Ahad, 13 Jun 2010

PERJUMPAAN BERSAMA PESURUHJAYA TINGGI MALAYSIA KE LONDON



11 Jun 2010. Selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Malaysia Hall, kami bergegas bersama En. Amran dan Cik Nazlinda ke Pejabat  TYT Datuk Zakaria bin Sulung, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke London. Pertemuan tersebut adalah bagi mengadakan kunjungan hormat delegasi JAKIM kepada TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke London. Pertemuan yang di atur tepat jam 3 petang di adakan dalam keadaan santai dan bersifat kekeluargaan telah menghasilkan beberapa pandangan, idea dan harapan daripada kedua belah pihak.


Alamat Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London ialah
45-46 Belgrave Square London SW1X 8QT

Waktu bekerja ialah 9.00 pagi-5.00 petang Isnin-Jumaat. 
Pejabat akan ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum


Di pintu masuk pejabat


Pegawai Penyelaras Takmir Pulau Pinang di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke London.


Us Othman sebagai ketua delegasi memulakan tandatangan di buku pelawat


TYT Datuk Zakaria bin Sulung merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam hal ehwal perhubungan antarabangsa kerana pernah bertugas sebagai duta di beberapa negara lain sebelum ke London. Antaranya di Frankfurt, German, Bosnia dan pernah bertugas di United Kingdom sendiri.


TYT Datuk Zakaria bin Sulung amat berbesar hati dan sukacita menerima kedatangan delegasi JAKIM


Peserta mendengar penerangan yang diberikan dengan penuh minat dan teruja dengan maklumat yang disampaikan oleh TYT


Selepas penerangan majlis dialog dimulakan.

Beliau telah memberi penerangan ringkas mengenai perjalanan dan sejarah kedutaan Malaysia Ke London. kedutaan di Britain ini merupakan terbesar di eropah dan di seluruh dunia. Maka tugasnya juga agak mencabar dan hubungan Malaysia-Britain sudah bermula semenjak kemerdekaan negara (dan Malaysia pernah menjadi koloni British sebelum merdeka) dan lebih-lebih lagi menjadi ahli negara Comonwelth.

Kedutaan di Britain berfungsi bagi menjaga aspek politik antara kedua belah negara, ekonomi terutama menarik pelabur-pelabur asing datang melabur di Malaysia. FDI yang diperlukan oleh negara adalah sebanyak 7.23 peratus untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Malaysia merupakan negara ke 18 pengeksport terbesar ke Britain dan seluruh dunia terutama 30 peratus dalam sektor pembuatan. Oleh itu sebarang isu-isu yang melanda negara perlu diterang kembali oleh bahagian penerangan kedutaan untuk mengekalkan pelabur datang ke Malaysia. Bila ada pelaburan maka akan ada pekerjaan dan bila ada pekerjaan bermakna ekonomi negara akan berjalan baik.


Harapan yang sangat besar TYT kepada delegasi agar dapat memberikan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

Catatan penting lagi bersejarah.

Media barat tidak pernah memberikan penerangan yang adil dan memaparkan publisiti yang baik kepada Malaysia. Sebagai contoh isu pembakaran gereja dan kepala lembu sedikit sebanyak menjadi perhatian pelabur untuk ke Malaysia. Walau bagaimanapun, dengan penerangan yang betul dan jelas perkara tersebut dapat diperbaiki dari masa ke masa. Begitu juga dengan Travel Advisory yang dikeluarkan oleh Amerika sedikit masa dahulu bagi pengunjung yang mahu melancong ke Sabah yang disifatkan tidak selamat oleh mereka maka perkara itu perlu diberi penjelasan dengan segera. Isu yang berkait dengan hak asasi manusia juga memberikan kesan kepada kedatangan pelabur.


Gambar ini dilukis pada tahun 1956 mempunyai nilai sentimental yang tinggi

TYT sangat berharap kepada JAKIM agar dapat mengatasi isu-isu ajaran sesat, berperanan besar dalam toleransi antara kaum dan interfaith agama. TYT mencadangkan agar peserta dapat berjalan ke Berlin dan Bosnia ( The Jerusalem Of West) bagi melihat nasib dan kehidupan umat Islam di sana. Kehidupan mereka akan dapat membuka mata kita agar peri pentingnya menjaga keharmonian antara kaum dan agama.

Pertemuan dan dialog panjang lebar itu diakhiri dengan ucapan balas Us Othman selaku ketua delegasi kursus JAKIM dengan ucapan terima kasih kerana TYT sudi menerima kunjungan hormat ini. Akhirnya sedikit cerderamata yang tidak sepertinya di hadiahkan kepada TYT sebagai tanda kenang-kenangan.


Us Othman membuat ucapan balas kepada TYT

Sedikit tanda kenang-kenangan dari kami TYT.


Plak dan al-Quran terjemahan ke Bahasa Inggeris untuk TYT


Last but not least gambar kenangan bersama TYT.

4 ulasan:

  1. ei3 hebat beno mike dengan TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia teman disini tumpang bangga dengan mike dan kawe2 disana rasa2 bole kader di pejabat TYT Pesuruhjaya Tinggi Msia di London nu huhuhu......super power.

    BalasPadam
  2. mike dah jadi tetamu vip ni bukan senang nak jumpa TYT tu mcm mana dengan rakan2 yang lain tu us.zul kita mcm mana kita akan.. kita akan.. kita akan tahlil di mlm jumaat ni kehebatan us.zul membuatkan Imam Hafiz baru telah ditempatkan di Masjid Negeri Pulau Pinang Malaysia ini disebabkan kita akan..kita akan bagi memahami hasrat setampat di uk..... esok abg.kita gema tazkirah/khatib di masjid mana huhuhu....

    BalasPadam
  3. mcm mana dengan musa/muaz/awfa depa dok nanti tanya abg.kita ni ai3 kak kita dok sentiasa tggu abg.kita balik ni depa semua dok rindu kat abd.kita ni tambahan pulak di mlm jumaat ni....depa suka makan kek coklat super power betui nu.....kita disini terlalu sibuk dengan keja us.ayob yang dedikasi ddn tugas.....us.imran hari ni buat keja apa... ustaz ada keja apa... ustaz buat apa hari ni huhuhu ayat bebisa abg.yop tu kat abg.kita hihihi.........super london..

    BalasPadam
  4. wokey3 kita nak balik keja dah ni bulan rejab, syaaban ramadhan dok mula menyerabut dengan keja yang banyak ni apapun kita perkasa unit pengurusan masjid di london oleh kerna abg.kita dengan us.zul dan rakan2 yang lain bertemu dengan Tuan Yang Tetutama Psuruhjaya Tinggi Malaysia di London maka amat layak abg.kita dgn us.zul ditugaskan diunit agama pejabat T.Y.T. di london mesti berkat dunia akhirat... wokey2 slamat malam jumaat....

    BalasPadam