Isnin, 28 Februari 2011

Khamis, 24 Februari 2011

TIPU...TIPU..TIPU!

Saya telah mendapat banyak email spam...tetapi 3 email ini adalah untuk tatapan anda disana yang masih tidak mengenal apa itu dia tipu daya dunia cyber....

Sekarang penipuan ini sudah masuk atau selangkah kehadapan...Ya ianya melalui facebook dan lain-lain.

Hakikatnya masih ramai yang tertipu diluar sana walau menyedari hakikat bahawa ini adalah satu penipuan.

ratusan ribu ringgit telah lebur begitu sahaja akibat ketamakan dan kependekan akal manusia yang bertuhankan nafsu.

marilah kita tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama semoga negara ini terus aman dari sebarang PENIPUAN!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

EMAIL PERTAMA

Flag this messageAssalammua'laikum Warahmatullahi WabarakatuhSunday, 13 February, 2011 21:05From: "Dr. Sharif Mohammed Wafiq Mubarak" Add sender to ContactsTo: undisclosed-recipientsAssalammua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh




PARTNERSHIP INVESTMENT PROPOSAL.



I write you In the Name of Allah the most Beneficent and Most Merciful, His Holy Prophets and the most respected of

His Prophet-Prophet Mohammed (the Peace of Allah be with him)..!



I am Dr. Sharif Mohammed Wafiq Mubarak the son of Late H.E Wafiq Mubarak Khilji Maatouk, the Executive Director of

Mubarak Petroleum Group Ltd (privately-owned oil and Gas Company headquartered in the United Kingdom).



I would like to invest in any lucrative business in your country or any other Muslim friendly country as we do not

have fair opportunities here. I seek your partnership because of an urgent need to move out the fund for investment

purposes as I will want to invest it in a suitable environment having you as my foreign investment partner.



It will be my utmost desire to invest my funds in your country through your guidance and business network. As my ideal

partner, you should be capable and have the ability to operate a business in your country or other regions.



The fields/Areas of interest: ANY of the following below:

A. Agriculture + Foods chain supply Industry (Halal)

B. Land Properties {Buildings, Hotels /Recreational centre}

C. Oil & Gas OR Any Other viable Investments based on your business experience.



For more details, please contact me via email and direct line below to discuss further regarding this proposed

Joint-Ventures and fund transfer. Also provide your direct mobile phone number in when replying to this mail.



May Allah provide the guidance and protection to see us through...InshaâAllah!



Regards from,

THE FINANCE & PROJECT MANAGEMENT ADVISOR,

Dr. Sharif Mohammed Wafiq Mubarak

Alternative Email: sharifmohdmubarak@gmx.com

D/L: +44-7031-893554 (UK)
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
EMAIL KEDUA
 
Assalamualaikum...Friday, 11 February, 2011 9:46From: "SITI NORAISHA" Add sender to ContactsTo: "shell76park@yahoo.com" Assalamualaikum....




Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya SITI NORAISHA ,dan juga warganegara Malaysia.Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan.Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email saya ini, lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar pada kerjaya saya.



Saya bekerja di London ni da lama jugak dalam 5thn dan di sini saya bekerja sebagai secretary,dan sekarang company tempat saya bekerja ni memerlukan produk SAPHIRE WHITE STONE dimana mineral tersbut boleh didapati di Malaysia melalui pembekal dari seorng pompuan.Dan Produk ini digunakan untuk perhiasan barang kemas seperti rantai,cincin,gelang, dan banyak lagi.



Memandangkan encik jgk rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan encik untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat, semasa mereka datang untuk membelinya di malaysia. Untuk pengetahuan encik, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap sebulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan syarikat encik.



Di sini saya nak tanya, sama ada encik berminat untuk melakukan urusniaga ini? kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia tersebut.kalau boleh saya tak nak pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja. Harga yang dijual oleh pembekal ialah USD2,250 manakala syarikat akan membeli mineral tersebut dengan harga mengikut pasaran di sini(UK)ialah USD7,500 .

Dan di sini nanti saya akan bagi tau dgn CEO yang encik adalah pembekal produk SAPHIRE WHITE STONE dari Malaysia itupun dengan persetujuan dari encik.





Sekiranya encik berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih lanjut, saya diharap encik mengambil inisiatif untuk membalas e-mail kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon:



Wassalam...




EMAIL KETIGA
Flag this messageAssalamualaikumFriday, 18 February, 2011 9:11From: "Rohaniza Bt Johari" Add sender to ContactsTo: undisclosed-recipients




Assalamualaikum,



I'm Rohaniza Bt Johari, i work as Assistant Marketing Officer with a Gemstones Processing Company in London. i will like to introduce you to this business opportunity. i need your urgent assistance, which will be a benefit to both of us financially. i am contacting you because i don't want to lose this contract provided by our company because we both going to get a good profit from this business in the coming future. That's why i am requesting you to be the supplier to our company so that we can both take advantage of this business opportunity in the company now. Currently our company needs a three(3)years constant supplier of a product called (DOW CRYSTAL FLUORITE) which is a new scientific chemical fluid substance, its of lubricant, mainly used in the gemological laboratory for the purification of diamonds clarity treatment, generally what this fluid does is to penetrate deep into diamond and vaporizes out black inclusions in Diamonds and other precious stones.The original suppl!ier of these product is in (Malaysia) and former supplier of this product to our company has finished his contract and our company is looking for any other person who can be able to supply the DOW CRYSTAL FLUORITE in large quantity so that to meet the demand of our consumers and merge into partnership with the company presently. The main reason why i am writing you seeking your interest for assistance, i just want you to act as an intermediary agent to stand the gap between the (sellers of the product in Malaysia and the buyers) (our company). this is a big business, which will be of good dividends to both of us. i only need your cooperation to make this business successful.





I will give you more information about this if you are willing to stand as the agent to supply my company the product.Firstly, i will like to secure a supply contract deal for you as a supplier to the company where i work. Based on percentage, originally the actual purchasing price of this chemical by the company per carton is about USD4,000.00 if i convert it to US dollars while in Malaysia the local selling price is USD2,100.00 and our company needs not less than 200 cartons. The reason why i want you to be our agent is to be the link connecting the local seller in Malaysia directly to the buying company then the profit margin will be shared by both of us 60% to you while 40% to me. Your major assistance for me is just for you to talk to our company director that you can supply the company the product and to also go in details in terms of price and mode of payment then we can pick up from that point. Please get back to me as soon as you receive my email if you are interested and willing to do business with me so that i can give you the local seller's contact in Malaysia so that you can contact her to ask if she has this product in stock to supply to you. Before our company sends the purchasing manager down to Malaysia to purchase the product from you directly. Thanks for your co-operation. am waiting to hear from you soon.





Regard's





Rohaniza

LOGO TAKMIR JUBLI PERAK-SAMBUTAN 25 TAHUN

GAMBAR SEKITAR SAMBUTAN TAKMIR JUBLI PERAK -PART 2

DOA NAIK KENDERAAN DI BACA OLEH PPMD TIMUR LAUT

PAK LAH DARI ISA TRAVEL PEMANDU BAS UNTUK KAWASAN PULAU

SINGGAH MAKAN PAGI DI BUKIT MERAH

SARAPAN DI BUKIT MERAH-HENTIAN GUNUNG SEMANGGOL
 
BAS KEDUA UNTUK SPU DAN SPS
 
 
BERHENTI MAKAN TENGAH HARI DAN SOLAT JAMAK DI HENTIAN TAPAH
 
 
PENDAFTARAN UNTUK MENGINAP DI DYNASTY HOTEL KL OLEH URUSETIA JAKIM
 
 HOTEL DYNASTY KL
 
 PWTC












Peristiwa Bukit Kepong

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.




Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.



Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.



PermulaanKejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.




Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:



1.Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan

2.Keadaan balai polis yang terpencil

Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.



Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.



Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.



PERISTIWA BUKIT KEPONG DALAM WIKI......
 
Marilah kita sama-sama sedekahkan al Fatihah kepada mereka yang terkorban mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.
 
Sebenarnya peristiwa itu telah menjalinkan antara realiti dan fantasi akan keamanan dan keharmonian pelbagai agama dan bangsa di tanah air. Konsep perjuangan yang kental dan tidak mudah menyerah kalah walau kekuatan mereka tidak seberapa. Bersyukurlah akan keamanan yang dikecapi. Kemajuan dan ketamadunan pasti tidak akan tercapai sekiranya kekacauan dan pertelingkahan berlaku.
 
Marilah bersama kita membina negara ini dimana insyaAllah disinilah tanah tempat lahir dan kematian kita!

GAMBAR SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W 1432 H

Oleh kerana gambar tidak dapat di downloadkan di dalam blog ini maka pihak kami hanya menyatakan link untuk pelayar blog semua mengunjunginya:

1.SAMBUTAN DI MASJID DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN (JAWI)|
ALBUM DARI FACEBOOK MASJID DAERAH :


2.SAMBUTAN BERSAMA SAUDARA-SAUDARA KITA DI RUMAH TRANSIT, PERMATANG TOK GELAM. ANJURAN UNIT UKHUWWAH JHEAIPP

GAMBAR DIAMBIL DARI FACEBOOK TEPET ABU AFIF....

Selasa, 22 Februari 2011

IKRAR GURU TAKMIR KEBANGSAAN TAHUN 2011-SEMPENA DENGAN SAMBUTAN JUBLE PERAK 25 TAHUN PROGRAM TAKMIR NEGARA

BAHAWASANYA KAMI GURU-GURU TAKMIR MASJID DAN SURAU SELURUH NEGARA, BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI, KERANA DIBERI PELUANG UNTUK MELAKSANAKAN DAKWAH KEPADA MASYARAKAT MENERUSI PROGRAM TAKMIR MASJID DAN SURAU, DENGAN INI KAMI BERJANJI DAN BERAZAM AKAN MELAKSANAKAN PERKARA BERIKUT:

1.  AKAN MENCURAHKAN SEGALA ILMU YANG KAMI MILIKI, UNTUK MEMBIMBING MASYARAKAT, KEPADA AJARAN ISLAM YANG SUCI, SERTA MEMBUKA MINDA UMAT ISLAM DI NEGARA INI, KE ARAH KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN DUNIA DAN AKHIRAT.

2.  AKAN MEMANTAPKAN LAGI PROGRAM TAKMIR MASJID DAN SURAU DISELURUH NEGARA, AGAR IANYA LEBIH BERKESAN DAN MEMBERI MANFAAT YANG MENYELURUH KEPADA MASYARAKAT.

3.  SENTIASA MELAKSANAKAN AMANAH YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH, IKHLAS DAN AMANAH

PWTC, KUALA LUMPUR
15 RABI'UL AWAL 1432 H

Ahad, 20 Februari 2011

TAZKIRAH HARI INI

DARIPADA ANAS R.A, RASULULLAH S.A.W TELAH BERSABDA YANG BERMAKSUD: KETIKA AKU DIANGKAT KE LANGIT, AKU MELINTASI SEKELOMPOK KAUM YANG PUNYAI KUKU DARIPADA TEMBAGA UNTUK MELUKAI WAJAH DAN DADA MEREKA. AKU BERTANYA KEPADA JIBRIL : " SIAPAKAH MEREKA ITU WAHAI JIBRIL? JAWAB JIBRIL: MEREKA IALAH ORANG YANG MEMAKAN DAGING MANUSIA DAN MENJATUHKAN KEHORMATAN MEREKA." (HR-ABU DAUD)

CARILAH KEHEBATAN, KEBAIKAN DAN KELEBIHAN ORANG DARIPADA MENCERITAKAN KEBURUKAN DAN KELEMAHAN MEREKA-WALLAHU A'LAM

Sabtu, 19 Februari 2011

ELAUN GURU TAKMIR DINAIKKAN SELURUH NEGARA

Guru takmir berperanan besar pertahankan agama
SUMBER:UTUSAN http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm



Jamil Khir Baharom (kiri) bersalaman dengan sebahagian guru takmir selepas menyampaikan khutbah dan menunaikan solat Jumaat di surau PWTC, Kuala Lumpur, semalam.





KUALA LUMPUR 18 Feb. - Kesemua 3,692 guru takmir di masjid-masjid seluruh negara diminta supaya bekerjasama dengan kerajaan dalam menyampaikan wadah perjuangan Islam seterusnya mempertahankan kesucian agama itu serta negara daripada sebarang ancaman.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, usaha gigih serta berterusan oleh golongan itu bakal memberikan impak besar terhadap usaha pemeliharaan kesucian agama Islam dan kedaulatan negara ini.



Katanya, peranan guru-guru takmir juga semakin penting ketika ini iaitu sewaktu negara melalui proses pembangunan yang disertakan dengan senario politik yang berubah-ubah.



Justeru katanya, para guru takmir di seluruh negara perlu menyerap semangat yang ada dalam diri Nabi Muhammad SAW yang tetap berdiri teguh ibarat Gunung Uhud ketika mempertahankan Islam sewaktu hayat baginda.



"Dalam perkembangan yang ada di Malaysia, apatah lagi senario politik yang sedang berkembang, ia memerlukan kita (guru takmir dan umat Islam) untuk mempunyai ketajaman pemikiran," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Multaqa Guru Takmir Seluruh Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.



Seramai 788 guru takmir hadir pada program tersebut.



Sebagai rekod, guru takmir merupakan golongan ustaz yang memberikan tazkirah di masjid serta surau di seluruh negara terutama selepas solat Maghrib dan Jumaat. Perjawatan itu diwujudkan kerajaan di bawah agensi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak 25 tahun lalu.



Jamil Khir menambah, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM32 juta pada tahun ini sebagai pengisian kepada program-program takmir di masjid serta surau seluruh negara.



Terdahulu, beliau membacakan khutbah Jumaat di Surau Al Rahman di PWTC kepada kira-kira 3,000 jemaah termasuk 788 guru takmir yang mengikuti program 'multaqa' mereka di situ.



Antara lain, beliau menyentuh tentang sifat terpuji Nabi Muhammad yang amat mengutamakan kebajikan serta menyayangi umatnya dalam memperjuangkan agama Allah.



"Sayangilah anak-anak murid yang anda ajar di masjid serta surau di seluruh negara umpama bagaimana sayangnya Nabi Muhammad terhadap umatnya," katanya dalam khutbah tersebut.

Rabu, 16 Februari 2011

FENOMENA LAUT DARI ATAS JAMBATAN PULAU PINANG DI HARI MAULIDUR RASUL






Subhanallah. Gambar dirakam pada 12 Rabi'ul Awal 12.45 tengahari

KEMALANGAN YANG BERLAKU PADA HARI YANG SAMA DI ATAS JAMBATAN PULAU PINANG-INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN






BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

 

TEMUDUGA GURU TAKMIR NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2011 M / 1432 H

Masjid Negeri Pulau Pinang


10 FEBRUARI 2011

Bertempat di Masjid Negeri Pulau Pinang telah di adakan temuduga pemilihan Guru Takmri Negeri Pulau Pinang yang telah diurusetiakan oleh Unit Takmir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Seramai 30 peserta yang talh dipanggil tetapi hanya 25 orang sahaja yang hadir bagi menghadiri sesi temuduga tersebut.

Temuduga ini adalah 2 dalam 1 iaitu bukanhanya untuk diambil sebagai guru Takmir Pulau Pinang tetapi ianya juga adalah untuk tauliah mengajar di negeri Pulau Pinang.


Pegawai Penyelaras Takmir Pulau Pinang dan barisan panel

Panel temuduga adalah seperti berikut :

1-Tn Hj Salahuddin b Ghozali-Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang
2-Tn Hj Rosli b Othman - Ahli Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang
3-Al Fadhil Ustaz Ahmad b Hashim -Pensyarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB)
4-Al Fadhil Ustaz Hj Ayob B Yaacob- KPP Bahagian Pengurusan Masjid Surau JHEAIPP

Calon sedang muthola'ah kitab dan berbincang sevelum di soal

Calon wanita sedang menterjemahkan tulisan rumi kepada jawi

Soalan dipecahkan kepada :-
1-Akidah Islamiah
2-Feqah
3-Bacaan Kitab dan cara mengajar
4-Soalan isu semasa
5-Bacaan al Quran, tajwid dan sedikit tafsir


Tn Hj Rosli bertanyakan mengenai akidah dan sedikit isu semasa


Ustaz Ahmad Hashim panel 'Ulumul  Quran


Calon guru dikehendaki membaca kitab turaht dan menghuraikannya


PPMD Timur Laut dan Us Salahuddin

Sesi tulisan jawi juga di adakan iaitu calon akan diberikan dengan satu teks rumi berkenaan dengan program takmir untuk diterjemahkan atau ditulis ke dalam tulisan jawi. Pelbagai lapisan yang memohon dan menduduki temuduga ini. Unit Takmir berasa sukacita kerana sesi kali ini tetap mendapat perhatian dan masyarakat menunjukkan rasa minat dalam program ini.



Pendaftaran calon guru


Mnunggu giliran untuk ditemuduga

Sesi temuduga ini dijalankan kerana untuk menggantikan guru takmir yang telah meninggal dunia, berhenti dan tidak aktif. Semoga usaha ini akan lebih efektif dalam mencari calon guru yang berkaliber dan murabbi dalam mendidik serta membimbing masyarakat khasnya di Pulau Pinang.



semoga mendapat keberkatan Allah SWT

Selasa, 15 Februari 2011

DOA 12 RABI'UL AWWAL-SALAM MAULIDUR RASUL S.A.W 1431 H

BERSAMA-SAMA KITA BERDOA UNTUK KESEJAHTERAAN UMMAH.AMIN!


YA ALLAH YA TUHAN KAMI

PADA PAGI YANG MULIA INI, KAMI DENGAN HATI YANG TULUS IKHLAS MEMOHON TAUFIQ DAN HIDAYAHMU AGAR KAMI SENTIASA BERADA DI BAWAH RAHMAT DAN KEBERKATANMU. ENGKAU ANUGERAHKANLAH KAMI KEKUATAN MENTAL DAN FIZIKAL UNTUK KAMI ABADIKAN DIRI KAMI KEPADAMU,

YA GHAFFUR

HIASILAH DIRI KAMI DENGAN SIFAT-SIFAT MAHMUDAH SEPERTI JUJUR DAN BERDIDEKASI DALAM MELAKSANAKAN TUGAS DAN KEWAJIPAN, SERTA HINDARILAH DIRI KAMI DARI SEGALA SIFAT-SIFAT MAZMUMAH SEPERTI RIYA’, TAKBUR, UJUB DAN SAM’AH, DALAM MENUJU SEBUAH NEGARA YANG DIJANJIKAN OLEHMU YA ALLAH! MELALUI KITAB SUCIMU BALDATAUN TAYYIBATUN WARABBUN GHAFUUR. IAITU SEBUAH NEGARA YANG MASYARAKATNYA HIDUP DALAM SUASANA AMAN DAN MAKMUR DIBAWAH MAGHFIRAH DAN KEAMPUNANMU WAHAI TUHAN YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.




YA ALLAH YA TUHAN KAMI!

ENGKAU KURNIAKANLAH KEPADA KAMI KEKUATAN IMAN DAN TAQWA. SERTA PERMUDAHKANLAH SEGALA USAHA AMAL KERJA KAMI DALAM MELAKSANAKAN SELURUH AJARAN ISLAM PADA DIRI KAMI, KELUARGA KAMI, MASYARAKAT KAMI, DAN JUGA NEGARA KAMI INI YA ALLAH, HINDARILAH KAMI DARIPADA SEGALA BAHAYA DAN BENCANA. LINDUNGILAH KAMI DARI SEGALA KEBURUKAN DAN KEAIBAN.



YA ALLAH YA TUHAN KAMI!

ENGKAU KURNIAKANLAH KAMI KEKUATAN DAN SEMANGAT DALAM MENJALANKAN TUGAS DAN USAHA KAMI DENGAN LEBIH GIGIH, BERKUALITI SEIRING DENGAN ARUS PEMBANGUNAN MASA KINI, AGAR DAPAT MENINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN DALAM APA JUA BENTUK, AGAR SETIAP PEKERJAAN YANG KAMI LAKSANAKAN AKAN MENCAPAI KEJAYAAN YANG CEMERLANG DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.


YA ALLAH YA TUHAN KAMI!

PADA PAGI YANG MULIA INI, KAMI MEMOHON RESTU DAN KEBERKATANMU, DI ATAS SEGALA USAHA KAMI SELAMA INI, PIMPINLAH KAMI KE ARAH KEJAYAAN. ENGKAU JADIKANLAH KAMI SATU UMAT YANG BERSIH DARI SEGI ROHANI DAN JASMANINYA, SATU UMAT YANG LUAS PEMIKIRANNYA, SENTIASA BERTINDAK DENGAN MENGGUNAKAN PEMIKIRAN YANG SIHAT DAN STABIL EMOSINYA.



YA ALLAH YA TUHAN KAMI!

ENGKAU SATUKANLAH HATI-HATI KAMI BERNAUNG DI BAWAH LAMBANG PERSAUDARAAN, BERKASIH SAYANG, BERMUAFAKAT UNTUK KABAIKAN, BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN DENGAN PENUH MUHIBBAH DAN RELA, TANPA MENYIMPAN SEBARANG PERASAAN HASAD DENGKI DAN KHIANAT, TERHADAP SESAMA SENDIRI, KERANA KAMI SEDAR DAN INSAF YA ALLAH, BAHAWA TUGAS YANG KAMI LAKSANAKAN INI, BUKANLAH UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI, TETAPI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KAMI MALAYSIA YANG TERCINTA.



YA ALLAH YA TUHAN KAMI!

KAMI AMAT BERSYUKUR KEPADA MU YA ALLAH! OLEH KERANA NEGARA KAMI MALAYSIA BERADA DI DALAM SITUASI YANG AMAN DAN MAKMUR SEHINGGA KAMI MAMPU MENGATUR DAN MERANCANG DALAM BERBAGAI AKTIVITI SAMA ADA ROHANI MAHUPUN JASMANI, OLEH ITU YA ALLAH! JANGANLAH ENGKAU MELALAIKAN KAMI UNTUK BERTINDAK DI LUAR BATAS-BATAS SYARIATMU, ENGKAU BERIKANLAH KEAMANAN DAN KEMAKMURAN DI BUMI KAMI YANG AMAT BERTUAH INI, DARIPADA SEGALA MALA PETAKA DAN BENCANA DALAM MENUJU NEGARA YANG SENTIASA MENDAPAT JAGAAN DAN PERLINDUNGAN SERTA PEMEHARAANNMU WAHAI TUHAN YANG MAHA KUASA LAGI MAHA PERKASA.



RABBANA AATINA FIDDUNYA HASANAH WA FIL AAKHIRATI HASANAH WA QINA 'AZABANNAR

WASOLLALLAHU 'ALASAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA AALIHI WA SOHBIHI AJMA'IN

WALHAMDULILLAHI RABBIL 'ALAMIN.

Khamis, 10 Februari 2011

Kisah Wanita yang Selalu Berbicara dengan Al-Qur'an



Bismilahirrahmanirrahim Walhamdulillah Wassholatu Wassalamu 'Ala Rasulillah Wa'ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah amma ba'du




Berkata Abdullah bin Mubarak Rahimahullahu Ta'ala :



Saya berangkat menunaikan Haji ke Baitullah Al-Haram, lalu berziarah ke makam Rasulullah sallAllahu''alayhi wasallam




Ketika saya berada disuatu sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesosok tubuh berpakaian yang dibuat dari bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua. Saya berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialog dengannya beberapa saat.




Dalam dialog tersebut wanita tua itu , setiap kali menjawab pertanyaan Abdulah bin Mubarak, dijawab dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur'an. Walaupun jawabannya tidak tepat sekali, akan tetapi cukup memuaskan, karena tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya.





Abdullah : "Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh"



Wanita tua :



"Salaamun qoulan min robbi rohiim" (QS. Yaasin : 58)



(Salam sebagai ucapan dari Tuhan maha kasih)



Abdullah : "Semoga Allah merahmati anda, mengapa anda berada di tempat ini ?"



Wanita tua :



"Wa man yudhlilillahu fa la hadiyalahu"(QS : Al-A'raf : 186 )



(Barang siapa disesatkan Allah, maka tiada petunjuk baginya)



Dengan jawaban ini, maka tahulah saya, bahwa ia tersesat jalan.



Abdullah : "Kemana anda hendak pergi ?"



Wanita tua :



"Subhanalladzi asra bi'abdihi lailan minal masjidil haraami ilal masjidil aqsa" (QS. Al-Isra' : 1)



(Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya di waktu malam dari masjid haram ke masjid aqsa)



Dengan jawaban ini saya jadi mengerti bahwa ia sedang mengerjakan haji dan hendak menuju ke masjidil Aqsa.



Abdullah : "Sudah berapa lama anda berada di sini ?"



Wanita tua :



"Tsalatsa layaalin sawiyya" (QS. Maryam : 10)



(Selama tiga malam dalam keadaan sehat)




Abdullah : "Apa yang anda makan selama dalam perjalanan ?"



Wanita tua :



"Huwa yut'imuni wa yasqiin" (QS. As-syu'ara' :79)



(Dialah pemberi aku makan dan minum)


Abdullah : "Dengan apa anda melakukan wudhu ?"



Wanita tua :



"Fa in lam tajidu maa-an fatayammamu sha'idan thoyyiban" (QS. Al-Maidah : 6)



(Bila tidak ada air bertayamum dengan tanah yang bersih)


Abdulah : "Saya mempunyai sedikit makanan, apakah anda mau menikmatinya ?"



Wanita tua :



"Tsumma atimmus shiyaama ilallaiil " (QS. Al-Baqarah : 187)



(Kemudian sempurnakanlah puasamu sampai malam)



Abdullah : "Sekarang bukan bulan Ramadhan, mengapa anda berpuasa ?"



Wanita tua :



"Wa man tathawwa'a khairon fa innallaaha syaakirun 'aliim" (QS. Al-Baqarah : 158)



(Barang siapa melakukan sunnah lebih baik)

Abdullah : "Bukankah diperbolehkan berbuka ketika musafir ?"



Wanita tua :



"Wa an tashuumuu khoirun lakum in kuntum ta'lamuun" (QS. Al-Baqarah : 184)



(Dan jika kamu puasa itu lebih utama, jika kamu mengetahui)



Wanita tua :



"Fab'tsu ahadaku bi warikikum hadzihi ilal madiinati falyandzur ayyuha azkaa tho'aman fal ya'ikum bi rizkin minhu "(QS. Al-Kahfi : 19)



(Maka suruhlah salah seorang dari kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak ini, dan carilah makanan yang lebih baik agar ia membawa makanan itu untukmu)


Maka salah seorang dari tiga anak ini pergi untuk membeli makanan, lalu menghidangkan di hadapanku, lalu perempuan tua itu berkata :


Wanita tua :



"Kuluu wasyrobuu hanii'an bima aslaftum fil ayyamil kholiyah" (QS. Al-Haqqah : 24)



(Makan dan minumlah kamu dengan sedap, sebab amal-amal yang telah kamu kerjakan di hari-hari yang telah lalu)

Abdullah : "Makanlah kalian semuanya makanan ini. Aku belum akan memakannya sebelum kalian mengatakan padaku siapakah perempuan ini sebenarnya"


Ketiga anak muda ini secara serempak berkata :

"Beliau adalah orang tua kami. Selama empat puluh tahun beliau hanya berbicara mempergunakan ayat-ayat Al-Qur'an, karena kuatir salah bicara"



Maha suci zat yang maha kuasa terhadap sesuatu yang dikehendakinya. Akhirnya saya pun berucap :



"Fadhluhu yu'tihi man yasyaa' Wallaahu dzul fadhlil adhiim" (QS. Al-Hadid :21)



(Karunia Allah yang diberikan kepada orang yang dikehendakinya, Allah adalah pemberi karunia yang besar)






[Diambil dari kitab Misi Suci Para Sufi, Sayyid Abubakar bin Muhammad Syatha, hal. 161-168]



dari Situs Al-Muhajir



http://www.bloggaul.com/mujahidah_bercadar/readblog/48667/teladan-hidup

NASIHAT QURAN :MENELITI SESUATU BERITA



Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang



fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)



kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara



yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga



menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.



surah al-Hujuraat ayat 6


Bismillah



Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



Quran adalah panduan kepada orang islam sejak turunnya wahyu hinggalah kiamat.Adalah rugi menjadi orang islam jika tidak memahami isi kandungan Quran kerna ia mengandungi pelbagai panduan kepada manusia.


Jika diteliti melalui sejarah,pesawat pengebom yang mempunyai atom dan bom di bawah badan pesawat adalah ilham dari surah al-Fiil di mana Allah menceritakan burung Ababil melemparkan batu yang digengam dengan kaki ke arah tentera bergajah yang diketuai Abrahah.Ini menunjukkan Quran juga memberi banyak ilham dan idea kepada manusia dalam penciptaan teknologi.,


Saya sendiri sentiasa membaca Quran dan memahaminya.Kebanyakan buku yang ditulis adalah berdasarkan ilham dari quran.Pabila membaca ayat tentang parenting,saya mendapat idea menulis buku parenting.begitulah buku ekonomi,bisnes,motivasi,remaja dan sebagainya.


Dalam ayat di atas kita diajar Quran agar sentiasa meneliti setiap berita sama ada berita atau cerita yang kita baca di akhbar,majalah,mulut ke mulut.Setiap berita atau cerita yang kita dapati perlu diteliti dengan baik agar kita tidak terpedaya dengan cerita palsu.


Dalam banyak buku yang menceritakan kisah para Nabi,ada buku menceritakan Nabi Ayob as menderita sakit hingga keluar ulat dari badannya akibat nanah dan kudis.Kisah ini adalah rekaan dan terpengaruh dengan cerita-cerita Israiliyyat(kisah-kisah yang direka ulama’ Yahudi).


Sikap tidak meneliti berita akan melahirkan implikasi negatif.Contohnya seorang isteri mendapat sms tentang suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.Akibat tidak menyiasat ,berlakulah salah faham dan pertengkaran sdgnkan berita trsebut adalah palsu dan rekaan untuk melahirkan hubungan tidak baik sesama pasangan.


Begitu juga berita kononnya anak kita mempunyai teman lelaki dan selalu berpeleseran.Cerita tersebut direka untuk memburukkan anak kita.


Kisah dan rekaan berita atau cerita sebenarnya suka direka dan ditimbulkan oleh golongan manusia Munafik.Saidatina Aisyah r.a pernah difitnah oleh golongan Munafik hinggaturunnya wahyu mengesahkan Aisyah r.a adalah wanita suci.


Dalam peperangan Banu Musthalaq, Aisyah r.a turut dalam rombongan tentera. Di pertengahan jalan, pada suatu perhentian Aisyah pergi keluar, kerana suatu hajat, kemudian dia kembali ke khemahnya.Tiba-tiba dilihatnya kalungnya hilang tercicir. Lalu dia kembali mencari kalungnya itu. Sewaktu dia sedang mencari kalung itu, kafilah tentera berangkat tanpa menyedari bahawa Aisyah ketinggalan di belakang. Kemudian Shafwan r.a yang berangkat di belakang tentera, melihat Aisyah tinggal sendirian. Maka tanpa berkata apa-apa kecuali, Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un, dia mempersilakan Aisyah naik kenderaannya. Lalu beliau pimpin unta itu, sehingga sampai bertemu dengan kafilah tentera.



Melihat hal sedemikian, kaum munafiq terutama ketuanya, Abdullah bin Ubai menyiarkan pembohongan dan fitnah terhadap Aisyah dan Shafwan itu.Maka turunlah wahyu Allah bermaksud :

11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu



ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita



yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu.Tiap-tiap



seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan



yang dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar dalam



menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia



dan di akhirat).



12. Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang



beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orangorang)



mereka sendiri.dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.



13. Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi



membuktikan tuduhan itu.Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat



orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang



yang dusta.



14. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya



kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa



yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -



15. Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu



dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu



yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu



pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah



adalah perkara yang besar dosanya.



16. Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata:



Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya



Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah



satu dusta besar yang mengejutkan.



17. Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi



perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orangorang



yang beriman.



18. Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukumhukumNya);



kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.



surah an-Nur.




Dalam kehidupan kita,kita mendapat pelbagai maklumat dan cerita.Apa yang diajar adalah :


1.Mendengar tanpa memberi reaksi negatif.Iaitu mendengar dengan tenang dan berterima kasih kepada pembawa cerita atau berita.


2.Membuat siasatan dengan teliti.Jika mendapat berita atau cerita contohnya anak-anak terlibat dalam perbuatan tidak baik,maka buat siasatan seperti mengekori anak tanpa ia menyedari kita mengikutnya.Ambil gambar dan jadikan bukti untuk menasihati anak agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.


3.Jika cerita yang diberikan adalah betul,berterima kasihlah kepada pembawa berita.Jika cerita rekaan atau palsu,janganlah dimarah pembawa berita kerna mungkin mereka hanya mendengar mulut ke mulut.


4.Jika seseorang dikenali terkenal dengan kisah dan cerita rekaan dan setelah siasatan dibuat ianya adalah palsu dan rekaan semata-mata,jauhilah manusia sedemikian agar kita tidak terus menerus mendapat kisah palsu.


5.Jangan sampaikan sesuatu cerita atau kisah yang kita dengar atau baca jika masih meragui kesahihannya terutama sekali cerita negatif atau kisah yang dibawa mulut ke mulut.

6.Hadis mempunyai jutaan dan kita perlu merujuk kitab muktabar agar tidak terpengaruh dengan hadis palsu.Hadis palsu banyak tersebar dalam internet dan buku-buku.Sebaiknya bacalah buku hadis sahih seperti buku hadis Imam Bukhari dan Muslim dan buku-buku hadis Imam lain yang mempunyai tahkik.Tahkik adalah buku yang dibuat penelitian dan pengesahan oleh Iman hadis muktabar.Contohnya buku Riadussalihin ditulis oleh Imam Nawawi dan ditahkik oleh Imam ALbany dan beliau menulis daftar hadis,manakah sahih,hasan dan daif.


7.Apabila teman atau jiran membawa cerita negatif berkaitan orang yang kita kenal,nasihatkan mereka agar menjauhi kisah negatif kerna ianya umpatan dan bertambah dosa jika ianya fitnah pabila cerita tersebut adalah palsu.Ia mendapat dua dosa iaitu kisah palsu dan umpatan.


8.Banyakkan istighfar jika mendapat cerita negatif manusia lain.Selalu fikirkan dosa sendiri akan menghalang kita sibuk menceritakan keburukan orang lain.


9.Bacalah buku-buku dr ulama’ muktabar seperti kisah para nabi yang ditulis Imam ibnu Kathir.Mmebaca buku dr Imam muktabar akan menjauhkan kita dari trpengaruh dengan kisah palsu.


10.Dalam buku Imam Ghazali banyak hadis palsu dan dhaif.Buku tersebut banyak mengandungi hadis palsu kernana imam Ghazali bukanlah ulama’ yang pakar hadis dan beliau tidak senagaj memasukkan hadis palsu dan dhaif.Sebaiknya bacalah buku tersebut yang mempunyai tahkik iaitu pengesahan daftar hadis sama ada sahih,hasan,dhaif mahupun palsu.


Kita mendapat pelbagai berita setiap hari dan tapislah berita dan kisah tersebut agar kita tidak berdosa menyebarkannya kepada orang lain.


Banyak implikasi berlaku dalam sebuah keluarga dan masyarakat akibat berita palsu dan khabar angin.Ketika negara Malaysia mengalami kegawatan ekonomi pada tahun 1997 yang juga menimpa banyak negara Asia,berita palsu tersebar kononnya kerajaan menjual bangunan Menara Berkembar Petronas (KLCC ).Ini adalah berita palsu yang menakutkan masyarakat sedangkan negara masih stabil dan mempunyai simpanan rizab antarabangsa masih kukuh.



Berita palsu banyak menjadikan suami-isteri bergaduh,begitu juga jiran-jiran.Hubungan teman juga keruh.Berita palsu yang berunsur fitnah seakan-akan menjadi perkara biasa dalam masyarakat.
Kita lihat banyak berlaku pergaduhan dan pertengkaran dalam masyarakat dan keluarga akibat cerita palsu dan fitnah.



Manusia beriman perlu menjauhi sikap suka memfitnah atau menyebarkan fitnah.Dosa fitnah adalah amat besar dan Quran mengatakan “fitnah itu lebih besar dari membunuh”.



Begitu juga dalam bisnes dan ekonomi.Saya menjalankan bisnes selama 15 tahun dan pelbagai fitnah dilemparkan oleh pesaing bisnes dan saya hanya bersabar dan tidak melakukan sebagaimana yang mereka lakukan.



Apabila ditanya pelanggan “Mengapa ada orang kata kedai ini jual harga mahal?”,saya menjawab “Setiap produk mempunyai sumber pemborong berlainan,jika datang harga murah,saya jual murah,jika harga mahal,saya jual mahal”.itulah jawapan saya.



Dalam apa jua lapangan kehidupan,fitnah dan kisah palsu adalah mainan lidah manusia Munafik dan jika tidak mahu bergelar Munafik,jauhkan kisah dan berita palsu.Selidikilah berita atau kisah sebaiknya.Munafik adalah berbahaya dan masuk Neraka tanpa ada peluang ke syurga sedangkan manusia fasik hanya dibakar di neraka bertempoh mengikut dosa,pabila telah tamat tempoh,diberi peluang ke syurga.


Jika tidak mahu menjadi Munafik,awasilah setiap kisah dan berita.....Adalah rugi menjadi manusia solat lima waktu,berpuasa Ramadhan,mengerjakan haji,bersedekah dan membuat jariah namun tergolong dalam Munafik akibat tidak meneliti berita dan tidak menjaga lidah dengan baik.


Yang baik dan sempurna hanyalah Allah Maha Penyayang dan kelemahan dan kesilapan adalah diri sendiri...Wassalam.


Saat Sulaman.



www.saatcham.com


http://www.facebook.com/?ref=logo#!/notes/kisah-teladan/nasihat-quran-meneliti-sesuatu-berita/488984059320

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

Pemuda pemudi Islam yang jahil tentang kisah disebalik sambutan Hari Kekasih.


Keputusan:


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.



Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.



Keterangan/Hujah:

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.



Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.



Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:





من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”

( Riwayat Abu Daud)



Rasulullah s.a.w. juga bersabda:





من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Rujukan:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day
 
 
 

Bicarawara itu dibarisi oleh Imam Muda Asyraf, Us. Zarifi, Puan Rosmawati dan moderatorny...a Fahrin Ahmad. Jangan lupa datang!


Sambutan Maulidur Rasul 1432 H



Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi akan menganjurkan program Halaqah Ilmiah sempena Sambutan Maulidur Rasul 1432 ini. Antara acara yang akan diadakan ialah Diskusi Kitab Syamail Muhammadiah / Insan Teladan Sepanjang Zaman yang akan disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Haji Mohamad Zaki bin Haji Abdul Halim al-Hafiz HafizahulLah dan Bicara Sirah yang akan memperkatakan tentang Sirah Junjungan Nabi Muhammad SAW yang dibicarakan oleh al-Fadhil Ustaz Haji Muhammad Imran bin Haji Ibrahim HafizahulLah dan dimoderatorkan oleh Ustaz Azahar bin Abu Bakar. Aturcara program adalah seperti berikut;




Tarikh : 15 Februari 2011 / 12 Rabiulawal 1432 (Hari Selasa)


Diskusi kitab : 8:30 – 12:30 tengahari


Bicara Sirah : 2:30 – 4:30 petang



Jamuan tengahari serta minuman semasa berhenti rehat akan disediakan.



Para peserta yang ingin mendapatkan kitab diskusi sila hubungi urusetia program di Pejabat Pentadbiran MDSPS pada talian 04-5831 340. Harga buku hanya RM 20.00 sahaja.



Muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi lebih memanfaatkan lagi hidup anda dengan mengenali Nabi yang kita cintai.

BANTUAN BANJIR BAGI PONDOK HASANIYYAH TENGGAROH MERSING JOHOR



Apabila di timpa musibah maka hendaklah kita bersabar dan berkata " INNALILLAHI WA INNA ILAI HIRAJI'UN". Sebuah pondok pengajian di Tenggaroh, Mersing Johor telah diuji oleh Allah SWT dalam kejadian banjir besar baru-baru ini. Maka tuan-tuan muslimin muslimat yang mahu membantu dalam hal ini bolehlah bank-in kan duit ke dalam akaun mudirnya.

Al Fadhil Ustaz Shahrul Rizal Mohd Sati Sumbangan juga boleh disalurkan kepada akaun-akaun berikut :


Maybank 155144005138

BSN 0120029000371914

Bank Rakyat 220331236977
 
"AL MUSLIM AKHUL MUSLIM" Moga Allah membalas jasa baik antum untuk agamaNya ini. Amin
 
Air banjir yang telah merosakkan sebahagian pondok

Air bah merupakan ujian Allah kepada manusia samada manusia itu menjadi hamba yang bersyukur atau sebaliknya

Air memasuki kawasan dalam pondok


Air yang naik hingga ke paras paha

Moga bantuan tuan puan muslimin muslimat dapat meringankan beban dalam meneruskan usaha agama di bumi Allah ini.