Rabu, 28 Julai 2010

VISIT TO THE CAMBRIDGE INTERFAITH CENTER (CMJR)

21 JULAI 2010

University of Cambridge.......


VISIT TO THE CAMBRIDGE INTERFAITH CENTER (CMJR)

Hari ini kami menaiki keretapi laju ke Cambridge. Masa yang diambil insyaAllah 1 jam

Stesen terletak bersebelahan dengan King Cross & St Pancras Tube Station

Tambang perjalanan ialah $ 40.00 pound pergi dan balik


Perkhidmatan keretapi ini ke semua destinasi di tanah besar UK dan ia telah memendekkan masa perjalanan dengan pantas

• INTRODUCTION, HISTORY, DISCUSSION AND DIALOGUE


Selesa dan kemas. Perkhidmatan ini menjadi pilihan kepada mereka yang perlu ke distinasi jauh dengan kadar yang cepat

Tiba di Stesen Cambridge dan bersiap sedia untuk ke university

Pusat Pengajian Hubungan Muslim-Yahudi (CMJR), berpusat di Wesley House, didedikasikan untuk kajian dan pengajaran Hubungan Muslim-Yahudi dan promosi dialog antara-agama. CMJR beroperasi di bawah naungan Lembaga Woolf Agama Ibrahimic (www.woolfinstitute.cam.ac.uk) dan merupakan pelajaran terbaru dari agensi Pusat Pengajian Hubungan Yahudi-Kristian (www.cjcr.cam.ac.uk atau www.woolfinstitute.cam.ac.uk / cjcr)


Rupanya masyarakat Cambridge majoritinya menggunakan basikal sebagai kenderaan utama mereka disamping bas. 

Bandar Cambridge yang menerima kunjungan ramai walau pada hari bekerja


Diasaskan oleh Dr Edward Kessler dan Dr Amineh Hoti pada tahun 2006, beberapa kakitangan CMJR yang dikontrak untuk mengajar University of Cambridge Institut Pendidikan Berterusan Pendidikan Berterusan Sijil, Pengajian dalam Islam, Yahudi dan Hubungan Muslim-Yahudi. CMJR juga menawarkan program sendiri e-learning perintis, Sebuah Pengantar Hubungan Muslim-Yahudi.

LINK KEPADA CMJR...


Pintu masuk sudah jumpa untuk ke CMJR


Bertemu dengan DR Mikhail yang juga merupakan tenaga pengajar di sini


Dr Faisal berasal dari Palastin merupakan ketua jabatan

Penerangan tentang hubungan antara agama


Dr Mikhail merupakan pakar tentang disiplin ilmu Islam. Ijazah pertamanya dari Universiti al Azhar

Sesi dialog yang cukup panas tentang objektif jabatan ini dan fungsinya

Momento daripada Us Othman sebagai kenangan kami

Bergambar beramai di hapadan jabatan MCJR


• TOUR OF CAMBRIDGE UNIVERSITY

Universiti Cambridge ialah salah satu daripada universiti-universiti yang terkenal dan tertua di dunia. Universiti ini diasaskan di pekan Cambridge, England kira-kira pada tahun 1209. Universiti ini dianggap sebagai salah sebuah universiti berdarjat elit di dunia.




Catatan-catatan awal menunjukkan bahawa universiti ini dikembangkan daripada persatuan para cendekiawan di kota Cambridge, barangkali diasaskan pada tahun 1209 oleh guru-guru yang meninggalkan Universiti Oxford selepas satu perbalahan dengan penduduk tempatan di bandar Oxford.

Kami memulakan lawatan sekitar Cambridge yang bersejarah dan berprestij


Semenjak itu, universiti-universiti Oxford dan Cambridge, (juga boleh digabungkan menjadi Oxbridge), mencatat sejarah lama mengenai persaingan sesama sendiri, dan kerap dianggap sebagai maktab-maktab besar yang paling elit dan berprestij bukan sahaja di United Kingdom, bahkan juga dilabel antara universiti paling berprestij di seluruh dunia. Menurut sejarah, kedua-dua universiti ini telah melahirkan sebilangan besar ahli sains, penulis dan ahli politik yang terpenting sepanjang masa.



Sekutu-sekutu University of Cambridge pernah memenangi sejumlah 81 Anugerah Nobel, lebih daripada mana-mana universiti di dunia. 70 orang daripada mereka memasuki Cambridge sebagai mahasiswa atau siswazah, yang selainnya merupakan sekutu penyelidiksn, ahli ilmiah, atau profesor. (Universiti Chicago mempunyai jumlah kedua tertinggi pemenang Anugerah Nobel yang bersekutu dengannya — 78 atau mungkin 79 — tetapi hanya 30 daripada mereka pernah menjadi penuntu di situ.)
Rupanya bandar Cambridge ini dikelilingi oleh pelbagai jenis dan bentuk gereja yang telah didirikan beratus tahun dahulu

Peta timbul diperbuat dari tembaga yang terdapat di sini menerangkan kedudukan bandar

Antara gereja yang terdapat di sini.



University of Cambridge telah menghasilkan beberapa orang ahli sains yang berpengaruh sejak abad-abad yang lalu. Antara mereka yang meninggalkan pengaruh yang mendalam kepada cara pemikiran manusia adalah: Isaac Newton (penemuan dan teori graviti), Charles Darwin (teori evolusi), William Harvey (peredaran darah), Paul Dirac (mekanik kuantum moden), J. J. Thomson (penemuan elektron), Ernest Rutherford (struktur nuklear sebiji atom), James Clerk Maxwell (teori elektromagnetik), James D. Watson & Francis Crick (struktur DNA), Frank Whittle (penciptaan enjin jet), dan Alan Turing (teori komputasi).



Universiti ini juga kerap menerajui senarai ranking universiti British (misalnya, menduduki tangga pertama pada senarai liga Sunday Times pada tahun 2005, kedudukan yang dipertahankannya selama 8 tahun berturut-turut), dan senarai ranking universiti seuruh dunia yang dihasilkan The Times Higher Education Supplement (THES) dan Universiti Jiao Tong di Shanghai, China masing-masing menilai Cambridge sebagai universiti ketiga dan keempat di dunia. THES juga menempatkan Cambridge sebagai terulung dalam bidang sains, kedua dalam bioperubatan, ketiga dalam kesenian dan kemanusiaan, keenam dalam teknologi, dan kelapan dalam sains sosial. (Perlu diingatkan bahawa kesemua ranking universiti yang diberi tertakluk kepada pertikaian mengenai kriterianya; dan bahawa cuma ada penyenaraian THES dan Jiao Tong sebagai ranking antarabangsa yang sedia ada).

Aktiviti boating juga terdapat di bandar ini dimana pengunjung menyusuri sungai sambil menikmati pemandangan bandar Cambridge

Kami terjumpa kedai alatan lawak ini. Sungguh menarik.


Cambridge juga dikatakan mengenakan pembiayaan yang terbesar antara semua universiti Eropah. Anggaran yang dibuat pada 2005 adalah daripada £2.7 billion kepada £3.1 billion[1] (anggaran pembiayaan Oxford £2.4bn hingga £2.9bn[2] pada tahun yang sama), termasuk cawangan-cawangan dan pertubuhan universiti yang bersekutu dengannya. Namun begitu, pendapatan universiti ini banyak bergantung kepada pembiayaan kerajaan UK. Berbanding dengan univeersiti-universiti di AS, tahap pembiayaan Cambridge lebih kurang sebanyak Columbia University.



Cambridge adalah satu ahli Kumpulan Russell, serangkaian universiti British besar yang berasaskan kajian dan penyelidikan; Kumpulan Coimbra, satu persatuan universiti terulung di Eropah, dan LERU, Liga Universiti Penyelidikan Eropah.

Masa untuk pulang. InsyaAllah mungkin ada rakan-rakan yang berhajat untuk menyambung di sini mudah-mudahan.Amin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan