Ahad, 13 Jun 2010

PERJUMPAAN DENGAN JPA DI MALAYSIA HALL


11 Jun 2010. Jadual hari ini agak ketat. Ada dua perjumpaan yang mesti dilaksanakan oleh delegasi Muslim College. Pertama ke Malaysia Hall untuk membuat kunjungan rasmi ke pejabat JPA di London. Kedatangan kami disambut oleh En Amran dan Cik Nazlinda dengan tangan yang terbuka.


Encik Amran pegawai yang mempunyai banyak memberi tunjuk ajar
 dan telah mempunyai pengalaman dalam menguruskan hal ehwal pegawai ke Muslim College sejak sekian lama.


Cik Nazlinda yang mempunyai pengalaman lama di Britain menceritakan kepada ahli rombongan budaya masyarakat setempat


Dalam pertemuan itu En. Amran memberi penerangan serba ringkas tentang JPA di London. Bangunan atau pejabat ini di sewa oleh JPA bersama Petronas dan MARA yang dimiliki oleh Malaysia Student Department. JPA memberikan peruntukan yang sangat besar kepada pelajar-pelajar yang cemerlang untuk menyambung pengajian mereka di United Kingdom. Seramai 800 orang pelajar tajaan JPA dalam pelbagai bidang seperti ijazah pertama, master dan Phd serta kursus jangka pendek dan panjang. Seluruh Britain sekarang  mempunyai 3000 orang pelajar tajaan masing-masing daripada jumlah keseluruhan yang ada sekarang ialah 12 ribu orang yang tidak mempunyai sebarang tajaan. Ini membuktikan UK menjadi destinasi utama dalam bidang pendidikan.


Peserta yang menghadiri pertemuan pagi itu.

Masyarakat di sini amat terbuka dan berhujah berdasarkan fakta. Oleh itu peserta diharap dapat menjaga reputasi dan nama baik negara semasa berkurusus 2 bulan. Dialog dengan agama lain perlu dilakukan dengan rasa hormat disamping menjaga dasar-dasar negara. Isu seperti force marriage yang berlaku di negara kita walaupun kes tersebut agak terpencil begitu memberi kesan kepada masyarakat disini terutama yang berkaitan NGO dan feminis.

Pertemuan dengan En. Amran di akhiri dengan ucapan balas Us Othman yang juga mengharapkan tunjuk ajar daripada JPA dalam sebarang urusan di sini.

Sedikit tanda kenangan dari kami.


Terima kasih kerana mengadakan jamuan kepada delegasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan