Selasa, 8 Jun 2010

FATWA BY THE SCHOOLS OF THOUGHT


FATWA BY THE SCHOOLS OF THOUGHT


(02.00 p.m-04.00 p.m)

Prof. Gamal Solaiman


Apakah makna Fatwa? Ianya datang dengan kata akar fa-ta-ya dan selalu disebut-sebut dalam al Quran dan menjadi kata jamak (plural) bila disebut fatwa. Allah swt menyebut perkataan ini dalam banyak bentuk dan ayat dan surah untuk sama-sama kita renungkan kebesaranNya dan kegunaan kalimah ini dalam kehidupan.


Perkataan fatwa telah disebut dalam surah-surah ini:

1-Surah an Nisa’( ayat 127 dan 176)

2-Surah Yusuf (ayat 41, 43 dan 46)

3-Surah al Kahfi (ayat 23 dan 41 )

4-Surah An Nahl (ayat 32)

5-Surah as Saffat (ayat 149)

Perkataan fatwa juga di sebut dengan perkataan sa ala ( sin alif lam) membawa maksud soalan yang ditanya :

1-surah al Baqarah (ayat 189, 215, 217, 219, 220 dan 224)

2-surah al Maidah (ayat 4)

3-surah al-A’raf (ayat 87)

4-Surah al anfal (ayat 1)

5-Surah al Isra’( ayat 85)

6-surah al Kahfi (ayat 83)

7-surah Taha (ayat 42)

8-surah an Nazia’at

Ayat-ayat ini sebagai biasan dan pantulan kepada sebarang permasalahan ummah dan manusia dan menjawab banyak pertanyaan yang manusia ingin tahu.

Namun masih ada perbezaan antara fatwa dan ijtihad. Walau hubungan matlamat sama tapi penggunaanya adalah berlainan. Segi kasarnya ijtihad ialah sesuatu perkara yang perlu dibuat kesimpulan jawapan dan fakta utama untuk menyelesaikan sebarang permasalahan. Fatwa pula ialah persoalan yang perlu diberi jawapan. Namun ijtihad penggunaannya lebih meluas dari fatwa kerana fatwa ialah kepada sesuatu yang khusus.

Kerana itu semasa Muaz b Jabal ditemuduga oleh Rasulullah SAW semasa mahu dihantar ke negeri Yaman, beliau telah menjawab pertanyaan Rasulullah SAW. Wahai Muaz! Apakah yang akan kamu lakukan nanti apabila terdapat masalah dan persoalan di negeri Yaman? Muaz menjawab: saya akan merujuk kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah. Nabi bertanya lagi: jika tidak ada dalam keduanya bagaimana? Jawab Muaz aku akan berijtihad berpandukan keduanya.

4 cabang mazhab dalam Islam tidak lari dari menggunakan al Quran dan al Hadith sebagai rujukan utama mereka. Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Ahmad dan Imam Malik merupakan mereka yang mujtahid dan layak mengeluarkan fatwa untuk diri mereka sendiri dan umah. Walaupun mereka datang dari latarbelakang yang berbeza namun pendapat mereka telah menjadi ummah bersatu bukan berpecah dalam memahamkan agama Islam yang sebenar. Imam Hanafi dari latarbelakang peniaga dan Imam Malik dari kalangan bangsawan yang duduk di Madinah telah memberi kesan kepada ijtihad mereka.

Kerana itu mereka yang mahu memberi fatwa dan khasnya mahu menjadi mujtahid perlu seseorang yang mahir dalam bahasa Arab,mengetahui ‘am dan khasnya, Usul Fihqnya, berilmu, mempunyai kemahiran dan berakhlak.

Satu contoh : 2 minggu lalu semasa pilihan raya di UK ada setengah jemaah Islam mengeluarkan fatwa bahawa haram keluar untuk dipaksa membunuh saudara mereka sendiri (ada yang dihantar ke Negara Iraq dan Afghanistan untuk berperang). Nasihat Prof ialah supaya sebarang fatwa perlu melihat kepada kesan jangka pendek dan panjang ummah bukan secara semberono sahaja.

Soalan yang ditanya:

-siapakah yang bertanggungjawab dalam penyebaran fatwa di UK dan juga pendapat beliau tentang wahabi.



Prof menjawab persoalan dengan penuh hikmah.


Kita sama-sama perlu mencari penyelesaian! Bukan mencipta masalah dan mencari salah. Demi kesatuan ummah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan