Sabtu, 17 Julai 2010

Community Service

Community Service

Petang itu setelah pulang dari Car Boot Sale di Oak Tree terasa kepenatan yang sangat. Ini kerana Car Boot itu boleh tahan juga luasnya dan En Zaini menyatakan bahawa beliau tidak pernah menghabiskan pusingan di dalamnya. Namun hari ini satu sejarah baginya kerana hampir keseluruhan Car Boot itu dijelajahi.



Kawasan perumahan di sini tiada pagar namun selamat dari sebarang masalah kecuriaan

Di hiasi dengan landskap yang cantik

Menghadiri majlis Hari Lahir anak keluarga pelajar Malaysia Universiti Hallam, Sheiffield. Beliau merupakan jiran sahabat saya turut menjemput saya datang ke rumah beliau.

Walaupun agak lewat kami sampai, namun selepas solat Zohor kami mengungungi rumah berkenaan. Ramai pelajar Malaysia di sini dan kami berbual mesra. Satu circle tidak rasmi terbentuk menghasilkan perbincangan 2 hala antara saya dan pelajar-pelajar tersebut.


Salah seorang anak pelajar Malaysia yang tinggal di sini.

Mereka banyak bertanya mengenai  organisasi JAKIM dan permasalahan semasa. Namun yang menarik perhatian mereka adalah cerita pengalaman saya melawat sinagog, kuil dan gereja disamping masjid-masjid yang berdiri sendiri di sini.

Mereka ada juga bertanyakan mengenai hal ehwal Halal oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri. Serba ringkas kami bertukar pandangan dan dalam banyak perkara kami bersetuju mengenai sistem yang baik di UK ini perlu diperkenalkan di Malaysia untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Selepas majlis itu, kami ramai-ramai ke rumah En Zaini pula kerana Pn Fathiah menjamu Laksa Perak dan yang lebih utama ialah menonton perlawanan Piala Dunia 2010.


Penghulu yang baru dilantik sedang menceritakan beberapa perkara yang menarik

Dari pelbagai  negeri antaranya Sarawak, Perak, Kelantan dan Johor

Circle yang santai dan tidak formal sebenarnya membenarkan perbincangan dari hati ke hati. Terima kasih tuan rumah atas Nasi Ayam yang sedap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan