Khamis, 24 Jun 2010

SOLAT DI MASJID WEMBLEY-GEREJA YANG SUDAH BERTUKAR MENJADI MASJID

Stadium Wembley yang terkenal dengan seni binanya yang unik



Kami meneruskan pengembaraan di bumi UK dan sampai di Wembley. Kalau satu ketika dahulu tv sering menyiarkan perlawanan bola sepak England dan jika tidak silap tajuknya ialah The Road To Wembley. Hari ini kami menjejakinya. Kami singgah di masjidnya peta masjid tersebut. Ada keunikan tersendiri rupanya.


Batu asas bekas gereja ini bertarikh 4 Jun 1904. Lebih kurang 106 tahun usianya dan kini ia telah bertukar kepada Rumah Allah SWT di mana manusia mengesakanNya.


Seni bina yang dikekalkan walaupun fungsinya sudah bertukar.


Bahagian wanita dan saya bergambar kenang-kenangan di hadapan masjid

Dekorasi bahagian dalam masjid

Jam Champion jika orang dulu-dulu begitu suka kepada jam kunci ini. Ruangan hadapan altar gereja dahulu yang sudah bertukar rupa.
Seni bina dekorasi Rom masih dikekalkan dan masjid memerlukan dana untuk membesarkan tempat solat dan lain-lain demi memenuhi keperluan umat Islam di Wembley.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan