Isnin, 19 Julai 2010

CAR BOOT SALE TERAKHIR DI SHIEFFIELD

1 1 JULAI 2010


Car Boot Sale terakhir di Sheffiled


Sedang bersiap sedia ke Car Boot Sale yang terbaik di Sheffield

Untuk tahu sejarah Sheffield......
 
 
Angin agak sejuk dan deras tetapi langit biru dan awan yang sungguh cantik pagi ini

Pemandangan cantik dan memukau dari kawasan Car Boot

Bersama mantan Biro Agama di Sheffield. Sebelah saya beg yang baru "beranak". Nasib murah.

Hasil kita hari ini ialah......

Pn Fathiah melayan anaknya Kimi. Adik Kimi pengumpul setia koleksi Thomas & Friends. Siapa nak berkenalan boleh hubungi beliau.
 
Hari ini pergi ke sebuah Car Boot yang disyorkan oleh Zaini. Saya pergi bersama dengan beliau sekeluarga kerana yang istimewanya ialah barang di sini memang murah dan paling utama masuk adalah percuma. Memang banyak barang yang menarik hingga beg saya beranak satu lagi. Kerana terpaksa! Ehehehe…sambil membeli sambil memikirkan bagaimana mahu membawa barang-barang ini pulang ke TVU London.


Puan Fathiah sempat menunjukkan kepada saya buku-buku Bahasa Inggeris untuk diberikan kepada Pn Fazira isteri saya untuk digunakan disekolah tempat beliau mengajara di Pulau Pinang. Murah dan memang bermutu. InsyaAllah beliau akan kargokan bersama barangannya untuk pulang ke Malaysia nanti. Terima kasih atas budi baik beliau.

Ke Wood House-Memetik buah Cherry dan melihat pokok Blacberry

Maklumat Tentang Wild Cherry...........


Ini dia buah yang sering kita makan di Malaysia yang hanya dijumpa atas kek hari lahir. Itu pun sebiji dua sahaja.

Zaini menunjukkan kepada saya cara memetik buah Cherry.

Jangan berebut. Sila beratur.

Aksi memetik Cherry. Segar dari pohon Wood Sheffiled.

"Manisnyer.....Ini yang saya suke nie", kata Adik Qatrun.

Selepas membeli-belah di Car Boot Sale tersebut Zaini membawa saya ke rumah lamanya di Wood House yang merupakan pinggiran Sheiffiled. Maka Nampaklah suasana aman dan tenang dek pohon-pohon Cherry liar yang sedang masak. Kami memetik buah Cherry yang sedang masak ranum. Dan inilah pengalaman saya selepas memetik Strawberry yang sukar dilupakan. Walaupun memetik buah Cherry dari pohon yang tumbuh liar di sini tetapi ianya memang menyeronokkan. Bersama anak Zaini iaitu Qatrun dan Kimi kami berebut-rebut memetik dan memakan buah tersebut.


Pintu masuk hutan simpan di sini.


Sempat mengambil gambar En Zaini & Pn Fathiah sekeluarga di dalam hutan Shirtcliffe Wood

Air sungai ini bewarna hitam. Mengikut pengalaman saya ianya terhasil dari batu sungai yang bewarna hitam dan ianya berasal dari volcanic stone.

Tu dia aksi Bollywood di Shirtcliffe Wood dari adik Qatrun.

Maklumat Tentang Buah Cherry....
Saya memasuki hutan simpan yang cantik. Shirtcliffe Wood merupakan kawasan hutan yang cantik dan penduduk di sini memang suka memasuki hutan untuk tracking dan berjoging. Flocton Park pula adalah untuk mereka yang suka berkuda di hujung minggu inilah kawasan yang paling sesuai disediakan disini.


Jika musim bungan hutan ini dipenuhi oleh bunga Lazenda yang  membiru dan mengeluarkan bau haruman yang sungguh wangi.

Adik Qatrun dan Kimi di pintu masuk ladang gandum

Ini bukan orang-orang tetapi orang sebenar.

Gambar inilah Sheffield yang sebenar yang akan di ingati sampai bila-bila.

Pintu masuk kawasan rekreasi dan sukan berkuda

Bersama adik Qatrun berlatar belakangkan bunga Lazenda yang masih berbaki

Tersua dengan 2 orang "minah saleh" yang sedang melakukan riadah berkuda.

Kita jadi pelik orang kita tidak minat sukan berkuda sedangkan Rasulullah SAW meminta umatnya berkuda. Orang lain pulak yang ambil faedah hadis tersebut.


Padang yang luas dan rasanya jika dibahagikan mempunyai 11 padang bola

Buah plam dan lain-lain yang masih belum masak dan akan masak bulan 9-10 nanti.

Gandum yang sudah masak kekuningan di ladang bersebelahan serta pokok Blackberry dan juga sedikit Blueberry di dalam hutan ini memang mengasyikkan. Ditambah dengan hembusan angin musim panas yang segar. Tidak saya sangka UK mempunyai kawasan hutan yang cantik dan unik. Buah Black Berry baru berbuanga dan akan berbuah dalam bulan 9-10 nanti.

Pokok dan Buah Blackberry......
 
Pokok dan Buah Blueberry.....
 
 
Bunga Blackberry yang akan masak pada bulan 10. Jika di dalam bahasa arab Blackberry dipanggil "Tut" dan sedap di buat jus.

Teringat minum jus di Pasar Hamidiyyah Damascus Blackberrynya sungguh nyaman.

Pokok Blackberry yang banyak tumbuh liar di sini
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan