Khamis, 17 Jun 2010

Radicalisation Of Youth dan Muslim Youth Problems And Causes of Alienation oleh Mr Maqsood Ahmed

15 Jun 2010


Mr Maqsood berpengalaman luas dalam Communities and Local Goverment dan menyelesaikan masalah umat Islam di UK


Radicalisation Of Youth (11.00 a.m -01.00 p.m) dan Muslim Youth Problems And Causes of Alienation (02.00 p.m- 04.00 p.m): Mr Maqsood Ahmed beliau bertugas di Communities and Local Government yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal masyarakat Islam di Britain.

-Beliau telah membentangkan 2 kertas kerja berkaitan 2 tajuk di atas:

1-Preventing Violent Extremistism-A Community Based Approach- preventing Extremism Division, Communities and Local Government Dept.



2-Inter Faith

UK bukanlah sebuah Negara Kristian walaupun Ratu sebagai ketua agama. UK adalah sebuah negara sekular . Hasilnya lahir sebuah masyarakat yang kebanyakkan mereka tidak mempunyai sebarang kepercayaan dan agama Kristian disini pula terpecah kepada 133 pecahan. Antaranya :

-Government Church

-Roman Khatolik

-Free Church ( Methodist)

-Johava( mereka ini seperti kaedah jemaah Tabligh yang akan mengetuk pintu masyarakat mengajak ke gereja)

-Black Church (khas untuk mereka yang datang dari benua Afrika. Cara ibadah mereka agak berlainan di mana mereka akan bertepuk tangan dan menyanyi-nyanyi semasa sembahyang )

-Greek Orthodok

Disini agama tidak diwajibkan dan terdapat mereka yang mengaku mempunyai agama namun hakikatnya mereka jauh dari pengamalan agama mereka yang sebenarnya. Hasil dari kajian mendapati pada tahun 2007-2008 mendapati 8 daripada 10 orang rakyat UK mempunyai agama. Islam adalah agama yang kedua terbesar di UK.

Demografi menunjukkan peratus rakyat Britain mengaku :

1-sebagai Kristian sebanyak 70 %

2-sebagai Islam sebanyak 4 %

3-Hindu sebanyak 2%

4-Yahudi sebanyak 1%

5-Sikh sebanyak 1%

6-Buddha kurang dari 1%

Terdapat 25,000 kepercayaan yang berasaskan kebajikan beroperasi di England dan Wales dan lebih 250 pertubuhan Inter faith antara agama.


Penerangan beliau dalam hal ini dengan fakta yang diberi melalui power point amat menarik dalam memahami punca permasalahan umat Islam di UK

Menariknya apabila ditanya tentang agama dari 10 perkara yang paling penting dalam hidup masyarakat UK (meliputi hal keluarga, pekerjaan, hobi, agama dan lain-lain) ini hasilnya:

1-Bagi penganut agama Kristian agama di tempat ke 7 paling penting dalam hidup.

2-Muslim. Agama letak no 3 penting dalam hidup.

3-Begitu juga agama Sikh, Hindu dan Buddha.

4-Penganut agama yahudi meletakkan agama no 1 penting dalam hidup mereka.

Di UK Sunni adalah majoriti. Walau terdapat fahaman Ahmadi atau Qadiyani yang diharamkan dan difatwakan sesat di kebanyakan negara termasuk Malaysia kerana fahamannya (http://en.wikipedia.org/wiki/Qadianism) , disini kerajaan tidak akan campur tangan dalam hal ehwal urusan mana-mana agama. Namun, setuju atau tidak hakikatnya kumpulan Ahmadi Qadiyani di UK dan di Eropah  adalah sebuah pertubuhan yang tersusun dan beroganisasi. Di South London contohnya masjid mereka yang indah bernama Baitul Futuh (rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Baitul_Futuh ) dan mereka mempunyai dana sendiri yang dipanggil mereka zakat bantuan kepada penganut fahaman Ahmadi yang susah dan memerlukan bantuan di UK. Mereka tidak meminta sesen pun bantuan kepada kerajaan dan bergerak dengan dana sendiri. Mereka mempunyai siaran dan stesen TV sendiri.

Sesi soal jawab yang hangat.


Gabungan Antara Agama. Dicadangkan peserta Muslim College agar dapat membuka dan mengkaji websitenya : http://www.christianmuslimforum.org/mainpage.asp?id=17&


-mewujudkan tugas mentor bagi imam yang dikenali sebagai Muslim chaplains. Gaji mereka sebanyak $28000.00-$38000.00 pound setahun. Maklumat lanjut boleh lawati website ini : http://muslimchaplains.org/
-Terdapat di Uk Pub di beli untuk dibuat masjid seperti contoh di Lester Masjid Ar Rahman yang di pelopori masyarakat Somalia. Terdapat juga rumah pelacuran yang di beli dan diubah sebagai masjid.

-Islam hanya berlegar dalam masalah nikah, kahwin, cerai, solat, puasa, zakat, kematian dan perkara yang biasa di dengar dalam masyarakat. Sistem pendidikan di Britain yang sangat berbeza seperti langit dan bumi menyebabkan remaja Islam tertanya-tanya akan kebenaran agama dan kehidupan. Pada waktu pagi mereka akan ke sekolah biasa dan diberi sepenuh kebebasan dalam kaedah menuntut ilmu di sini. Manakala pada waktu petang mereka akan ke rumah atau tempat pengajian Islam bagi mempelajari al-Quran dan kaedah bacaannya tanpa mempelajari maksudnya. Maulana atau syeikh yang mengajar al-Quran dan ilmu agama pula adalah berasal dari negara Pakistan, Bangladesh dan Sub Continen India yang lain di mana kaedah atau method yang dipelajari di sana amat berbeza dengan UK. Kaedah paksa, pukul dan disiplin yang amat kuat diterapkan di sana bagi mempelajari agama Islam. Maka kaedah yang sama juga mereka bawa ke UK. Pertentangan pun berlaku danmengakibatkan kesan yang dahsyat!.

-Terdapat anak-anak yang dipaksa ke masjid dan mereka dihukum seperti rotan dan lain-lain jika berbuat kesalahan dalam mempelajari ilmu Islam. Perbezaan method pengajian pada waktu pagi di sekolah biasa dan pada waktu petang waktu pengajian agama menyebabkan mereka memberontak dan akhirnya meninggalkan agama sebagai pegangan. Maka wujudlah golongan yang mengkategorikan agama sebagai pegangan kelas ke 3 atau ke 4 dalam hidup.

-Bila mereka tidak ada kefahaman tentang makna ayat maka mereka bebas menafsirkan ayat menurut hawa nafsu mereka sendiri. Maka wujudlah kes seperti Salman Rushdi dan lain-lain yang menafsirkan agama mengikut hawa nafsu tanpa mempelajari sebab turun ayat (asbab an-nuzul) dan lain-lain disiplin ilmu dalam menafsir al-Quran.

-Ibu bapa remaja ini atau generasi awal yang datang ke UK ini terdiri dari mereka yang tidak mempunyai pelajaran yang tinggi atau memang tidak ada pelajaran. Maka kepentingan ilmu tidak begitu dihiraukan oleh mereka. Mereka beranggapan akan pulang kembali ke negara asal apabila sudah selesai bekerja sebagai buruh dalam masa 4-5 tahun di UK. Ada yang sudah mempunyai perniagaan di UK dan tidak mahu anak-anak mereka sebuk menuntut ilmu kerana mahu anak mereka mewarisi pernigaan itu kelak.

-Namun kepulangan mereka ke negara asal hanyalah khayalan yang tidak menjadi kenyataan. Apabila mereka mahu pulang dan melihat negara mereka yang mundur ke belakang (lagging behind) dan susah jika dibandingkan dengan UK, mereka memadamkan impian tersebut dan meneruskan tinggal di UK hingga mendapat kerakyatan. Satu buku yang ditulis oleh Prof Anuar pada tahun 1970 bertajuk : Myth of Returning menceritakan bagaimana peristiwa itu terjadi.

-Akhirnya masyarakat Muslim terus menerus dibelenggu dengan masalah kerana memandang pendidikan sebagai kepentingan kelas ketiga. Jika mereka melihat ilmu dan pendidikan sebagai jalan keluar kepada segala kemelut ini maka masalah masyarakat muslim di UK akan selesai.

-UK mempunyai MINAB atau Muslim Imam National Advisory Board di bawahnya :

1-MCB : Muslim Council of Britain :250

2-BMF: Britain Muslim Faoundation:500

3-Al-Khoei Foundation:40

4-MAB: Muslim Association of Britain:30

Peserta begitu tertarik mendengar penerangan yang terpeinci dan teliti dari Mr Maqsood dalam hal remaja di UK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan