BLOG INI DIBANGUNKAN UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT DAN PENGALAMAN SERTA BERTUKAR PANDANGAN UNTUK MENAMBAHKAN KEIMANAN
KAMI MOHON RESTU MU YA ALLAH
Khamis, 10 Februari 2011
NASIHAT QURAN :MENELITI SESUATU BERITA
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang
fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara
yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga
menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
surah al-Hujuraat ayat 6
Bismillah
Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Quran adalah panduan kepada orang islam sejak turunnya wahyu hinggalah kiamat.Adalah rugi menjadi orang islam jika tidak memahami isi kandungan Quran kerna ia mengandungi pelbagai panduan kepada manusia.
Jika diteliti melalui sejarah,pesawat pengebom yang mempunyai atom dan bom di bawah badan pesawat adalah ilham dari surah al-Fiil di mana Allah menceritakan burung Ababil melemparkan batu yang digengam dengan kaki ke arah tentera bergajah yang diketuai Abrahah.Ini menunjukkan Quran juga memberi banyak ilham dan idea kepada manusia dalam penciptaan teknologi.,
Saya sendiri sentiasa membaca Quran dan memahaminya.Kebanyakan buku yang ditulis adalah berdasarkan ilham dari quran.Pabila membaca ayat tentang parenting,saya mendapat idea menulis buku parenting.begitulah buku ekonomi,bisnes,motivasi,remaja dan sebagainya.
Dalam ayat di atas kita diajar Quran agar sentiasa meneliti setiap berita sama ada berita atau cerita yang kita baca di akhbar,majalah,mulut ke mulut.Setiap berita atau cerita yang kita dapati perlu diteliti dengan baik agar kita tidak terpedaya dengan cerita palsu.
Dalam banyak buku yang menceritakan kisah para Nabi,ada buku menceritakan Nabi Ayob as menderita sakit hingga keluar ulat dari badannya akibat nanah dan kudis.Kisah ini adalah rekaan dan terpengaruh dengan cerita-cerita Israiliyyat(kisah-kisah yang direka ulama’ Yahudi).
Sikap tidak meneliti berita akan melahirkan implikasi negatif.Contohnya seorang isteri mendapat sms tentang suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.Akibat tidak menyiasat ,berlakulah salah faham dan pertengkaran sdgnkan berita trsebut adalah palsu dan rekaan untuk melahirkan hubungan tidak baik sesama pasangan.
Begitu juga berita kononnya anak kita mempunyai teman lelaki dan selalu berpeleseran.Cerita tersebut direka untuk memburukkan anak kita.
Kisah dan rekaan berita atau cerita sebenarnya suka direka dan ditimbulkan oleh golongan manusia Munafik.Saidatina Aisyah r.a pernah difitnah oleh golongan Munafik hinggaturunnya wahyu mengesahkan Aisyah r.a adalah wanita suci.
Dalam peperangan Banu Musthalaq, Aisyah r.a turut dalam rombongan tentera. Di pertengahan jalan, pada suatu perhentian Aisyah pergi keluar, kerana suatu hajat, kemudian dia kembali ke khemahnya.Tiba-tiba dilihatnya kalungnya hilang tercicir. Lalu dia kembali mencari kalungnya itu. Sewaktu dia sedang mencari kalung itu, kafilah tentera berangkat tanpa menyedari bahawa Aisyah ketinggalan di belakang. Kemudian Shafwan r.a yang berangkat di belakang tentera, melihat Aisyah tinggal sendirian. Maka tanpa berkata apa-apa kecuali, Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un, dia mempersilakan Aisyah naik kenderaannya. Lalu beliau pimpin unta itu, sehingga sampai bertemu dengan kafilah tentera.
Melihat hal sedemikian, kaum munafiq terutama ketuanya, Abdullah bin Ubai menyiarkan pembohongan dan fitnah terhadap Aisyah dan Shafwan itu.Maka turunlah wahyu Allah bermaksud :
11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu
ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita
yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu.Tiap-tiap
seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan
yang dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar dalam
menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia
dan di akhirat).
12. Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang
beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orangorang)
mereka sendiri.dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.
13. Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi
membuktikan tuduhan itu.Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat
orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang
yang dusta.
14. Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya
kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa
yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -
15. Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu
dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu
yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu
pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah
adalah perkara yang besar dosanya.
16. Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata:
Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya
Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah
satu dusta besar yang mengejutkan.
17. Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi
perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orangorang
yang beriman.
18. Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukumhukumNya);
kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
surah an-Nur.
Dalam kehidupan kita,kita mendapat pelbagai maklumat dan cerita.Apa yang diajar adalah :
1.Mendengar tanpa memberi reaksi negatif.Iaitu mendengar dengan tenang dan berterima kasih kepada pembawa cerita atau berita.
2.Membuat siasatan dengan teliti.Jika mendapat berita atau cerita contohnya anak-anak terlibat dalam perbuatan tidak baik,maka buat siasatan seperti mengekori anak tanpa ia menyedari kita mengikutnya.Ambil gambar dan jadikan bukti untuk menasihati anak agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.
3.Jika cerita yang diberikan adalah betul,berterima kasihlah kepada pembawa berita.Jika cerita rekaan atau palsu,janganlah dimarah pembawa berita kerna mungkin mereka hanya mendengar mulut ke mulut.
4.Jika seseorang dikenali terkenal dengan kisah dan cerita rekaan dan setelah siasatan dibuat ianya adalah palsu dan rekaan semata-mata,jauhilah manusia sedemikian agar kita tidak terus menerus mendapat kisah palsu.
5.Jangan sampaikan sesuatu cerita atau kisah yang kita dengar atau baca jika masih meragui kesahihannya terutama sekali cerita negatif atau kisah yang dibawa mulut ke mulut.
6.Hadis mempunyai jutaan dan kita perlu merujuk kitab muktabar agar tidak terpengaruh dengan hadis palsu.Hadis palsu banyak tersebar dalam internet dan buku-buku.Sebaiknya bacalah buku hadis sahih seperti buku hadis Imam Bukhari dan Muslim dan buku-buku hadis Imam lain yang mempunyai tahkik.Tahkik adalah buku yang dibuat penelitian dan pengesahan oleh Iman hadis muktabar.Contohnya buku Riadussalihin ditulis oleh Imam Nawawi dan ditahkik oleh Imam ALbany dan beliau menulis daftar hadis,manakah sahih,hasan dan daif.
7.Apabila teman atau jiran membawa cerita negatif berkaitan orang yang kita kenal,nasihatkan mereka agar menjauhi kisah negatif kerna ianya umpatan dan bertambah dosa jika ianya fitnah pabila cerita tersebut adalah palsu.Ia mendapat dua dosa iaitu kisah palsu dan umpatan.
8.Banyakkan istighfar jika mendapat cerita negatif manusia lain.Selalu fikirkan dosa sendiri akan menghalang kita sibuk menceritakan keburukan orang lain.
9.Bacalah buku-buku dr ulama’ muktabar seperti kisah para nabi yang ditulis Imam ibnu Kathir.Mmebaca buku dr Imam muktabar akan menjauhkan kita dari trpengaruh dengan kisah palsu.
10.Dalam buku Imam Ghazali banyak hadis palsu dan dhaif.Buku tersebut banyak mengandungi hadis palsu kernana imam Ghazali bukanlah ulama’ yang pakar hadis dan beliau tidak senagaj memasukkan hadis palsu dan dhaif.Sebaiknya bacalah buku tersebut yang mempunyai tahkik iaitu pengesahan daftar hadis sama ada sahih,hasan,dhaif mahupun palsu.
Kita mendapat pelbagai berita setiap hari dan tapislah berita dan kisah tersebut agar kita tidak berdosa menyebarkannya kepada orang lain.
Banyak implikasi berlaku dalam sebuah keluarga dan masyarakat akibat berita palsu dan khabar angin.Ketika negara Malaysia mengalami kegawatan ekonomi pada tahun 1997 yang juga menimpa banyak negara Asia,berita palsu tersebar kononnya kerajaan menjual bangunan Menara Berkembar Petronas (KLCC ).Ini adalah berita palsu yang menakutkan masyarakat sedangkan negara masih stabil dan mempunyai simpanan rizab antarabangsa masih kukuh.
Berita palsu banyak menjadikan suami-isteri bergaduh,begitu juga jiran-jiran.Hubungan teman juga keruh.Berita palsu yang berunsur fitnah seakan-akan menjadi perkara biasa dalam masyarakat.
Kita lihat banyak berlaku pergaduhan dan pertengkaran dalam masyarakat dan keluarga akibat cerita palsu dan fitnah.
Manusia beriman perlu menjauhi sikap suka memfitnah atau menyebarkan fitnah.Dosa fitnah adalah amat besar dan Quran mengatakan “fitnah itu lebih besar dari membunuh”.
Begitu juga dalam bisnes dan ekonomi.Saya menjalankan bisnes selama 15 tahun dan pelbagai fitnah dilemparkan oleh pesaing bisnes dan saya hanya bersabar dan tidak melakukan sebagaimana yang mereka lakukan.
Apabila ditanya pelanggan “Mengapa ada orang kata kedai ini jual harga mahal?”,saya menjawab “Setiap produk mempunyai sumber pemborong berlainan,jika datang harga murah,saya jual murah,jika harga mahal,saya jual mahal”.itulah jawapan saya.
Dalam apa jua lapangan kehidupan,fitnah dan kisah palsu adalah mainan lidah manusia Munafik dan jika tidak mahu bergelar Munafik,jauhkan kisah dan berita palsu.Selidikilah berita atau kisah sebaiknya.Munafik adalah berbahaya dan masuk Neraka tanpa ada peluang ke syurga sedangkan manusia fasik hanya dibakar di neraka bertempoh mengikut dosa,pabila telah tamat tempoh,diberi peluang ke syurga.
Jika tidak mahu menjadi Munafik,awasilah setiap kisah dan berita.....Adalah rugi menjadi manusia solat lima waktu,berpuasa Ramadhan,mengerjakan haji,bersedekah dan membuat jariah namun tergolong dalam Munafik akibat tidak meneliti berita dan tidak menjaga lidah dengan baik.
Yang baik dan sempurna hanyalah Allah Maha Penyayang dan kelemahan dan kesilapan adalah diri sendiri...Wassalam.
Saat Sulaman.
www.saatcham.com
http://www.facebook.com/?ref=logo#!/notes/kisah-teladan/nasihat-quran-meneliti-sesuatu-berita/488984059320
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan