Jumaat, 25 Jun 2010

PERPUSTAKAAN MUSLIM COLLEGE

Khutub Khanah Muslim College


Hari ini saya melawat perpustakaan yang terdapat di Muslim College ini. Alhamdulillah waktu rehat jam 1.00 petang-2.00 petang saya manafaatkan untuk menjenguk kutub khanah ini untuk mencari bahan-bahan terbaik yang dapat dibawa pulang ke tanah air nanti.

Kedatangan saya disambut oleh pustakawan yang juga merangkap imam Mr Mamadao Bocoum yang melayan saya cukup baik.

En Mamadou sedang menyiapkan Phdnya di Muslim College. Seorang Imam di penjara.

Saya bertanya kepada beliau sekiranya perpustakaan ini mempunyai buku-buku yang berkaitan dengan pengimarahan masjid dan pengurusan masjid. Beliau berjanji akan mencarikan saya buku-buku tersebut dengan senarai dari sistem komputer kolej. Namun dalam pertemuan itu beliau telah memberikan saya sebuah buku yang bertajuk DEVELOPING DIVERSITY-Promoting Excellence and Providing Choice. Meeting the Needs of Muslim Women: A Directory of Mosques in England yang pada saya satu permulaan yang sangat baik. Terima kasih saudara Mamadou.

Walau sebuk En Mamadou melayan saya dengan baik

Bilik buku rujukan yang mempunyai banyak buku menarik
Bilik yang mengandungi hasil karya pelajar Master dan Phd

Mengandungi 4 bilik utama .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan