9 JULAI 2010
VISIT TO FORD PRISON
(PENJARA YANG MELAHIRKAN BANDUAN YANG BERPENGETAHUAN AGAMA)
Sejarah Ford Prison...........
Hari ini rombongan kami kena bertolak awal pagi untuk ke penjara Ford kerana jarak perjalanan yang mengambil masa 3 jam. Perjalanan yang lancar pada waktu pagi namun apabila mahu pulang ke London agak sesak di lebuhraya. Dan itu merupakan masalah utama di London apabila waktu petang.
Rombongan kami pagi itu dengan wajah yang ceria menuju ke Penjara Ford
Imam Mamadou berasal dari Sinegal mempunyai Phd
Perjalana melalui lebuhraya ke arah selatan mengambil masa 3 jam
Imam Mamadou membaca al-Quran
*DISCUSSION AND DIALOGUE WITH PRISON POPULATION
Perjalanan sudah memasuki kawasan perkampungan yang cantik
Ketibaan kami disambut oleh Mr Peter ketua Chaplain di penjara tersebut yang beragama Kristian. Kami tidak dibenarkan membawa kamera dan mobile phone maka sebarang gambar di dalam penjara tidak dapat dirakam.
Perjumpaan awal dengan gabenor penjara(wanita) kerana beliau akan bertolak untuk ke Turki bagi tujuan percutian. Kami dijamu dengan jamuan vegetarian halal yang cukup menyelerakan. Kami dibawa melawat sekitar bangunan dalam penjara
Alhamdulillah sampai juga akhirnya. Penjara ini berasal dari kem tentera udara.
Pintu masuk utama
Hanya bahagian ini yang boleh diambil gambar sebagai kenangan
*JUMAAH PRAYER
Imam Mamadou menjadi guru agama penjara dan khatib hari ini. Berkisar kepada bersyukur kepada Allah SWT dan terima kasih kepada manusia. Dan memetik hadis Nabi SAW bermaksud : Jika kamu berimana kepada Allad dan hari akhirat hendaklah kamu berkata perkataan yang baik atau kamu diam. Perbuatan "menipu" hendaklah dijauhkan kerana Nabi SAW datang dengan sifat benar.
Us Muhd Imran menjadi bilal azan kedua dan selepas itu membacakan ayat suci al Quran bagi tujuan pembukaan majlis dengan banduan. Us Zulkhairy membacakan doa selamat selepas itu dan rata-rata banduan begitu berpuas hati dan terharu dengan kehadiran rombongan kami.
*TOUR OF THE PRISON AND MEETING WITH PRISON GOVERNOR
Masjid, Kuil Hindu dan Kuil Sikh berkongsi bangunan namun lain pintu menarik perhatian rombongan. Kemudahan bilik air dan sejadah serta al Quran menandakan perhatian yang cukup oleh pihak pengurusan penjara kepada aspek setiap agama.
Report mengenai penjara ini. Laporan tentang penjara..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan