Selasa, 13 Julai 2010

INTERFAITH DEVELOPMENT IN THE UK DAN IMAM IN BRITISH PRISONS



8 JULAI 2010


INTERFAITH DEVELOPMENT IN THE UK


Pengasas Sternberg Foundation, Sir Sigmund SternbergMaklumat Latar Belakang Beliau....

Hari ini kami melawat sebuah pusat Interfaith yang terkenal di UK. Pengasas Muslim College Allahyarham Prof Zaki Badawi telah bekerjasama dengan pengasas Sternberg Foundation iaitu Sir Sigmund Sternberg dalam merealisasikan persefahaman antara agama masyarakat di Britain. Kedudukan Islam sebagai minoriti menuntut perkara seumpama ini berlangsung demi kemaslahatan ummah.



Debbie (beragama Yahudi) dan Sana' (beragama Islam) merupakan tenaga yang memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam 3F

(INTERFAITH NETWORK/3FF)

Kami telah melawat sekitar Sternberg foundation dan melihat bagaimana mereka berkerja bersama di mana pekerjanya terdiri daripada orang Islam, Yahudi dan Kristian.
Mereka ke sekolah-sekolah bermula dari pra-sekolah hinggalah ke sekolah menengah. Walaubagaimana pun mereka tidak dapat mengadakan program ini di universiti atau kolej kerana masing-masing sudah menganggotai pertubuhan agama masing-masing. Namun jika ada ruang untuk persafahaman antara agama ini dilakukan di sana mereka akan sama-sama memberi kefahaman tentang peri pentingnya kehidupan bersama dan bertoleransi.


Persefahaman antara agama ini penting untuk keamanan dunia

Timbalan Pengarah sedang memberikan maklumat dan penerangan aktiviti yang telah mereka lakukan

Training of Trainer diberikan  latihan secukupnya. Dan masing-masing atas matlamat bukan menarik masyarakat memeluk agama tertentu tetapi adalah untuk kehidupan bermasyarakat

Mereka pakar dalam bidang masing-masing

Penceramah ini beru memeluk agama Islam dan bekerja dengan 3F

Pekerja Islam ini baru beberapa bulan bekerja disini dan bertanggungjawab dalam hal ehwal kewangan atau dana. Maklumat 3 F...






IMAM IN BRITISH PRISONS


(DR MAMADOU BOCOUM)

 
Imam menceritakan kepada kami mengenai pengalaman beliau bekerja sebagai guru agama di Penjara Ford. Penceritaan beliau dari hati yang tulus dan pengalaman yang luas denga banduan membuka mata kami mengenai usaha gigih beliau yang tidak pernah padam dan mengenal putus asa.

Beliau mempunyai sebuah forum yang menarik untuk sama-sama kita perhatikanForum Yang Imam Mamadou Terlibat.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan