Selasa, 8 Jun 2010

MUSLIMS IN BRITAIN




MUSLIMS IN BRITAIN


(11.00 a.m-01.00 p.m)

Imam Shahid Raza



Pengenalan Pensyarah

Nama: Mohammad Shahid Raza


Asal: India, Utha Pradash

Tiba di UK: 1978

Pengalaman kerja:

-Imam masjid Leincester, tahun 1987

-mula berkhidmat di Muslim College tahun 1988 ( orang lama)

-Training of Imams (tanggungjawab yang dipikul)

-Setiausaha (Shariah Council)

MUSLIMS IN BRITAIN

Ringkasan sejarah kedatangan Islam di U.K:

Tahun 1920-21 menyaksikan perkembangan Islam di bumi UK. Namun Islam secara lahirnya datang ke sini sebelum itu lagi iaitu pada tahun 1869 (tahun dibuka terusan Suez ). Pembukaan terusan ini memberikan impak yang bukan sedikit kepada dunia malahan ia telah mempermudahkan perhubungan antara timur dan barat di mana perhubungan laut dapat disingkatkan.

1-Pelaut-pelaut muslim daripada Yaman sama ada nelayan atau pedagang datang ke UK dengan menaiki kapal kecil dan kapal besar. Dan ada yang menjadi nakhoda kapal-kapal asing. Mereka pada mulanya mendiami 3 penempatan yang utama di UK :

-Liverpool

-South Sheild

-Cardiff

2-Pedagang-pedagang dari Syiria yang menguasai industry tekstil telah membuat penempatan di Manchaster.

Pada tahun 1950-1968 selepas tamat Perang Dunia Kedua UK memerlukan ribuan buruh dan pekerja binaan bangunan dan industry bagi membangunkan kembali negara mereka. Pengambilan buruh dari Timur Tengah dan kedatangan orang asing secara berduyun-duyun telah menyebabkan ketidak selesaan sebahagian penduduk UK. Maka pada tahun 1969 parlimen Britain telah meluluskan satu undang-undang untuk menyekat kemasukan imigran atau pendatang dari negara lain. Tahun 1970 membenarkan kepada siapa yang berkahwin dengan rakyat Britain sahaja yang layak untuk tinggal di UK dan juga pelarian politik yang mahu mendapatkan suaka politik.





Masjid di UK:

Tahun 1926 : sebuah masjid terbesar di bumi London diberi nama East London Mosque telah dibina. Raja Fahd dari Saudi telah memberikan $ 10 ribu Pound sterling bagi membiayai pembinaan, pembaikan dan kegunaan pengimarahan masjid tersebut.

Namun masjid di bumi UK ini bermula semenjak tahun 1884 dimana sebuah masjid di Liverpool dibina.

1889- dibina oleh kaum pekerja di Bhospel oleh Shah Jahan Begum

1930-Masjid di Brimingham dibina

1944-London Central Mosque dibina. Namun ada cerita yang menarik mungkin bukan semua orang tahun. Disebalik ceritanya ialah kerajaan Britain dibawah Perdana Menterinya pada ketika itu yang bernama Winston Churchill telah meminta kepada kerajaan Mesir sebidang tanah di Mesir untuk dibina sebuah gereja. Kerajaan mesir ketika itu dibawah pemerintahan Raja Faruok bersetuju permintaan tersebut dengan syarat kerajaan Britain juga perlu menyediakan dan memberi sebidang tanah di tengah-tengah Kota London bagi pembinaan sebuah masjid bagi kegunaan umat Islam untuk beribadah. Syarat tersebut dipersetujui! Maka kerajaan Mesir dengan tiada satu sen pun pembiyaan dari kerajaan Britain membina masjid tersebut sebagai syiar Islam di bumi Britain. Maka imam-imam dari Universiti Azhar telah menjadi imam disini semenjak tahun tersebut. Pada tahun 1976 oleh kerana mendapat pembiyaan daripada kerajaan Saudi, pengarah masjid dipilih dari Saudi dengan mengekalkan Imam dari Universiti Al Azhar Mesir.

Jumlah masjid di UK:

Terdapat 15 ribu buah masjid di seluruh UK. 120 buah darinya terdapat dalam penjara. Inilah persoalan yang menghantui masalah umat Islam di mana-mana. Permasalahan masyarakat, jenayah, integrity dan lain-lain masalah di juarai oleh umat Islam. Kenapa? 11 ribu orang Islam yang masuk penjara, 200-300 orang Hindu dan Sikh dan tiada orang Yahudi yang kena penjara! Kenapa orang Islam yang mendukung agama yang benar lagi suci bermasalah? Kita perlu mencari jawapannya.

250 buah masjid di Institusi-institusi pendidikan yang mana di bawah pentadbiran 70 peratus dari Indian sub continent iaitu Pakistan, India dan Bangladesh.

Masalah umat Islam:

1-Perpecahan kumpulan-kumpulan jemaah Islami.

2-Ajaran sesat Ahmadiah /Qadiyani

3-Masalah pemuda pemudi Islam

-Krisis indentiti (who they are?)

4-Pengangguran

5-Rendahnya pendidikan dan ilmu pengetahuan

6-Political Problems(masalah politik)

Masalah pemuda pemudi Islam yang menjadikan harapan ummah kepada tonggak kekuatan agama kian layu dan menjadi buih diu lautan


Masjid menjadi tempat penyatuan Ummah. Namun di UK juga menjadi masalah utama kepada masjid akibat perpecahan fahaman dan latarbelakang masyarakat.


Peserta mendengar penerangan Imam dengan penuh minat kerana beliau adalah orang yang berpengalaman dengan masjid di UK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan