Selasa, 15 Februari 2011

DOA 12 RABI'UL AWWAL-SALAM MAULIDUR RASUL S.A.W 1431 H

BERSAMA-SAMA KITA BERDOA UNTUK KESEJAHTERAAN UMMAH.AMIN!


YA ALLAH YA TUHAN KAMI

PADA PAGI YANG MULIA INI, KAMI DENGAN HATI YANG TULUS IKHLAS MEMOHON TAUFIQ DAN HIDAYAHMU AGAR KAMI SENTIASA BERADA DI BAWAH RAHMAT DAN KEBERKATANMU. ENGKAU ANUGERAHKANLAH KAMI KEKUATAN MENTAL DAN FIZIKAL UNTUK KAMI ABADIKAN DIRI KAMI KEPADAMU,

YA GHAFFUR

HIASILAH DIRI KAMI DENGAN SIFAT-SIFAT MAHMUDAH SEPERTI JUJUR DAN BERDIDEKASI DALAM MELAKSANAKAN TUGAS DAN KEWAJIPAN, SERTA HINDARILAH DIRI KAMI DARI SEGALA SIFAT-SIFAT MAZMUMAH SEPERTI RIYA’, TAKBUR, UJUB DAN SAM’AH, DALAM MENUJU SEBUAH NEGARA YANG DIJANJIKAN OLEHMU YA ALLAH! MELALUI KITAB SUCIMU BALDATAUN TAYYIBATUN WARABBUN GHAFUUR. IAITU SEBUAH NEGARA YANG MASYARAKATNYA HIDUP DALAM SUASANA AMAN DAN MAKMUR DIBAWAH MAGHFIRAH DAN KEAMPUNANMU WAHAI TUHAN YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.




YA ALLAH YA TUHAN KAMI!

ENGKAU KURNIAKANLAH KEPADA KAMI KEKUATAN IMAN DAN TAQWA. SERTA PERMUDAHKANLAH SEGALA USAHA AMAL KERJA KAMI DALAM MELAKSANAKAN SELURUH AJARAN ISLAM PADA DIRI KAMI, KELUARGA KAMI, MASYARAKAT KAMI, DAN JUGA NEGARA KAMI INI YA ALLAH, HINDARILAH KAMI DARIPADA SEGALA BAHAYA DAN BENCANA. LINDUNGILAH KAMI DARI SEGALA KEBURUKAN DAN KEAIBAN.



YA ALLAH YA TUHAN KAMI!

ENGKAU KURNIAKANLAH KAMI KEKUATAN DAN SEMANGAT DALAM MENJALANKAN TUGAS DAN USAHA KAMI DENGAN LEBIH GIGIH, BERKUALITI SEIRING DENGAN ARUS PEMBANGUNAN MASA KINI, AGAR DAPAT MENINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN DALAM APA JUA BENTUK, AGAR SETIAP PEKERJAAN YANG KAMI LAKSANAKAN AKAN MENCAPAI KEJAYAAN YANG CEMERLANG DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.


YA ALLAH YA TUHAN KAMI!

PADA PAGI YANG MULIA INI, KAMI MEMOHON RESTU DAN KEBERKATANMU, DI ATAS SEGALA USAHA KAMI SELAMA INI, PIMPINLAH KAMI KE ARAH KEJAYAAN. ENGKAU JADIKANLAH KAMI SATU UMAT YANG BERSIH DARI SEGI ROHANI DAN JASMANINYA, SATU UMAT YANG LUAS PEMIKIRANNYA, SENTIASA BERTINDAK DENGAN MENGGUNAKAN PEMIKIRAN YANG SIHAT DAN STABIL EMOSINYA.



YA ALLAH YA TUHAN KAMI!

ENGKAU SATUKANLAH HATI-HATI KAMI BERNAUNG DI BAWAH LAMBANG PERSAUDARAAN, BERKASIH SAYANG, BERMUAFAKAT UNTUK KABAIKAN, BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN DENGAN PENUH MUHIBBAH DAN RELA, TANPA MENYIMPAN SEBARANG PERASAAN HASAD DENGKI DAN KHIANAT, TERHADAP SESAMA SENDIRI, KERANA KAMI SEDAR DAN INSAF YA ALLAH, BAHAWA TUGAS YANG KAMI LAKSANAKAN INI, BUKANLAH UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI, TETAPI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KAMI MALAYSIA YANG TERCINTA.



YA ALLAH YA TUHAN KAMI!

KAMI AMAT BERSYUKUR KEPADA MU YA ALLAH! OLEH KERANA NEGARA KAMI MALAYSIA BERADA DI DALAM SITUASI YANG AMAN DAN MAKMUR SEHINGGA KAMI MAMPU MENGATUR DAN MERANCANG DALAM BERBAGAI AKTIVITI SAMA ADA ROHANI MAHUPUN JASMANI, OLEH ITU YA ALLAH! JANGANLAH ENGKAU MELALAIKAN KAMI UNTUK BERTINDAK DI LUAR BATAS-BATAS SYARIATMU, ENGKAU BERIKANLAH KEAMANAN DAN KEMAKMURAN DI BUMI KAMI YANG AMAT BERTUAH INI, DARIPADA SEGALA MALA PETAKA DAN BENCANA DALAM MENUJU NEGARA YANG SENTIASA MENDAPAT JAGAAN DAN PERLINDUNGAN SERTA PEMEHARAANNMU WAHAI TUHAN YANG MAHA KUASA LAGI MAHA PERKASA.



RABBANA AATINA FIDDUNYA HASANAH WA FIL AAKHIRATI HASANAH WA QINA 'AZABANNAR

WASOLLALLAHU 'ALASAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA AALIHI WA SOHBIHI AJMA'IN

WALHAMDULILLAHI RABBIL 'ALAMIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan