Khamis, 1 Julai 2010

TERIMA KASIH SAHABAT

Sahabat lama Dr Alias b Azhar Senior Lecturer,
College Of Law, Government and International Studies
Universiti Utara Malaysia

Alhamdulillah. Hari ini saya mendapat 2 respon melalui laman Facebook daripada sahabat lama yang pernah berkhidmat di JAKIM dahulu (tahun 2006) dan kami di bahagian yang sama iaitu KESUMA. Saya cukup terharu dengan cadangan beliau yang bernas dan membuatkan saya berfikir di luar kotak. InsyaAllah Dr Alias, cadangan dan komentar tuan akan saya penuhi semasa saya berada di bumi UK ini insyaAllah. Sesungguhnya persahabatan ini membuahkan nasihat dan pandangan yang memimpin sahabatnya yang lain berkeyakinan dalam membuat arus perubahan ummah. Amin. Berikut adalah respon sahabat saya Dr Alias bagi saya lakukan di sini :-
      (a)
Alias Azhar


salam hormat, anta lbh faham ttg tugas anta.cuma sekadar beri idea,anta bleh buat bbrp perkara utk syer dgn guru2 ta'mir-

1-rakamkan gambar2 masjid di sana secara rawak-fokus kebersihan dan fasiliti

,2-struktur organisasi, perancangan dan pengisian masjid,

3-buatkan sdikit kajian ttg program tafaqquh di sana-silibus,kaedah pengajaran dan sumber rujukan.balik nanti,anta boleh buat bgkel atau taklimat umum utk pendedahan kpd anak buah anta.lain padang lain belalang, tp mgkin ada perkara2 positif yg releven utk diaplikasikan di Malaysia-khusus penang
     (b)
Alias Azhar

ana tak reti sgt keadaan di sana.main agak2 ja.takut gak cakap banyak2,satgi anta gelak plak.hehehe.ana tgk anta,sbg pgawai tadbir agama-masjid, dpt peluang ke London, dah bg semangat kat ana.jauh brjalan,luas pandangan.kongsi2 sama dgn ana.

ada baca artikel, kat sana, masjid di sana ada sediakan tmpat khas utk anjing pemandu tuan yg buta ke masjid...hat tu pun, ana rasa cukup teruja, dlm diskusi fiqh semasa.mgkin anta dpt banyak lg. kita di Malaysia, masih dok bergaduh pasai tirai utk jemaah lelaki dan pompuan.kalau bab anjing masuk masjid, carpet habih semua dibakaq/tukaq.

anta bleh gak observe ttg, jemaah kanak2 dll.ana nak belajaq gak.


Terima kasih sahabat. Jazakallahu khairan kathira.

al Faqir Ilallah
Muhd Imran b Ibrahim
Thames Valley University
London UK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan