Jumaat, 18 Jun 2010

SOLAT BERJEMAAH DAN BACAAN YAASIN SERTA TAHLIL- KALI II



Agak-agak pukul berapa sekarang? Ini soalan tiada hadiah coklat Kit Kat.

Hari tetap cerah, secerah pawana. Mentari musim panas bersama angin utara sejuk mengigit kulit hingga ke sum-sum.

Menghampiri waktu Maghrib di bumi London. Jangan lupa malam ini ada program.

17 Jun 2010.

Malam: Solat Jemaah serta Bacaan Yaasin dan Tahlil. Mesyuarat ringkas .



Tepat jam 9.22 malam Tn Jasri melaungkan azan  Maghrib dengan penuh syahdu. Nadanya mengingatkan kami kepada kebesaran Allah SWT dan sedikit sebanyak terkenang keluarga dan kampung halaman.



Sebelum solat Maghrib jemaah solat sunat terlebih dahulu.


Bacaan Yaasin dan tahlil


Syeikh bacaan Yaasin pada malam ini diketuia oleh Tn Azzeman, former jiran di Rose Avenue.



Peserta wanita turut menyertai majlis walau minoriti dalam kumpulan ini


Sahabat kita sedang di diuji oleh Allah SWT. Kasihan Us Masykuri sakit gigi gerahamnya. Patut kurang ceria. Namun masih memberi komitmen dengan majlis pada malam ini.


Peserta sedang membaca Yaasin secara kumpulan

Doa tahlil



Doa tahlil dibacakan oleh Tn Jasri. Rakan-rakan mengaminkan doa tersebut.

Ya Allah mudahkan urusan kami dan berilah kami kekuatan dalam mengharungi cabaran kerinduaan dengan keluarga di tanah air.Amin ya Rab!



Mesyuarat kali kedua:


1-Jadual memasak. Terutama berkaitan memasak pagi untuk tujuan makan tengah hari di Muslim College.

2-Jadual menulis report/laporan: Dibahagikan kepada kumpulan Isnin - Khamis. Jika ada lawatan selain hari tersebut maka S/U dan Timbalan akan ambil peranan

3-Mengunjungi MSD. Pertemuan amat penting.Akan meminta MSD mengatur pertemuan dengan pelajar.

4-Solat berjemaah Isyak

Us Othman selaku ketua delegasi sedang mempengerusikan mesyuarat dan perbincangan. Pertemuan seminggu sekali ini amat bermanafaat dalam kita membincangkan sebarang permasalahan secara bersama.

Cadangan-cadangan dari ahli kumpulan di ambil kira demi kebaikan perjalanan program menepati objektifnya. Kerjasama adalah begitu dititikberatkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan