24 JULAI 2010
Coventry Midland England
Peta Coventry
CONVENTRY
Hujung minggu kali ini saya menziarahi seorang lagi sahabat saya dan isterinya di sebuah wilayah di UK bernama Coventry. Satu lagi rehlah ilmiah dan ziarah secara tidak langsung mengenal budaya dan adat resam masyarakat di UK. Melawat masyarakat Malaysia yang menuntut ilmu di sini seperti anda pulang dari asrama atau university ke kampung halaman pada hujung minggu. Apa yang boleh anda nyatakan adalah perasaan kegembiraan dan hati yang sungguh girang kerana akan pulang berjumpa dengan keluarga. Jesteru, perasaan begitu kembali menjelma ke dalam diri ini walau setelah 15 tahun meninggalkan alam persekolahan asrama.
National Express Bus = Bas Ekpress Nasional (sama tapi tak serupa)
Melalui Hyde Park dari Victoria-Coventry. Pagi Sabtu maih lagi sunyi
Perjalanan melihat kebesaran Allah dan kehijauan muka bumi UK
Yeah...sudah mau sampai.
Saya memulakan perjalanan pagi dari TVU hostel jam 6 pagi. Mentari Musim Panas telah lama menyebarkan cahayanya di bumi UK. Sampai di Ealing Brodaway menunggu tube yang akan bergerak ke Victoria Station agak lambat. Hati sudah mula berdegup degap. Kena pula tukar tube di Erls Court Station dek kerana kerja-kerja pembaikan hujung minggu jalan keretapi. Namun Alhamdulillah dapat juga sampai ke Victoria Couch Station walau lagi 15 minit bas akan bergerak. Dan sampai ke Coventry dengan selamat tepat pada waktunya jam 10.20 pagi.
Alhamdulillah sudah sampai ke Coventry bandar kedua terbesar di England. Kelihatan Chatadrel besar di sini
Stesen bas yang mudah dilihat
Masih lagi mempunyai seni bina Rom walaupun binaan baru
Bas Station Pool Meadow mempunyai keselesaan bagi penggunaan dalam bandar dan inter-city bus
Saya mesti memuji sikap pelajar Malaysia di Coventry amnya dan sahabat saya khasnya di atas kesudian menjemput dan melayan saya sepanjang ziarah di sana. En Muhd Khairulzaman & Pn. Shima bersama 3 anak mereka, Nur Aqilah , Nur Athirah dan Ahmad Razin (lahir di Coventry tahun 2009 sama tahun dengan anak ke 3 saya) telah sedikit sebanyak mengubat kerinduan kepada keluarga. Apa yang saya belajar dari dahulu lagi ialah apabila anda berjauhan dengan keluarga maka yang paling rapat dengan anda ialah rakan. Carilah rakan yang baik seperti saranan Rasulullah SAW.
En Zaman dan Pn Shima bersama keluarga menyambut kedatangan saya dengan amat baik. Terima kasih.
En Muhd Khairulzaman (a.k.a Paem ) sedang mengikuti pengajian diperingkat PhD dalam bidang Engineering di Warwick University. Jasa mereka sekeluarga sebenarnya banyak dengan saya. Saya teringat semasa saya baru pulang menghabiskan pengajian di Jordan dahulu pada tahun 2001 iaitu semasa isteri beliau Pn Shima dan isteri saya sama-sama menuntut di Universiti Tenaga Malaysia (UNITEN). Mereka telah membantu saya menterjemahkan ijazah pertama yang saya perolehi. Masih saya ingat masa itu kami menaiki kereta kancil Pn Shima ke JPA Putrajaya untuk terjemahan ijazah. Jazakallahu khairan kasira.
Apabila pulang ke Malaysia perbezaan yang saya dapat lihat kepada rakan-rakan yang belajar di tanah air adalah factor SIKAP. Tidak dinafikan persamaan atau hampir sama silibus pembelajaran, namun sebahagian dari mereka kekurangan “NILAI atau SIKAP” . Pelajar yang menuntut ilmu di luar lebih rapat dan mesra sesama mereka ibarat sebuah keluarga. Susah senang dilalui bersama. Namun pelajar di tanah air sesama mereka tidak lebih “hanya sekadar kawan” ibarat kad Touch n Go.
Sabda Nabi SAW mafhumnya “barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya”. Kalimah memuliakan di sini adalah bermaksud hospitality. Selain menuntut ilmu di sini kita belajar 2 perkara yang Nabi SAW suruh Public Relation dan Hospitality yang mana dakwah itu antaranya bermula dengan 2 perkara ini.
En Zaman membeli kereta Ford bagi kemudahan keluarga di sini.
MAKLUMAT LATAR BELAKANG
Coventry (diucapkan / kɒvəntri / atau / kʌvəntri / (dengarkan) merupakan sebuah kota dan bandar kecil di daerah West Midlands di UK. Coventry merupakan bandar ke 9 terbesar di England 9 dan ke 11 terbesar di United Kingdom . Itu juga merupakan bandar kedua terbesar di Midlands UK, selepas Birmingham. Dengan penduduk 300.848, walaupun Leicester dan Nottingham mempunyai wilayah yang lebih besar. Populasi Coventry telah meningkat menjadi 309.800 orang pada 2008.
Coventry terletak 95 batu (153 km) di barat laut London dan 19 batu (30 km) timur Birmingham, dan lebih jauh dari pantai dari bandar-bandar lain di Britain. Walaupun mempunyai penduduk hampir satu pertiga dari satu juta penduduk, Coventry tidak antara kumpulan Kota Utama UK karena kedudukannya berdekatan dengan Birmingham.
Coventry menjadi kota kembar ketika menjalin hubungan bandar kembar dengan Stalingrad, Russia (sekarang Volgograd) semasa Perang Dunia II. Hubungan ini dikembangkan melalui masyarakat di Coventry yang ingin menunjukkan sokongan mereka bagi Tentera Merah Soviet pada Pertempuran Stalingrad. Bandar ini sekarang hubungan bandar kembar dengan Dresden dan dengan 27 bandar lain di seluruh dunia.
Syarikat motor Coventry telah memberikan sumbangan signifikan terhadap industri permotoran automobile Britain, dan mempunyai dua university yang terkenal iaitu Coventry University dan University of Warwick di pinggiran selatan.
Coventry terkenal dengan industri permotoran. Sungguh menarik Museum Transportnya. InsyaAllah saya akan masukkan dalam entry akan datang.
Salam, Tersalah info tu pasal COventry...Birmingham yang bandar kedua terbesar di England....Coventry tak sure....Heheh
BalasPadamw.salam.ye ke...saya ambil info dari wiki...eheheh..ok tq banyak2 for that info
BalasPadam