Rabu, 7 Julai 2010

Portsmouth The Waterfront City

4 Julai 2010


Peta Bandr Portsmouth dan logo bandar

Pagi ini selepas sarapan kami berangkat ke Car Boot sale yang terkenal di Southampton. En Shahrir bercadang membawa kami ke 2 tempat Car Boot Sale tersebut. Kami memang berpuas hati di sini kerana harganya amat berpatutan dan mudah untuk tawar menawar. Banyak barang yang unik dijual dengan harga yang murah.




Sarapan pagi yang menyelerakan. Spagetti goreng cendawan. Terima kasih betul-betul sedap.


Selepas mengunjungi 2 buah Car Boot Sale itu, En Shahrir membawa kami ke ladang Strawberi di mana di sini kami boleh memetik sendiri buah Strawberi dan sambil itu dibenarkan makan. Sayuran segar dari ladang amat menarik perhatian kami. Hari Ahad merupakan hari dimana penduduk keluar dan berkreasi bersama keluarga.

Brookfield Giant Car Boot Sale - Eastleigh dan CAR BOOT SALE Burseldon Market


Cuaca yang baik pagi ini menyambut kedatangan kami ke Car Boot Sale pertama. Agak sejuk 16 darjah celcius.

Penjaga parkir. Seorang dikenakan 40 p untuk masuk berbanding 1-2 pound di London.

Untuk pergi ke 2 buah Car Boot Sale ini anda perlu menaiki kenderaan sendiri. Tiada perkhidmatan bas disediakan

Us Jamil sampai pening tak tahu nak beli apa. Banyak sangat pilihan pun susah.

Daging Khinzir yang dijual secara lelong.

Selepas memetik buah Strawberi dan membayar buah tersebut di Southampton kami menuju ke Portsmouth pula.

Pintu masuk ladang. Pay as you go.

Pintu masuk ke kawasan penanaman dan untuk memetik strawberi

Kedai yang berhampiran ladang menyediakan baja dan buah-buahan lain

Pengunjung beratur untuk membayar atau mengambil bekas untuk di bawa ke ladang

Pengunjung boleh memilih sendiri buah yang besar dan masak. Mereka pasti akan berpuas hati dengan hasil ladang yang di petik sendiri.

labu air antara sayuran yang ditawarkan untuk dipetik

Buat apa ramai-ramai tu?

Oh rupanya memetik buah Rasberrie

Begini rupa buanya yang turut terdapat diladang ini

Anak ini minta diambil gambarnya

Sedang memilih buahan yang masak dan sedap untuk dimakan

Musim Strawberi sudah tiba.!

Di TVU saya membuat jus atau cocktail Strawberi untuk rakan-rakan.Memang mantop.

Bergambar kenangan di kawasan ladang

dah petik kena bayar disini. Anda pasti berpuas hati.

Portsmouth terkenal dengan pasukan bola sepaknya.  En Shahrir begitu bersungguh mahu kami menikmati pemandangan cantik di teluk Portsmouth. Menara yang unik terdapat di sini namun kami hanya berkesempatan untuk bergambar. Mungkin dikesempatan yang lain kami akan menimati pemandangan dari atas menara, InsyaAllah. Kedai barangan seperti kasut, jam dan minyak wangi memang murah disini. Mungkin disebabkan jualan musim panas (summer sale).

Menuju ke Portsmouth. En Shahrir memandu keretanya sendiri semata untuk membawa kami ke kawasan laut ini.

Papan tanda parkir di pintu masuk bandar. Memudahkan pemanduan kereta. Papan ini akan menunjukkan 3 buah kawasan parkir dan berapa lagi kekosongan yang ada.

Kawasan Portsmouth ini juga menjanjikan tempat bersejarah dan menarik untuk dilawati

Untuk menaiki menara. Kami hanya sempat bergambar sahaja

Kedai waterfront dibawahnya. Pemandangan ke atas menara. Dari atas menara ini kita akan dapat melihat keindahan dan pemandangan Southampton dan Portsmouth


Rekreasi untuk anak-anak di hujung minggu. Bola-bola air

Anak-anak memandu bot sendir seolah-olah bot sebenar

Pelabuhan yang dipenuhi dengan kapal layar


Kami pulang ke Southampton dan bersiap sedia untuk kembali ke London.


En Shahrir sedang membantu kami berkemas untuk pulang ke London

2 orang Puteri En Shahrir.

Serangkap pantun dari saya:

KALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEH SAYA MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI

Terima kasih En Shahrir sekeluarga dan sayonara Southampton dan Portsmouth


Maklumat lanjut tentang Portsmouth....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan