Mesyuarat pertama di perkarangan Hotel Holiday Inn
4 Jun 2010. Perkara yang dibincangkan semasa mesyuarat adalah berkisar kepada perjalanan rombongan semalam. Ustaz Othman meminta kepada kepada S/U agar mengirimkan penghargaan kepada JPA atas urusan mereka sebelum bertolak dan lebih-lebih lagi sewatu ketibaan. Kepada En Amran dan Cik Mazidah atas bantuan mereka di lapangan terbang Heatrow, jasa mereka sangat besar kepada rombongan ini. Kunjungan rasmi juga perlu dilakukan terhadap Encik Amran walaupun selalu berjumpa dengan beliau secara tidak formal.
Us Othman selaku Chief De Mission memulakan kalam dengan ucapan pujian kepada Allah SWT atas selamat tibanya kami di bumi London
Peserta mendengar taklimat dengan penuh komitmen dan bertenaga
setiausaha sedang membuat penerangan ringkas mengenai gerak kerja dan maklumat terkini Muslim College
Namun dalam perbincangan ini, masalah semasa chek in di KLIA dan sedikit di Heathrow mencuri tumpuan. Hasilnya keputusan memberitahu kepada peserta akan datang adalah:
1-Jangan guna kotak untuk menyimpan makanan. Gunakan beg. Ini kerana semasa pemeriksaan kastam di Heathrow jika peserta diminta membuka kotak yang berisi makanan bagi tujuan siasatan akan memberi masalah kepada peserta sendiri. Peserta boleh mendapatkan beg percuma dari syarikat yang membeli tiket penerbangan ( 3 orang bagi satu syarikat jika ada).
2-Sebab itu waktu cadangan bertolak dari Malaysia adalah pada waktu malam kerana waktu ketibaan nanti di London tidak akan menghadapi banyak karenah imigresen dan kastam. Apabila tiba waktu pagi akan tidak banyak masalah di Heathrow berbanding jika sampai pada waktu petang di London akan memberi sedikit sebanyak kesan jika berlaku pemeriksaan secara rawak. Namun bantuan dan penjelasan dari 2 orang pegawai JPA sebenarnya banyak membantu kelicinan perjalanan peserta.
3- Namun JPA di Putrajaya hanya up gradekan tempat duduk dari kelas ekonomi kepada business kelas tanpa turut sama menaik nilai taraf kg barangan yang di bawa oleh peserta. Dan perkara ini tidak dimaklumkan kepada urusetia dan peserta.
4- Kadar Kg yang biasa diperuntukan untuk seorang penumpang ialah 20-25 kg sahaja. Jika berlaku lebihan, 1 kg lebihan berat barangan bersamaan RM 178.00 perlu dibayar kepada MAS. Hakikatnya ramai peserta yang membawa lebihan barangan kerana berdasarkan kepada laporan senarai baranagn yang perlu dibeli oleh peserta tahun lepas dan di beri maklumat awal bahawa kg yang boleh dibawa adalah sebanyak 40 kg.
5- Peserta membawa beras sebanyak 5 kg. Sebenarnya tidak perlu untuk membawa beras dari Malaysia. Peserta cukup hanya membawa 1-2 kg beras seorang bagi persiapan minggu pertama di sini kerana harganya amat berpatutan.
6- Pelawaan membaca khutbah Jumaat hari ini oleh pihak MSD ditolak dengan baik oleh ketua rombongan adalah berdasarkan kepada perlu melihat kepada keadaan setempat terlebih dahulu. Khutbah perlu dibaca dalam 3 bahasa iaitu separuh Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Khutbah hari ini disampaikan oleh ustaz Erfino MSD di Malaysia Hall dengan topik Palestin.
7- Pembahagian tugas. Us Mirza S/U dan pembantunya Ustazah Rosnita. Us Zulkhairi bendahari bersama penolongnya Us Rahimi. Ketua dapur Us Muhammad Imran bersama pembantunya Us Masykuri. Mesyuarat bersetuju untuk kutipan kali pertama nanti adalah sebanyak $10.00 pound seorang/minggu. Kemudian akan lihat kepada kedar keperluan semasa. Dan jadual memasak serta menu akan disusun oleh ketua dapur . Bersetuju Isnin-Khamis adalah wajib untuk memasak dan Jumaat-Ahad adalah bebas.
8- Semua keputusan dan tindakan perlu dirujuk kepada Us Othman selaku ketua rombongan untuk mendapat persetujuan.
Penuh khusyuk akan penerangan yang diberikan oleh ketua rombongan di ambil perhatian sekucupnya oleh mereka
Pembahagian tugas amat perlu demi melicinkan perjalanan aktiviti di London ini
Apa yang penting adalah kerjasama antara peserta. Hidup di negara orang ini ikatan seperti kekeluargaan sesama peserta amat perlu
Masyuarat selesai dan bersiap sedia untuk solat Jumaat. Zul dan Rahimi dah masak nasi rupanya. Makan dengan serunding dan sambal tumis ikan bilis. Makan sebelum Jumaat.
Selepas Jumaat perjumpaan dengan Shah secara tidak formal di hadapan Malaysia Hall. Dia bagi kad Oyster untuk kegunaan menaiki bas dan tube(keretapi bawah tanah). Ustaz Othman ada perjumpaan dengan Menteri JPM di hotel.
Rahimi dan Azzeman beli handphone. Rupanya di London harga handphone murah jika mahu dibandingkan di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan