terbang. Kami buat jamak qasar sewaktu penerbangan. Kapten memberitahu kawasan yang kami lalui itu sudah masuk waktu zohor. Jam menunjukkan pukul 5 petang waktu Malaysia. Rupanya ada kawasan kecil yang dibuat musollah untuk kami solat. Siap ada penunjuk arah qiblat. Alhamdulillah inilah hikmahnya naik kapal terbang Negara sendiri. Tidak sukar untuk beribadah. 

 Suasana solat dalam pesawat. Ada arah kiblat dan disediakan juga ruangan yang boleh memuatkan 2 orang. Begitulah selsesanya menaiki pesawat negara sendiri. Saya sungguh bangga.

Keadaan pesawat bisnes kelas dan kemudahan yang disediakan. Alhamdulillah. Kerusi yang boleh di sesuaikan sebagai katil untuk tidur. Tu dia 11 jam 57 minit lagi nak sampai London.

Sewaktu mahu mendarat sudah nampak muka bumi kota London. Subur dan menghijau. Nampak kincir angin dalam kawasan laut beratur berpusing (mungkin Selat Inggeris) bagi m endapatkan tenaga elektrik. Kenapa di Malaysia tidak dibuat sebegitu. 
 Kincir angin dalam lautan.Bagaimana mereka boleh berfikir begitu?Suasana sebelum tiba ke Lapangan Terbang Heathrow

Sampai di LapanganTerbang Heathrow London 3 Jun 2010, jam 3.45 petang waktu tempatan dan waktu Malaysia ialah 10.45 malam. Banyak kapal terbang. Menurut cerita kapal terbang yang ingin membuat pendaratan beratur di udara mengikut giliran setiap 2 minit untuk turun di landasan. Cuaca baik dan suhu pun segar. London! Aku datang!

Kami disambut oleh 2 orang pegawai JPA iaitu Encik Amran dan Cik Mazidah. Mereka memberikan pertolongan di lapangan terbang dengan sebaik mungkin. Hasilnya tidak banyak karenah kami lalui sewaktu pemeriksaan kastam dan imigresen. Aku telah ditanya berapa lama untuk duduk di United Kingdom ini. Aku jawab 2 bulan 3 hari. Terus dapat cop. Cumanya 2 orang sahabat telah disoal siat secara rawak iaitu us Yakob dan us Azzeman.

 En Amran Pegawai JPA di London yang telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi di London. Terima kasih tuan.

Begitu juga dengan Cik Mazidah yang tidak sunyi dari memberikan nasihat dan tunjuk ajar untuk tinggal di kota london ini. Juga terima kasih.

Ustazah Pauzaiyah dan Ustazah Rosnita senyum habis. Awatnya?

 Dr Ali dan Shah turut sama menyambut kami rombongan Muslim College di airport.Sungguh terharu cikgu sendiri yang datang jemput. Terima kasih cikgu. Ini yang bertambah semangat nak tuntut ilmu. Selamat Hari Guru.

Tu dia beg kami. penuh satu van.

Di balai ketibaan Shah dan seorang tenaga pengajar Muslim College turut sama menyambut kedatangan kami dengan penuh gembira dan tergambar layanan ikhlas dari mereka kepada kami. Kami merasa selesa. Sampai di Malaysia Hall untuk penginapan. TKPO, Ustazah Pauzaiyah, Ustazah Rosnita dan  Us Azzeman, Us Mat Jasri dan Us Jamil duduk di hotel lain. Dapat bilik 413 dengan Masykuri. Siap mandi manda. Panas sikit bilik sebab angin tak masuk dari arah  tingkap kami tinggal. Bilik itu sebenarnya cukup sesuai jika di musim sejuk. Namun bila masuk musim panas agak berkuap. Cukup seronok air yang kami gunakan di tandas sejuk. Seperti baru keluar dari peti ais. Lepas bersembang. Cadang mahu berehat sebentar. Jam menunjukkan 8.00 malam. Cuaca masih terang. Kami tertidur. Bangun-bangun jam 1.30 pagi. Nasib pintu bilik dikunci. Kalau tidak tak tahu macam mana keadaannya kerana kami “tidur mati”. Gelap. Terus solat jamak Isyak dan Maghrib. 

Tengok jadual solat yang di ambil di kaunter Malaysia Hall sebentar tadi. 
Fajar : 3.09 pagi, 
Syuruk : 4.46 pagi, 
Zohor 1.01 petang, 
Asar: 5.21 petang, 
Maghrib 9.12 malam dan Isya’ :10.55 malam. 

Aduh! Jenuh nak pusing dan kira balik dengan waktu di Malaysia. 


Safar yang penuh dengan ujian. Perjalanan yang amat memenatkan namun kebah dek semangat. Allahuakbar!

Berita dari laman web JAKIM.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan