SYARAT GURU TAKMIR DAN BORANG

Panduan Program Takmir Masjid dan Surau Seluruh Malaysia
(Pindaan Panduan Rancangan Takmir Masjid dan Surau Tahun 1986):


4.5 TAULIAH /KEBENARAN MENGAJAR GURU-GURU TAKMIR:
      4.5.1 Guru Takmir yang dilantik hendaklah memohon tauliah/kebenaran mengajar       
               daripada pihak Berkuasa Agama Negeri.


5. TENAGA PENGAJAR


5.1     Tenaga pengajar hendaklah terdiri daripada:-
          (i)      Ilmuan dalam bidang agama yang berkelayakan danberwibawa; dan
         (ii)      Sihat tubuh badan dan tertakluk kepada dasar yang diputuskan oleh
                    Jawatankuasa Dasar Peringkat Pusat.


5.2    Pemilihan tenaga pengajar adalah semata-mata didasarkan di atas kepakaran
          pengetahuan agama dan kewibawaan calon.


5.3     Guru-guru Takmir adalah tertakluk kepada arahan dan peraturan Jabatan/Majlis  
          Agama Islam Negeri dan JAKIM dari semasa ke semasa.


5.4     Tempoh satu lantikan guru-guru Takmir adalah berkuatkuasa/terpakai untuk tempoh
           tiga (3) tahun. Walau bagaimanapun lantikan tersebut boleh disambung atau
          ditamatkan lebih awal sekiranya Guru Takmir tersebut didapati melanggar arahan dan
          peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri.


5.5     Had umur lantikan bagi seseorang guru takmir ialah tidak melebihi 70 tahun kecuali
          dengan persetujuan dan kelulusan daripada pihak Berkuasa Agama Negeri/Pegawai
          Penyelaras Takmir Negeri/JAKIM


8. SUKATAN PELAJARAN


8.1     Semua guru takmir hendaklah menggunakan sukatan pelajaran yang disediakan oleh
          Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Kurikulum yang telah disediakan meliputi enam
          subjek iaitu subjek Akidah, Akhlak & Tasawuf, Fiqh, Tafsir, Hadith dan Sirah.
          Walau bagaimanapun Jawatankuasa Penyelarasan dan Pelaksanaan Peringkat Negeri
          boleh juga mencadangkan sukatan pelajaran yang lain dengan syarat mendapat
          persetujuan daripada JAKIM.


8.2     Setiap guru dikehendaki mengajar menggunakan sukatan yang disediakan mengikut
          kepakaran masing-masing.

BORANG PERMOHONAN GURU TAKMIR. klik Di Sini