Peta kedudukan Southampton dalam peta UK
3 dan 4 JULAI 2010
COMMUNITY SERVICE-MELAWAT WARGA PELAJAR MALAYSIA DI SOUTHAMPTON
Alhamdulillah sampai juga akhirnya hajat untuk berjalan di luar London walau pun ada serba sedikit ujian dan sahabat saya Us Masykuri tidak berapa sehat, namun perjalanan ke Southampton berjalan lancar. Kita mampu merancang, Allah SWT juga yang menentukan. Saya bersama Us Azzeman dan Us Jamil akhirnya dipilih Allah untuk menjejaki kota maritim di UK ini. Kami menghubungi En Shahrir yang merupakan suami kepada pelajar Phd di sana dan sekali lagi Alhamdulillah beliau memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kami.
Kami ke stesen Victoria.Amat mudah bertanyakan maklumat kepada masyarakat disini jika tersesat
Teksi London
Kami memulakan perjalanan kami dari Ealing Brodway menaiki tube terus ke stesen Victoria. Ini memudahkan kami dari bertukar-tukar tube. Perjalanan mengambil masa 30 minit sahaja. dari stesen tube Victoria kami mengambil bas ke stesen Coach Victoria yang merupakan stesen bas untuk ke luar kota London. En Shahrir telah membelikan kami tiket bas sebanyak $ 10.00 pound pergi balik yang dibeli melalui on line. Syarikat Bas National Ekspres menyediakan perhentian yang canggih dan mesra pengguna. Banyak kemudahan yang diberikan membuatkan kami tidak merasa kekok walau pertama kali sampai di hentian ini.
Contoh tiket bas National Express.....
Oleh kerana sampai awal kami sempat melawat taman ini. Maklumat lanjut taman ini........
Bangunan ini sungguh unik
Diliputi oleh kerang dan siput. Sungguh kreatif .
Bergambar kenangan di sini.
Stesen bas National Express Coach yang canggih
Kemudahan dan papan tanda mesra pengguna
Bas yang tersusun bersedia bergerak ke distinasi masing-masing ke luar London
Makan kedai Arab Halal banyak di Victoria coach stesen ini
Beratur untuk menaiki bas
Sampai di Southampton jam menunjukkan 2.35 petang. Alhamdulillah En Shahrir menjemput kami di stesen bas National Ekpress dan pergi ke rumahnya. Sesampai sahaja kami di rumah beliau, isterinya menghidangkan makan tengah hari nasi tomato kepada kami. Terima kasih. Selepas solat jamak dan qasar Zohor dan Asar, kami melawat sekitar University Southampton yang menempatkan ramai pelajar Malaysia baik ijazah pertama, Master dan Phd. Kebanyakan pelajar Phd adalah kaum wanita dan hanya 4-5 orang sahaja laki-laki yang menyambung Phdnya di sini.
Sampai dah Southampton. Macam manalah agaknya ye?
Bergambar kenangan di stesen basnya
Rumah ini pemiliknya berasal dari Pakistan yang sudah berkahwin dengan wanita tempatan
Masakan Nasi Tomato yang sudah siap sedia menyambut kedatangan kami. Terima kasih kedapa En Shahrir dan isteri.
Melawat University Southampton
Bergambar kenangan bersebelahan sebuah arca
Perpustakaan di Universiti Southampton
Kami bertiga bergambar kenangan. University ini khabarnya akan membuka cawangan di Iskandar Malaysia, Johor.
Fakulti perubatan yang akan bertukar menjadi Hospital Southampton
Sebelum ke destinasi En Shahrir membawa kami ke Sungai Southampton yang berdekatan lapangan terbang menikmati panorama
Masyarakat di sini suka bermain golf kerana ianya adalah percuma
Asal nama Southampton:
Southampton Parish. Dia seorang yang terkenal dan dinamakan selepas Henry Wriothesley, orang Ketiga Earl of Southampton (1573-1624), seorang bangsawan Inggeris, salah satu bandar zaman Elizabethans paling berwarna, pelindung dan teman William Shakespeare.
Beliau berkhidmat menentang Sepanyol di Ekspedisi Calais dari tahun 1596. Tetapi pada tahun 1599 terlibat dalam Plot Perangcangan Essex dan dipenjarakan oleh Ratu Elizabeth 1. Dibebaskan oleh Raja James, ia diangkat menjadi seorang Kesatria Garter.
Dia meninggal dunia di Low Countries mana ia pergi sebagai sukarelawan sekali lagi untuk melawan kezaliman Sepanyol.
Selalu tertarik pada eksplorasi di luar negeri, ia adalah ahli Majlis Syarikat Virginia pada tahun 1605, Syarikat North West 1612.
Dia adalah salah seorang dari para lelaki yang memulakan kerjanya di Syarikat Bermuda yang baru saja terbentuk 1615. Dia merupakan pemegang saham terbesar suku asal di Southampton.
Bangunan lama di bawah ini yang digunakan oleh pelajar untuk solat Jumaat sahaja
Kelihatan wira-wira bola sepak sedang bermain dengan khusyuknya.
Kecil besar bermain bersama-sama menunjukkan skil masin-masing
Anak-anak keluarga pelajar Malaysia turut sama bermain di padang ini.
Selepas penat bermain mereka melepaskan penat dan masing-masing berkongsi cerita dan masalah tanda ikatan kekeluargaan sesama pelajar yang kental
Kami berkenalan dengan En Adnan atau lebih mesra dipanggil Pok Nan berasal dari Kelantan yang sudah menetap di sini lebih kurang 4 tahun. Isteri beliau menyambung Phd di sini dan akan pulang ke Malaysia pada November ini. Beliau dengan senang hati mahu membawa kami bersiar-siar sekitar Southampton dan berhajat mahu membawa kami ke restoran Pakistan yang terkenal di sini.
Restoran Pakistan yang terkenal di Southampton
Sedang membuat pesanan makanan
En Adnan sedang menceritakan pahit manis pengalaman beliau selama hampir 4 tahun di sini.
Roti Nan doner ayam dan kari kambing (tidak kelihatan) dan selepas itu kami minum teh panas.
Selepas menjamu selera roti nan dan doner ayam serta kari kambing kami menziarahi Masjid Abu Bakar untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Banyak sebenarnya kita belajar apabila melawat masjid di UK ini. Kesan campuran bangsa dan negara sebenarnya menghasilkan keindahan Islam.
Solat di Masjid Abu Bakar
Masjid dibangunkan oleh masyarakat Pakistan dengan pembiyaan sendiri
Tandas dan tempat wudhuk yang bersih. Terdapat sabun cair untuk memcuci tangan dan pemegang besi bagi jemaah yang memerlukan
Rak kasut dibawah tangga
Tangga berkembar bagi tujuan mengelakkan kesesakan
Ada tempat khidmat masyarakat
Tong sampah khas untuk pakaian terbuang dan sudah tidak digunakan lagi.
Selepas selesai Pok Nan menghantar kami pulang ke rumah En Shahrir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan