Isnin, 19 Julai 2010

BERSIAP DAN PULANG KE LONDON

BERSIAP DAN PULANG KE LONDON


Jumpa Robot Transformer. 50 p sahaja. Apalagi?Macam bapanye yang minat..hehehe.

Rumah kecil ini merupakan seni UK sangat sesuai untuk diberi hadiah cenderahati

Qatrun dan Kimi sebuk melayan mainan yang di beli di Car Boot

Aduhai! Macam mana ini mau balik ke London?

Buah Strawberri yang ditanam sendiri oleh Pn Fathiah. Rajin beliau bercucuk tanam.

Sekolah Qatrun dan Kimi hanya di depan rumah mereka. Amat mudah untuk menghantar ke sekolah




Bersiap-siap mahu pulang ke London. Bersiap-siap barang dan makan tengah hari. Pn Fathiah membekalkan saya nasi goreng bersama ayam panggang. Alhamdulillah dalam perjalanan yang “jem” lagi 50 batu mahu masuk ke kota London saya makan. Kalau tidak datang penyakit gastrik saya.



Makanan tengah hari. Tidak tinggal ayam panggang cicah sambal kicap.

Saya bagi tahu Zaini cuba makan laksa dengan cucur. Menu Penang tu.


Terima kasih kepada sahabat saya En Zaini yang telah menaja perjalanan dan penginapan serta lawatan “5 Star” saya ke Sheiffiled dan Manchester. Sahabat baik dari kami Tingkatan 1-5 (1989-1993) Sekolah Menengah Izzuddin Shah, Ipoh Perak. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke Universiti Malaya. Thank you for your kindness.


Sheffiled Interchange. Sampai jumpa lagi.

Jazakallahu kahiran kasira. Terimalah serangkap pantun dari saya:

Nak balik dah...


If there are wells in the field,

Can I ride a bath,

If there is a long life,

May we meet again...:)


Dalam bas National Express yang canggih ada CC TV lagi.

Caravan memenuhi lebuhraya sempena musim panas.

Tidak pasti sama ada rektor nuklear atau tidak. Tapi nampak macam dia.

Pemandangan indah balik ke London


Sayonara Sheffield (Berakhir perjalanan malam itu)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan