Masjid Negeri Pulau Pinang
10 FEBRUARI 2011
Bertempat di Masjid Negeri Pulau Pinang telah di adakan temuduga pemilihan Guru Takmri Negeri Pulau Pinang yang telah diurusetiakan oleh Unit Takmir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Seramai 30 peserta yang talh dipanggil tetapi hanya 25 orang sahaja yang hadir bagi menghadiri sesi temuduga tersebut.
Temuduga ini adalah 2 dalam 1 iaitu bukanhanya untuk diambil sebagai guru Takmir Pulau Pinang tetapi ianya juga adalah untuk tauliah mengajar di negeri Pulau Pinang.
Pegawai Penyelaras Takmir Pulau Pinang dan barisan panel
Panel temuduga adalah seperti berikut :
1-Tn Hj Salahuddin b Ghozali-Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang
2-Tn Hj Rosli b Othman - Ahli Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang
3-Al Fadhil Ustaz Ahmad b Hashim -Pensyarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB)
4-Al Fadhil Ustaz Hj Ayob B Yaacob- KPP Bahagian Pengurusan Masjid Surau JHEAIPP
Calon sedang muthola'ah kitab dan berbincang sevelum di soal
Calon wanita sedang menterjemahkan tulisan rumi kepada jawi
Soalan dipecahkan kepada :-
1-Akidah Islamiah
2-Feqah
3-Bacaan Kitab dan cara mengajar
4-Soalan isu semasa
5-Bacaan al Quran, tajwid dan sedikit tafsir
Tn Hj Rosli bertanyakan mengenai akidah dan sedikit isu semasa
Ustaz Ahmad Hashim panel 'Ulumul Quran
Calon guru dikehendaki membaca kitab turaht dan menghuraikannya
PPMD Timur Laut dan Us Salahuddin
Pendaftaran calon guru
Mnunggu giliran untuk ditemuduga
semoga mendapat keberkatan Allah SWT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan