Jumaat, 16 Julai 2010

Menghayati Isra’ wal Mikraj ( Night Journey to Sheiffield)

9 Julai 2010



Tepat jam 8.00 malam bas bergerak ke destinasi. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan.

Kawasan London di waktu lewat petang

Saya kira saya akan tertinggal bas ke Sheiffield. Dan ini bermakna tiket bas yang ditanggung oleh sahabat saya, berharga $ 16.60 pound ( RM 83.00) akan hangus. Ini kerana program di Ford Prison berakhir agak lewat petang. Kami meninggalkan penjara itu jam 3.30 petang. Apabila mahu masuk ke Kota London keadaan agak sesak di lebuhraya, dan kenderaan berjalan sekejap perlahan dan sekejap laju. Semua ini sebenarnya menguji sebuah sifat yang bernama SABAR. Saya saling berpandangan dengan Shah pengurus program kami di UK. Dia memahami keadaan saya namun yang pasti dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana kereta itu tidak akan dapat terbang ke Stesen Coach Victoria. Kesesakan lalulintas (kemungkinan hari ini Jumaat kerana warga London akan bercuti hujung minggu) semakin ketara ke laluan Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow.

Saya melintasi satu kawasan penempatan Yahudi

Mereka menuju ke sinagog bagi mengerjakan ibadah mereka

Bertopi dan berkot hitam bagi lelaki dan begitu juga wanita yang memakai kain labuh


Waktu ini barulah saya membuka mulut yang agak lama terkunci semenjak tadi walau mata sudah bercakap ke kiri dan ke kanan jalan mencari ruang dan hati tidak kering berdoa. “Shah, apa kata kita cari stesen tube keretapi yang berdekatan. Saya rasa kita tidak akan dapat sampai ke Ealing Broadway dan sudah pasti akan terlepas Bas di Victoria”, laung saya dari tempat duduk belakang van. Shah dengan pastas mengambil peta tube (peta percuma ini wajib di bawa ke mana- mana untuk perjalanan di London) untuk melihat stesen mana yang berdekatan. “Imran, awak perlu ke Stesen Hatton dan tukar stesen tube di South Kessington dan dari sana akan terus ke Victoria”, balas Shah dengan matanya tetap menatap peta itu.

Sekitar keadaan lebuhraya menuju ke utara

Kelihatan ladang gandum yang sudah siap diketam

Hari masih lagi cerah walau jam sudah menunjukkan 9.30 malam

Akhirnya matahari kelihatan terbenam jam 9.55 malam. Subhanallah!


Alhamdulillah kami berjumpa dengan Stesen Tube Hatton yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Heathrow. Jam menunjukkan 7.00 malam. “Ya Allah! Bolehkah aku lakukan? Jika ada rezeki aku ke Sheiffiled bertemu teman lama , Kau permudahkanlah”. Doaku kudus. Dipendekkan cerita, lagi 10 minit pukul 8.00 malam saya sampai di Stesen Coach Victoria. Dan bas sudah siap sedia menunggu untuk bertolak. Apabila saya menaiki bas dan pemandu memeriksa tiket, bas itu berjalan tepat pada waktunya. 8.00 malam. “Ya Allah! Apalah hikmah yang Engkau mahu berikan dari perjalanan ini?”,getus saya sambil menyapu peluh yang memercik keluar di dahi.
Ya…rupanya aku sedang berjalan malam. Night Journey. Teringat kisah Isra’ dan Mikraj Junjungan Nabi SAW. Namun yang pasti perjalanan aku ini tanpa mikraj ke langit. Hanya mimpi-mimpi indah bersama anak-anak dan isteri tersayang saja yang naik ke langit menemani perjalanan ini. Namun tidur itu tidak lama kerana saya terkasima dengan keindahan langit dan kawasan menuju ke Utara London. Merasai sendiri pengalaman matahari jatuh jam 9.55 malam. Di kiri dan kanan lebuhraya pokok-pokok menghijau ditambah dengan ladang gandum yang menguning bersedia untuk dituai.


Perkhidmatan tram atau keretapi elektrik di tengah bandar yang perkhidmatannya sehingga jam 12.15 pagi.

Sahabat lama saya semenjak dari Sekolah Menengah Izzuddin Shah, Ipoh Perak(1989-1993), En Zaini. Akhirnya kami bertemu di bumi UK


Saya pernah menaiki tram sewaktu di Iskandariah (Alex) Mesir dan kini di Sheiffield saya melihatnya untuk kali kedua.

Bergambar kenangan di Castle Square pada malam ketibaan di waktu jam menunjukkan 12.15 pagi dinihari.

Saya sampai di Sheiffield jam 11.45 malam  setelah 3 jam lebih dalam perjalanan dan sahabat saya En Zaini sudah siap menunggu di stesen bas. Kami ke rumahnya berjalan kaki. Alhamdulillah bumi Sheiffield ku jejaki akhirnya.

Sampai di rumah beliau sudah terhidang makanan istimewa oleh isteri beliau Pn. Fathiah yang juga merupakan sahabat baik isteri saya. Terima kasih.

Makan malam merangkap bersahur jam 1.00 pagi. Subuh 2.30 pagi. Sungguh menyelerakan. Ayam panggang cicah kicap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan