Hentian tube ini dipilih untuk ke Kelab Melayu London
Ke Kelab Melayu, Cricketfield Road, East London (Malay club of London)
Kereta yang datang menjemput kami berempat
Abang Amir datang ke UK dalam tahun 90an dan mempunyai isteri berbangsa Bosnia.
Melintasi kawasan penempatan Yahudi. Mereka dikatakan berasal dari Poland dan melarikan diri ke Britain ekoran peristiwa Holocaust.
Memenuhi jalan raya keluar untuk beribadat di sinagog mereka pada waktu maghrib bersempena dengan hari Sabtu. Mereka dilarang untuk menaiki sebarang kenderaan pada hari ini. Maka banyaklah kelihatan Yahudi ini berjalan kaki ke sinagog mereka.Menarik untuk dikaji.
Masjid yang wujud di sini
Hari ini kami berempat ada jemputan tidak rasmi untuk datang ke Kelab Melayu atas sebab community service oleh Abang Amir yang sudah lama menetap di UK. Petang itu angin utara (datang dari arah Scotland) begitu sejuk hingga menggigit cuping telinga menemani perjalanan kami. Jika angin selatan agak panas datangnya dari Maghribi. Selepas solat Asar dengan pantas ke stesen tube Boston Minor untuk menuju ke Finsbury Park menemui sekelompok masyarakat Melayu yang telah menetap lama di Bumi Britain. Seperti yang kita maklumi bahawa Tanah Melayu ketika dahulu merupakan salah satu kaloni Britain yang mempunyai sejarah yang panjang dengan kita.
Menghampiri bangunan Kelab melayu
Pemiliknya berbangsa Yahudi yang telah menyewakannya kepada Kelab Melayu semenjak tahun 1960an lagi
Pintu bewarna hijau adalah bahagian penginapan
Bahagian bawah untuk tempat perjumpaan dan surau
Bangunan Kelab Melayu di Criketfield Road ini sejarahnya adalah pertubuhan kelasi-kelasi kapal dari Tanah Melayu dan akhirnya membawa kepada penubuhan kelab. Bangunan atas adalah untuk pengembara dan musafir menginap barang sehari dua terutama orang melayu. Bahagian bawah bangunan digunakan sebagai tempat pertemuan, majlis ilmu, lain-lain aktiviti dan surau. Menariknya bangunan kelab ini sebenarnya hak milik seorang Yahudi di sini. Sejak sekian lama kelab menyewa dengan harga yang murah.
Teringat kata-kata Pahlawan Melayu Dato’ Hang Tuah : “Tidak Melayu Hilang Di Dunia”. Pertemuan ini menambahkan keinsafan diri di di mana bangsa Melayu ini tidak kurang hebatnya, telah mengembara dan menjelajahi segenap pelusuk dunia. Pak Mat Bajerai, Pak Hamzah, Pak Ali, Pak Abdul Salam, Abg Chik Amir and Pak Ihsan merupakan nama-nama yang menunjangi Kelab Melayu di Kota London ini. Pertemuan dengan mereka sedikit sebanyak melenyapkan kerinduan kepada ibu bapa di tanah air. Keramahan dan keceriaan mereka menyambut kedatangan kami berempat, menyerlahkan lagi budi bahasa ketimuran yang tidak pernah padam serta hilang walau telah berpuluh tahun menetap di UK. Ada yang berasal dari Pulau Pinang, Kedah, Melaka, Kg Baru dan lain-lain negeri seluruh Negara.
Presiden kelab sedang menyampaikan kata-kata aluan. Tidak sangka kedatangan kami dinantikan seperti ini.
Yang berbaju biru belum register sebagai ahli Kelab Melayu lagi
Perbincangan mengenai permintaan kelab untuk diadakan ceramah dan forum bagi masyarakat Melayu di sini.
Ada perkara yang mencuit hati sampai tersenyum simpul tu...
Yang menarik ialah gaya bahasa mereka yang masih menggunakan bahasa filem P.Ramlee. Maknanya itulah lenggok dan gaya bahasa terkakhir sewaktu mereka meninggalkan tanah air. Apabila kami menyatakan bahawa Dato’ Ketua Pengarah JAKIM berkirim salam, mereka sungguh terharu kerana Dato’ KP JAKIM pernah berkhidmat di London dan membimbing mereka. Hubungan yang sungguh erat itu masih lagi dalam kenangan mereka.
Masing-masing penuh dengan kisah dan sentimental valuenya yang tersendiri. Umur mereka antara 70-80an dan jika melirik wajah-wajah mereka dengan 1001 kedutan bermakna jutaan pengalaman yang telah ditempuhi.Wow!. Tidak dapat nak dibayangkan. Perjalanan dari Tanah Melayu atau Malaya ketika itu menempuhi ombak dan badai lautan yang mengganas dan Allah SWT takdirkan sampai di Tanah Orang Putih ini lalu menetap dan meninggal di sini. Ada yang dengan langkah pertama mereka dari rumah sebelum merdeka lagi, melalui perjalanan darat dari tanah air sampai ke sini penuh tawakkal kepada Allah SWT menetap di Britain. Inilah perjalanan yang telah mereka pilih. Ada di antara mereka ini yang berkahwin dengan warga tempatan dan mereka yang masih mahu mengekalkan pertalian dengan keluarga serta tanah air berkahwin dengan rakyat di Malaysia.
Wajah-wajah yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata akan perjalanan jauh mereka.
Tidak pasti sama ada pengalaman mereka direkodkan bagi tatapan generasi akan datang. Pak Hamzah orang kuat surau dan isterinya orang tempatan
Wajah makcik-makcik yang turut hadir begitu teruja untuk bertemju dengan kami
Kebanyakan mereka sudah berkeluarga dan anak-anak menetap terus di London dan berkerjaya. Di Kelab Melayu ini kita melihat keberlangsungan hidup bangsa Melayu di bumi UK. Hubungan akrab dan mesra sesama 80 ahli keluarga yang terdapat di sini menghuraikan kepada kita akan erti kerjasama, pertolongan dan muhibbah.
Turut hadir rakan rombongan jemaah Tabligh dari Malaysia yang datang keluar untuk berdakwah selama 4 bulan seluruh UK
Pertemuan petang itu adalah berkisar kepada permintaan bapa-bapa di kelab memohon kerjasama dan bantuan pegawai yang datang agar dapat memberikan ceramah dan pengajaran agama yang memang dinantikan. InsyaAllah pertemuan demi pertemuan akan menyusul demi kebahagiaan serta kebaikan ummah.
Abang ini juga sudah lama menetap di UK dan bekerja dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Bahagian Kewangan
Agenda terakhir yang tidak dapat dielakkan. Masak gulai kari kambing, ayam masak lemak cili padi dan udang sambal tumis petai (hebat pengalaman makan petai di London) serta terung goreng bilis. Terima kasih ibu-ibu dan bapa-bapa.
Yang sedang cedok nasi tu Mami Penang mari. Mami asal Sg Gelugor sudah lama menetap di UK
Majlis ini telah mengeratkan silaturrahim dan hubungan muhibbah sesama kami. Nanti kita cerita lagi bab Kelab Melayu, InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan