Peta Manchester
Hari yang agak berawan dengan angin yang segar. Alhamdulillah kami sampai di bumi Manchester.
Jam buatan Swiss di kawasan parkir kereta menunjukkan lagi 5 minit pukul 10.00 pagi
Bergambar kenangan di hadapan stadium Manchester United
Saya bukan peminat bola sepak. Semasa belajar dahulu saya telah “dipaksa” untuk menonton siaran bola sepak di tv. Jesteru tidak ramai pemain dunia yang saya kenali. Itu pun jika betul-betul terkenal. Kalau tidak minta maaf sahajalah. Begitu juga pemain di Malaysia. Jika rakan-rakan tidak sebut nama mereka di depan saya, maka saya tidak akan mengenali mereka.
Bola menjadi kegilaan masyarakat England sejak sekian lama dan mempunyai bintang bola sepak yang terkenal.
Skill photo yang di ambil oleh Zaini. Rasa macam bintang bola sepak.
Bergambar di pintu masuk kedai menjual barangan MU
Antara pasukan terawal MU
Berlatar belakangkan Wayne Rooney
Kedatangan kami ke UK tahun ini bertepatan dengan Piala Dunia 2010 yang telah berlangsung di Afrika Selatan. Hasilnya sekali lagi saya “dipaksa” menonton tv oleh rakan-rakan yang kaki bola. World Cup 2010 telah membuka mata saya betapa England sebenarnya hanya jaguh kampung. Rata-rata masyarakat UK sendiri amat kecewa dengan persembahan bintang harapan mereka yang dianggap wira liga-liga di sini. Termasuklah Mr James pensyarah Kelas English kami.
Antara barangan yang dijual di sini. Kami boleh lihat ajelah.
Walaupun begitu, hasrat untuk menjejaki tempat yang dikatakan memperkenalkan bintang bola sepak dan ikon sukan David Beckam ke dunia pasti tidak akan dilepaskan. Selepas melepasi Peak Distric, Alhamdulillah kami sampai di Manchester dengan selamat. Pagi nan ceria serta cerah. En Zaini tidak melepaskan peluang merakamkan gambar kami di sini sebagai momento nanti.
Fakta dan Sejarah Pasukan Manchester United.......
Kami ke stadium Manchester United terlebih dahulu. Suasana merah dan lambang Red Devil merata-rata dan cukup meninggalkan kenangan kepada masyarakatnya tentang kehebatan bola sepak England. Selain itu saya tercari-cari jawapan apakah kaitan Red Devil dengan pasukan ini. Namun jawapannya pasti ada nanti dengan kawan-kawan yang kaki bola. Bola sepak merupakan sukan yang utama selain tenis dan golf serta kriket. Kami memasuki kedai menjual barangan pasukan Red Devil dan ternyata hari Sabtu merupakan hari yang sangat sebuk kerana ramai yang melawat kawasan ini dan membeli belah.
Barangan yang dijual agak mahal namun terdapat juga barangan yang sesuai untuk dibeli dengan harga berpatutan. Kami hanya melihat-lihat dan membelek barangan di sini.
Laman Web Rasmi Manchester-United.....
Manchester City Stadium
Arca pemain bola sepak yang menyambut kedatangan pengungjung ke MC
Kemudian kami bergerak ke sebuah lagi stadium terkenal di Manchester yang turut mempunyai sejarahnya tersendiri. Jika Manchester United menyarung jersi warna merah, Manchester City menyarung jersi berwarna biru. Kini Manchester City dibeli oleh syarikat penerbangan Etihad yang bepengkalan di negara Teluk iaitu Abu Dhabi. Agak kurang yang mengungjungi stadium ini berbanding MU namun mereka mempunyai mengikut yang tersendiri.
Barangan yang dijual agak berpatutan dari MU
Berlatar belakang stadium. Pasukan ini telah ditaja oleh Syarikat Penerbangan Etihad.
Kami bergegas pulang ke Sheiffield setelah selesai meronda dan merakamkan gambar sekitar Manchester daerah kehebatan bola sepak England.
Laman Web Rasmi MC.....
Pemandangan yang mengasyikkan sepanjang perjalanan pulang
Kali pertama bertemu dengan kemalangan jalan raya di UK.
Kereta ini terbabas melanggar benteng jalan raya. Tiada kehilangan jiwa dilaporkan
Pemanduan yang sungguh berhemah di sini telah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya
Car Boot Sale Oak Tree ( Car Boot Sale Yang Menyediakan Bas Dari Parkir)
Car Boot Sale di Oak Tree
Satu-satunya Car Boot Sale yang dibuka jam 12.30 petang. Orang agak ramai kerana hari sabtu.
Yang seronoknya mereka menyediakan perkhidmatan bas ulang alik parkir ke kawasan jualan. Begitu juga semasa mahu pulang.
Salah seorang pembeli yang sudah membeli barangan di sini
Rata-rata mereka datang bersama keluarga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan