Jumaat, 16 Julai 2010

Sheiffiled daerah “Telur di Dalam Bakul”

10 JULAI 2010


Sheiffiled daerah “Telur di Dalam Bakul”

Pagi nan indah di Sheiffield. Mentari pagi menjengah menyapa wajah yang agak keletihan dek kerana perjalanan malam tadi. Sayatidur di ruang tamu rumah En. Zaini. Lebih selesa dan luas. Memang di UK ini anda akan menghadapi masalah “kawasan dan keluasan” tambahan jika anda bersaiz XXL.

Pagi ini kami bersiap-siap untuk ke Manchester yang jaraknya sejam perjalanan dari Sheiffield. Bersarapan terlebih dahulu dengan makanan yang disediakan oleh Pn Fathiah. Beliau membekalkan beberapa makanan dan air sebagai juadah di tengah perjalanan.


Kereta En Zaini. Mantop!

Singgah stesen minyak Shell terlebih dahulu. Dengarnya harga minyak di tanah air sudah naik hari ini (16 Julai 2010)

Pagi yang ceria di bandar Sheiffield

Jalan yang berbukit bukau dan ini merupakan jalan lama untuk ke Manchester.


Kami bertolak menggunakan kereta En Zaini. Kagum saya dengan beliau yang memiliki kereta sendiri di UK. Perjalanan menjadi mudah dan agak santai. Pagi itu angin sejuk membelai perjalanan kami ke Utara. Mungking agaknya kedudukan Sheiffield yang agak tinggi dan di kelilingi dataran bukit yang cantik menjadikan angin di sini lebih segar. Pada mulanya saya tidak memahami istilah “Telur di Dalam Bakul” atau “ Eggs in The Basket”. Namun setelah membayangkan telur-telur yang disusun dalam satu bakul saya dapat menangkap akan bentuk rupa bumi atau geografi di Sheiffield dan kawasan sekitarnya. Bukit-bukau di sini umpama telur tersebut. Dipenuhi dengan tumbuhan dan hutan yang menghijau serta kuningan gamdum dan barli.

Sila lihat link ini untuk maklumat Sheiffield.....
 
Melintasi Peak District
 
 

Batu tanda menyambut pengunjung datang ke daerah tanah tinggi yang juga merupakan Taman Negara UK

Inilah kemuncak di daerah yang tertinggi di Sheiffield. Tanah tinggi ini mengingatkan saya kepada al-Iraq kawasan yang saya temui fosil-sosil kerang dan siput laut hingga saya memanggil kasawan itu sebagai Taman Kerang atau The Shell Park. Bezanya di sini bukit bukan yang terbelah ini di tutupi dengan kehijauan rumput-rumput seolah-olah permaidani yang menyambut kedatangan kami di sini.


Kambing biri-biri yang banyak terdapat di sini.

Keindahan yang sungguh memukau! Subhanallah.



Sahabat saya En. Zaini sedang menunjukkan skilnya

Kelihatan dari jauh kincir-kincir angin yang terdapat di kawasan ini.

Maklumta tentang kawasan Peak District....
 
Kami sempat bergambar di puncak tanah tinggi ini. Angin memang deras dan sejuk di waktu musim panas ini. Kawasan ini menjanjikan pengalaman pengembaraan kepada sesiapa yang sukakan aktiviti “hiking” atau memanjat gunung. Perkhemahan dan juga perkelahan bagi sesiapa yang menyukai pemandangan yang cantik serta kawasan yang sunyi hanya ditemani deruan angin, di sinilah tempatnya.
 
Lagi maklumat Peak District
 
Sungguh mengkagumkan kawasan ini. Namun sayang tasek yang sepatutnya kami singgah telah kering kontang dek kerana musim panas di UK
 
Maklumat selanjutnya.......
 
Lukisan alam yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata dan tidak dapat dituliskan dengan kalam.

Kawasan ini memang mengingatkan saya kepada negara Jordan tempat saya belajar dahulu. Sungguh sentimental.

Pemanduan yang berhemah dari En Zaini. Namun menaiki kenderaan seperti Mercedez ini memang selesa.

Antara cottage atau rumah di kawasan bukit bukau ini

Kawasan batu-batu yang dipenuhi dengan bunga-bunga liar yang cantik

Tasek yang mengering dalam musim panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan