Khamis, 24 Jun 2010

ORTHODOX JUDAISM (INTRODUCTION AND DEVELOPMENT-(RABBI NATHAN LEVY)

Pokok Kentang di tanam di belakang kolej


Kacang Peac sedang berbuah dan mereka mempelawa kami mencuba


Pokok Tomato. Mereka menggunakan sepenuhnya ruang yang ada dengan menanam sayur-sayuran.


Salad dan kobis


Terjumpa daun sup atau saderi



21 Jun 2010


ORTHODOX JUDAISM (INTRODUCTION AND DEVELOPMENT-(RABBI NATHAN LEVY)

VISIT TO LONDON SCHOOL OF JEWISH STUDIES

Dalam pertemuan yang berlainan ini, kami bertemu dengan sekelompok lagi masyarakat Yahudi di UK ini tetapi kali ini membawa fahaman Orthodox. Jika dahulu di Leo Baeck kami berjumpa dengan yang berfahaman reform dan liberal. Namun kesimpulannya walau golongan mana sekali pun mereka, Yahudi adalah Yahudi.


Kolej Yahudi Ortodok

Rabbi Nathan membawa rombongan melawat kawasan sekitar kolej dan kami tiba di tempat ibadat mereka. Yhad atau tangan adalah logam penunjuk Taurat sama seperti di Sekolah Leo Baeck


Tiba-tiba dalam renungan dan pemikiran saya yang cetek ini,  pertemuan-pertemuan seperti ini semakin menarik sebenarnya untuk mengkaji agama Yahudi dan sifat mereka secara praktikal atau zahir di depan mata kepala sendiri. Namun bagi saya kumpulan ini lebih terbuka dari Reform Judaism kerana mereka berkata benar walau pun hakikatnya mereka sentiasa berbohong dan mencari helah. Dialog dan layanan Orthodox memberikan kepada kami persepsi yang berbeza dalam memahami ajaran mereka. Saya tidak melepaskan peluang keemasan dalam bertanya kepada Rabbi Nathan tentang beberapa perkara antaranya:

1. Firman Allah SWT dalam surah al-Ambiya' ayat 7 :

7. Kami tiada mengutus Rasul Rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang-laki-laki yang kami beri wahyu kepada mereka, Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu (mereka yang mengetahui Taurat dan Injil), jika kamu tiada Mengetahui.

Maknanya apa yang telah saya dan rakan-rakan lakukan di UK ini adalah selari dengan tuntutan wahyu tersebut. Saya bertanya kepada Rabbi Nathan tentang pendapat beliau mengenai Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

2. Rabbi Nathan selalu menyebut tentang peristiwa Holocoust di mana orang Yahudi dibunuh secara beramai-ramai oleh pihak Nazi pada perang Dunia dahulu. Dan perkara tersebut sebenarnya tidak patut berlaku dalam sejarah ketamadunan manusia. Beliau dengan sedih hati menceritakan peristiwa tersebut. Tanda Holocoust dan Yahudi sangat rapat sekali hubungannya ibarat darah dan daging. Maka saya menyatakan dan bertanya dalam pertemuan yang diibaratkan dari hati ke hati itu; bahawa apa yang Yahudi Zionis lakukan terhadap masyarakat Palastin terutama penduduk Ghaza juga tidak patut berlaku dalam peradaban manusia sekarang dan adakah beliau bersetuju bahawa itu merupakan Holocoust yang kedua terjadi dalam sejarah manusia?

Perpustakaan mereka yang tersusun

Buku rujukan tentang agama lain dan perbandingan agama disini.

Pustakawati yang bertugas menerangkan mengenai perpustakaan

Kesimpulan : Yahudi Orthodok menentang ketua agama atau Rabbi dari kalangan wanita manakala Reform Judaism membenarkan. Walaupun begitu hakikatnya ramai kakitangan dan guru di sekolah ini terdiri dari kaum hawa tanda mereka tidak disisihkan dalam perkembangan intelektual Yahudi. Akhirnya kami bersama menanam pokok Zaitun tanda keamanan dunia dan persefahaman
 
Rujukan tentang Jewish Orthodox......
Dan lagi Mengenai Mereka....
 
 
Bilik seminar yang sedang membincangkan isu wanita yang di ajar oleh tenaga pengajar juga wanita.

Semasa sesi dialog dan setiap meja ada kitab ini
 
Berita kedatangan kami telah dikeluarkan dalam surat khabar tempatan Hendon Times Rujukan Berita...
 
Akhirnya sesi menanam pokok Zaitun. Kami pun tidak dimaklumkan akan tentatif program.

Pokok Zaitun ditanam berdekatan Pokok Tin. Dan tidak ketinggalan cenderahati kenangan tanda keamanan dunia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan