REFORM JUDAISM LEO BAECK COLLEGE
Di pintu masuk ke Leo Baeck College
Bahagian utama dan pintu utama untuk memasuki kolej
Perjumpaan kami pada hari ini adalah dengan satu kumpulan Yahudi yang menggelar kumpulan mereka Reform Judaism di Kolej Leo Baek London. Petemuan yang penuh santai itu atas satu tujuan untuk mengenal dengan lebih dekat apa itu agama Yahudi dan siapa orang Yahudi yang Allah sebutkan banyak kali di dalam al-Quran. Jika di dalam negara kita tidak berpeluang kerana sudah tiada komuniti masyarakat Yahudi. Negara kita sebenarnya mempunyai masyarakat Yahudi satu masa dahulu dan kini mereka sudah berhijrah tempat lain. Ini dibuktikan di Pulau Pinang terdapat satu jalan yang bernama Jalan Yahudi dan kini sudah ditukarkan kepada Jalan Zainal Abidin. Terdapat perkuburan Yahudi di sana lebih kurang 30 kubur lama. Yang menarik ada sebuah kampung yang bernama Lahar Tabut yang pasti menarik untuk di kaji.
Tabut Perjanjian (bahasa Ibrani: אָרוֹן הָבְרִית Ārōn Hāb’rīt [sebutan moden Aron Habrit]; bahasa Arab: تابوت العهد Tābūt Al-ʿahd) merupakan bekas yang digambarkan dalam Al-Kitab berisi Loh-loh Batu di mana tertulis Sepuluh Perintah Tuhan, Tongkat Harun, dan manna. Menurut Pentateukh, Tabut ini dibuat atas perintah Tuhan, selaras dengan wawasan kenabian Musa di Gunung Sinai (Templat:Alkitab). Tuhan dikatakan berhubung dengan Musa "dari di antara dua kerubim" di penutup Tabut (Templat:Alkitab). Tabut dan benda-benda sucinya dianggap "keagungan Israel" (Templat:Alkitab). Rashi dan beberapa Midrashim menyatakan bahawa terdapat dua tabut - satu dibuat oleh Musa sendiri untuk sementara waktu dan satu yang lebih kemudian dibuat oleh Bezalel.
Lepasan graduan Rabbai dari Leo Baeck College. Kita perlu mempunyai institusi seperti ini untuk mengeluarkan imam dan pendakwah yang hebat.
Kolej ini mengeluarkan purata 4 orang Rabbai setahun dan yang paling ramai adalah seramai 8 orang setahun untuk menjadi ahli agama dan bertugas di sinagog serta penempatan yang dipenuhi masyarakat Yahudi. Dari ramai-ramai Yahudi seluruh dunia yang memohon untuk mengikuti pengajian ini jumlah yang sedikit dari Yahudi Britain. Rabbai-rabbai ini akan bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakat mereka :
1-Mengambil isu-isu semasa dan penting terutama berkaitan masyarakat Yahudi dalam ucapan dan khutbah mereka.
2-Berkaitan hal ehwal kekeluargaan (perkahwinan seperti pernikahan dan cerai), kelahiran anak, dan kematian
3-Hal ehwal kemasyarakatan yang dikuatkan atas nama agama Yahudi.
Rabbai kebanyakkannya adalah m ereka yang mempunyai sekurang-kurangnya ijazah dan ramai yang mempunyai Phd. Kemungkinan inilah yang menyebabkan agama mereka maju ke hadapan kerana dipimpin oleh orang yang penuh dengan ilmu pengetahuan. Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang membawa maksud tidak sama orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dengan orang yang tidak mempunyai ilmu.
Pertubuhan ini tidak mendapat sesen pun wang peruntukan dari kerajaan malahan mereka pun tidak meminta bantuan tersebut. Untuk maklumat lanjut tentang pertubuhan ini dengan lebih dekat anda boleh lawati : http://www.reformjudaism.org.uk/israel/ dan juga mengenai kolej http://www.lbc.ac.uk/
*Introduction, History Discussion And Dialogue With Academic And Administrative Staff
Rabbai yang datang dari New York USA memberi penerangan kepada rombongan mengenai agama Yahudi
Tulisan yang berbunyi zakhah yang bermaksud zikir dalam bilik ibadah yahudi.
Peserta begitu asyik mendengar penerangan yang diberikan oleh Rabbai
Dialog yang sudah semestinya tidak dilepaskan peluang ini begitu sahaja
Agama Yahudi menggunakan istilah Tanakh untuk merujuk kepada peraturan-peraturan agamanya, yang kemudian diambil sebagai Perjanjian Lama dalam agama Kristian. Dalam akademik, istilah Bible Ibrani (Hebrew Bible) selalunya digunakan untuk merujuk kepada Tanakh atau Perjanjian Lama.
Perjanjian Lama (bahasa Inggeris: Old Testament atau OT) dalam agama Kristian adalah kitab suci yang pertama dalam dua bahagian Kitab Suci agama Kristian (satu lagi adalah Perjanjian Baru). Perjanjian Lama berkait dengan kitab suci agama Yahudi Tanakh dengan beberapa variasi dan tambahan. Dalam agama Kristian Ortodoks, teks yang sama dikenali sebagai Septuagint yang diterjemahkan dari bahasa Greek.
Perjanjian Lama dianggap kitab suci untuk kedua-dua penganut Yahudi dan Kristian. Mereka percaya Tuhan memberi inspirasi untuk manusia menulisnya. Kitab ini mengandungi buku yang berbeza dan ianya mengenai Tuhan, dan orang Israel.
Tanakh (bahasa Ibrani: תנ״ך) adalah kitab suci yang digunakan dalam agama Yahudi. Nama Tanakh adalah akronim yang dibentuk dari huruf awal Ibrani untuk tiga kitab suci Yahudi iaitu Taurat (juga dikenali Lima Kitab Nabi Musa), Nevi'im dan Ketuvim, lalu menjadi Tanakh. Unsur-unsur Tanakh boleh dikenal dalam pelbagai bentuk dalam Kitab Injil agama Kristian dan dalam beberapa variasi lain ia dipanggil "Perjanjian Lama”.
Menurut Talmud, kebanyakan dari isi Tanakh dikumpul oleh para agamawan Yahudisme dari Sinagog Agung (tempat ibadah Yahudi. Jika Kristian gereja) pada tahun 450 SM. Sarjana moden pula berpendapat proses pengumpulan dan penulisan Tanakh menjadi lengkap antara tahun 200 SM sehingga 200 M.
Bible atau al-Kitab Untuk kitab Injil menurut perspektif Islam, lihat Injil surah al-Maidah ayat 13-14.
Alkitab atau Kitab Injil adalah kitab suci penganut agama Kristian. Alkitab dibahagi kepada dua bahagian utama: Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama. Bahagian-bahagian utama ini disebut "Perjanjian" kerana Tuhan bangsa Israel atau Yahweh membuat perjanjian. Kali pertama di antara Musa dengan orang Yahudi dan kali kedua antara Yesus Kristus dengan seluruh umat manusia.
Hampir semua buku Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Ibrani, kecuali beberapa bahagian daripada kitab Daniel yang ditulis dalam bahasa Aramia sedangkan semua buku Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Yunani.
Berdasarkan isinya dan gaya penulisan, Perjanjian Lama dapat dikelompokkan menjadi 5 bahagian utama iaitu Kitab Taurat (5 kitab), Kitab Sejarah (12 kitab), Kitab Puisi (5 kitab), Kitab Nabi-nabi Besar (5 Kitab) dan Kitab Nabi-nabi Kecil (12 Kitab). Sementara pengelompokan untuk Perjanjian Baru adalah Kitab Berita Baik atau Injil (4 Kitab), Kitab Sejarah (1 Kitab), Kitab Surat Rasuli (21 Kitab) dan Kitab Wahyu (1 Kitab). Jumlah kitab dalam Wasiat Lama adalah 39, manakala jumlah kitab dalam Wasiat Baru adalah 27. Maka seluruh kitab Bible mengandungi 66 kitab.
Selain itu semenjak dahulu ada perbincangan tentang kanon Alkitab yakni penetapan kitab-kitab yang bolah dianggap sebahagian dari Alkitab. Pada abad ke-3 Sebelum Masihi, Alkitab Ibrani atau Tanakh diterjemahkan dalam bahasa Yunani. Terjemahan ini disebut Septuaginta, tetapi memuat lebih banyak kitab yang tidak terdapat dalam versi Yahudi. Buku-buku ini disebut buku-buku Deuterokanonika. Maklumat lanjut boleh di rujuk di sini : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kitab_Bible
Apabila ditanya mengenai bagaimana untuk menarik minat golongan remaja ke sinagog, Rabbai menyatakan mereka mengadakan program seperti Summer Camp di mana akan diterapkan pemahaman terhadap agama Yahudi.
Penerangan yang cukup panjang lebar dari Rabbai tetapi pada saya masih berahsia dalam beberapa perkara.
Kitab Taurat yang dibawa keluar dari peti dibelakang yang turut juga mengandungi bahan untuk peribadatan Yahudi. Barang-barang tersebut perlu dimasukkan ke dalam peti demi menjaga kesuciannya.
Alat untuk membaca Taurat yang dilihat seperti bentuk tangan manusia. Taurat tidak boleh disentuh dengan jari. Jika orang Islam membaca al-Quran dengan lidi, bulu burung, landak dan lain-lain yang suci, Rabbai yahudi menggunakan alat ini.
Bilik ini dibina dan didekorasi oleh satu keluarga Yahudi untuk mengenang sanak saudara mereka yang meninggal dunia dalam peristiwa Holocaust.
Rabbai menunjukkan cara-cara memakai kain ibadat kain itu bernama Tallith dan kepiah itu Kippah.
Sebagai kenangan untuk persefahaman antara agama Us Othman sebagai ketua delegasi menyerahkan cenderehati kepada Rabbai. Semoga kita lebih saling kenal mengenali antara satu sama lain demi keamanan dunia.
Kami mengunjungi Perpustakaannya. Menurut pustakawan yang bertugas, perpustakaan itu mempunyai kira-kira 60 ribu buah buku pelbagai tajuk, pelbagai agama termasuk Islam, tesis dan journal, tentang Yahudi dan agama mereka dan lain-lain yang tidak dapat disebutkan.
Perjalanan ke perpustakaan kolej di bahagian bawah bangunan
Memasuki perpustakaan yang mempunyai 60 ribu buah naskhah buku pelbagai tajuk! Marilah kita bandingkan dengan masjid-masjid kita dan institusi Islam yang sepatutnya lebih kehadapan dalam soal mencari ilmu.
Amat menarik bagi saya kerana buku-buku bertajuk dalam bab Sejarah diletakkan di hadapan dan di pintu masuk. Mereka mementingkan sejarah untuk bangun maju bukan hanya dibuai mimpi indah oleh peristiwa lalu. Umat Islam tidak meminati sejarah. Kenapa?
Teringat satu kata-kata pemimpin Islam jika tidak silap Najmuddin Erbakan pemimpin Turki satu ketika dahulu. "Barang siapa yang tiada masa lalu(sejarah) maka dia tidak akan ada masa depan". Renungkan.
Di atas nama-nama Rabbai yang juga profesor menulis dan menghasilkan artikel
Kitab Talmud yang di susun di satu bahagian.
Tulisan dalam Talmud. Terjumpa terjemahan Taurat dalam Bahasa Cina. Rupanya ada juga Cina yang berketurunan Yahudi.
Pustakawan yang memberikan penerangan yang menarik
Akhirnya Tour Of The Leo Baeck College:
Lawatan sekitar kolej
Terjumpa satu arca yang bertajuk "Jacob and Angel".
Sekolah bagi remaja dan kanak-kanak Yahudi
Bahagian hadapan Leo Baeck College
Bersama beberapa orang pelajar yang sedang belajar untuk menjadi Rabbai
Bahagian hadapan yang dipenuhi dengan landskap yang menghijau dan menarik. Tiang itu adalah nama mereka yang terkorban dalam peristiwa Holocaust.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan