Ahad, 20 Jun 2010

LAWATAN RASMI REGENT’S PARK MOSQUE

18 Jun 2010

REGENT’S PARK MOSQUE (Fazleh Ali)



Masjid Regent Park yang cantik

*Introduction, History Discussion And Dialogue

Hari ini lawatan rasmi ke Masjid Regent Park bersama Shahwiqar Shahin sebagai urusetia Muslim College bersama kakitangan masjid. Hari Jumaat dipilih kerana untuk member peluang kepada peserta rombongan suasana dan pengalaman solat di Masjid Regent Park yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Kita boleh rujuk di sini http://en.wikipedia.org/wiki/London_Central_Mosque  dan http://www.sacred-destinations.com/england/london-regents-park-mosque

Fazleh Ali memberikan penerangan tentang aktiviti masjid yang  mempunyai 25-30 orang kakitangan

Soal jawab tentang peranan masjid dan pengimarahan

Mr Anwar mengendalikan sesi dialog dalam Bahasa Arab

Di dalam pejabat beliau sebagai Pendaftar nikah cerai


Pertemuan dimulakan dengan penerangan ringkas masjid dan sesi dialog oleh Fazleh Ali kakitangan yang bertugas. Namun tidak ada flyers dan browsher yang disediakan untuk maklumat pengunjung akan sejarah dan organisasi serta akitiviti masjid.


Contoh borang yang perlu diisi oleh pemohon

Contoh sijil nikah di UK yang diiktiraf dikebanyakan negara

Bersama Ketua perpustakaan

Mr. Anwar Rahmtullah yang bertugas sebagai Pendaftar nikah cerai dan Penyelaras IQ telah menyampaikan serba sedikit tentang program di masjid. Beliau memberitahu rombongan bahawa perkara yang paling mendapat sambutan di sini adalah hal ehwal pernikahan dan cerai. Namun statistik perkahwinan melebihi kadar perceraian. Kadar penceraian amat kurang dan gejala buang bayi tidak ada di UK. Undang-undang keluarga di sini menggunakan Mazhab Maliki.

Us Othman memberi hadiah kenangan kepada Fazleh Ali. Ikatan dan hubungan dua negara tidak akan putus dan mengambil manafaat antara satu sama lain demi kebaikan ummah


*Jumaah Prayer


Jemaah sedang bersiap sedia untuk solat

Noja atau siak sebuk membentang tikar kerana jemaah yang ramai dan melimpah

Suasana dalam masjid

Khutbah hari ini berkisar kepada Etika Masjid.

Discussion And Cultural And Community Contribution.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan