Ada orang menganggap Harrods lambang kemewahan semata-mata.
Di hadapan Harrods yang bersejarah
Harrods adalah sebuah gedung serbaneka terletak di Bromptomp road di Knightbridge, London, England. Jenama Harrods kuga digunakan pada usahawan lain diambil oleh kumpulan Harrods dari syarikat termasuk Harrods bank. Harrods Estates, Harrods Aviation dan Air Harrods..
Gedung ini menduduki sebuah tapak 4.5-ekar (18,000 m²) dan mempunyai melebihi satu juta kaki persegi (90,000 m2) dari ruang jualan di melebihi 330 jabatan. Ini membuat Harrods salah satu dari gedung serbaneka terbesar di dunia tetapi secara lebih kecil daripada Busan Mall yang luasnya 293,905 m2 di Korea Selatan, secara rasmi gedung serbaneka terbesar di dunia. Kedai kedua terbesar di UK, Selfridges di Oxford Street, adalah sedikit melebihi setengah saiz dengan 540,000-kaki persegi (50,000 m²) of selling space.
Saya sudah jumpa!
Rakan-rakan rasa pelik apakah keistimewaan bahagian ini?
Cogan kata Harrods adalah Omnia Omnibus Ubique — All Things for All People, Everywhere (atau dalam terjemahan bahasa Melayu "Semua Benda untuk Semua Orang, Di mana-mana sahaja"). Beberapa jabatannya, termasuk jabatan Krismas bermusim dan Food Hall, adalah masyhur dunia
Kini baru saya faham kenapa moto tersebut digunakan Harrods semenjak sekian lama diasaskan oleh Charles Henry Harrod pada tahun 1834 di East End London.
Ramai manusia yang datang adalah untuk memiliki kemewahan dan membeli barangan peribadi. Dari seluar baju, minyak wangi, emas, perak, makanan untuk lelaki, perempuan, kanak-kanak, orang tua dan bermacam yang anda inginkan Harrods adalah tempatnya.
Impian terlaksana bergambar dengan nautilus zaman purba
Namun yang sungguh mengujakan saya dan sudah tentu peminat paleontogi ialah satu bahagian di Harrods diberi nama Fossil & Mineral Gallery. Paleontologi ialah ilmu yang mempelajari tentang sejarah kehidupan di Bumi termasuk haiwan dan tumbuhan pada zaman lampau yang telah menjadi fosil. Sebagai "sains sejarah" ia cuba menerangkan sebab sesuatu berbanding melakukan ujikaji untuk melihat kesan. Dari Greek: παλαιός (palaeos) "tua, kuno", ὄν, ὀντ- (on, ont-) "orang, makhluk", dan λόγος (logos) "pertuturan, pemikiran" .
Gambaran pengkaji mengenai perjalan kehidupan atas muka bumi semenjak berjuta tahun.
Anda seolah-olah dibawa merentas ke zaman dinasour dahulu kala dimana tidak ada manusia yang hidup melainkan hidupan reptilia, karnivor dan herbivor lautan dan daratan, flora dan fauna yang sungguh mengasyikkan. Dari telur dinasour hingga ke fosil tumbuhan yang melekat pada batu terakam rapat sebagai terowong masa menceritakan kepada manusia apa yang ada masa lalu. Tidak tertinggal gading gajah Mamoth (gajah yang berbulu tebal) dijual disini.
Turut kelihatan di bahagian belakang mineral yang dikenali sebagai Amathyst from Brazil (ungu) dan Obicular Jasper(putih)
Kepala buaya yang sudah menjadi fosil. Subhanallah!
Kepala buaya pandangan hadapan
Pandangan sisi
Fossil Trilobites. Satu spesis dengan belangkas yang juga dikategorikan sebagai haiwan purba.
Ammonite Shell from Madagscar. Ada yang sudah menjadi batu mineral berwarna-warni dipanggil Rainbow Ammonite Shell.
Wooly Mammoth Tusk. Gading gajah yang berbulu. Terasa hidup dalam zaman batu.
Melalui galeri ini dapat kita tafsirkan bahawa kekuasaan Allah SWT menjadikan tiap-tiap sesuatu yang manusia zaman milleneum ini tidak dapat bayangkan sebelum ini. Inilah hikmah atau pun ‘ibrah pengajaran kepada manusia bahawa bumi ini telah melalui satu masa yang sangat panjang. Pokok balak yang sudah menjadi mineral dan batu seakan menjelaskan kepada manusia apa yang telah terjadi jutaan tahun dahulu.
Rupanya Britain ini adalah sebuah pulau yang besar menyimpan jutaan cerita semenjak zaman purba kala. Fosil berada di mana-mana dan terdapat banyak di seluruh tepian pantainya menyatakan kepada kita bahawa ia pernah ditenggelami oleh air laut pada satu ketika dahulu. Untuk maklumat lanjut boleh merujuk kepada laman web ini: http://www.ukfossils.co.uk/
Hati rasanya mahu ke sana untuk kali kedua. Nanti akan saya ceritakan lagi InsyaAllah secara panjang lebar.
Cuba teka apakah ini?
Squide. Sotong-sotong zaman purba menjadi bukti kewujudannya yang telah lama mendiami dasar lautan.
Antara fosil flora atau tumbuhan yang terdapat di galeri ini.
Messel Fossilised Fish. Pelik tapi benar. Ikan ini seolah-olah hidup bagi menceritakan kehidupan mereka jutaan tahun yang lampau kepada kita.
Ikan Lumba-lumba
Mungkin mereka sedang berada dalam keadaan yang santai sebelum tiba-tiba difosilkan oleh bencana alam
Subhanallah! Rakaman waktu yang masih lagi dapat dilihat kehidupan ikan zaman purba.
Limestone Ammonite Fossil. Hidupan yang dikenali sebagai nautilus sekarang hanya boleh ditemui 400 meter bawah aras laut.
Ciptaan Allah SWT yang difikirkan bagaimana ianya boleh bertukar menjadi batu dan mineral?
Fossilised Wood Section. Kayu balak yang sudah menjadi batu mineral.
Sahabat saya En Rahimi masih meragui dan tidak percaya betulkah batu mineral yang berkilat ini asalnya dari kayu balak?
Fossil Spheres, Sequoia, Ammonite and Molluscs kelihatan tersusun cantik. Fossilised Titanosaurus Egg, Hadrosaurus and Raptor Egg,ketam, udang, patung-patung, buah pine, cicak dan lain-lain turut ada bagi memberikan aura kepada bahagian ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan