Jumaat, 30 Julai 2010

Majlis Summer BBQ & Penyampaian Hadiah Sekolah Al Hidayah Coventry

Alhamdulillah, semasa menelefon sahabat saya  En Zaman untuk datang ke Coventry, beliau menyatakan bahawa ada satu majlis BBQ akan diadakan pada 24 Julai. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada beliau yang sudi belanja saya untuk majlis yang "happening" ini. Beliau menyatakan bahawa, inilah peluang 30 keluarga pelajar malaysia bertemu dan beramah mesra waktu musim panas ini dan merapatkan silaturrahim. Difahamkan ianya turut di hadiri oleh sebuah keluarga berasal dari Singapura.


Abang Fuad orang Kedah. Sudah lama menetap di Coventry ini.

Antara aksi sebelum makan time

Abang Fuad sedang memanggang paha kambing. Power tu bang.

Majlis Summer BBQ MCS dan penyampaian hadiah  Sekolah Al Hidayah Coventry telah diadakan di Sports Pavilion, University of Warwick pada 24hb Julai 2010 dari pukul 10 pagi hingga 5.30 ptg.



Hampir semua warga Coventry telah hadir dengan berbagai jenis juadah "Pot-Luck" dan dessert untuk santapan semua disamping menu utama iaitu



1. Sate

2. Lamb - BBQ dan Golek (2 1/2 ekor hasil sumbangan Kak Raja)

3. Chicken Wing - sumbangan Haji Amat/Julie

4. Kuah Kacang - sumbangan Satilla dan Khadijah

5. Nasi Impit

6. Sausage dan Burger


Kuih muih pelbagai rupa dan rasa. Malaysia dan UK

Kaum wanita sebuk menyiapkan makanan me goreng, pasta dan lain-lain yang di bawa dari rumah masing-masing. Meriah!

Geng Kaki Bakar telah menjalankan kerja mereka dengan baik dan penuh persefahaman



Berbagai acara untuk anak-anak, ibu dan bapa yang telah diadakan. Diantaranya

nasyid Asma ul Husna, Dikir Barat, Boria, sukaneka, talik tali, bola sepak dan lain lain lagi

(SUMBER BLOG MCS)


Adik-adik menunjukkan bakat masing-masing

Kaum ibu yang tersenyum memerhatikan gelagat anak-anak mereka

Bakal pemimpin negara. Melentur buluh dari rebungnya.

Adik yang istimewa ini  turut mengambil bahagian bersama rakan lain


You Tube sekitar majlis.....



Bergambar kenangan bersama orang Coventry


En Shariman orang kuat RTM Angkasapuri. Jaga anak ye bang. Besar pahala tu.

Dalam majlis ini saya secara telah bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Warwick dan Universiti Coventry dalam bidang Phd. Ramai juga para suami yang bercuti kerana isterinya menyambung Phd. Rasanya kita sudah boleh membuat kajian ilmiah dan bermanafaat akan fenomena ini di mana suami pula semakin ramai yang menjaga anak-anak dan hal ehwal rumah tangga kerana isteri atau kaum wanita semakin ramai yang berpendidikan tinggi. Pasti menarik!


En Paem sedang menunjukkan skilnya

Terjumpa dengan orang Sg Puyu Butterworht. En Khairy (spek hitam) yang bekerja sepenuh masa di Cambridge manakala isterinya pelajar Phd

Bukan hanya ada skil bakar ayam tapi turut sama skil memilih buah tembikai dan oren.

Sejarah Penubuhan Persatuan Masyarakat Islam Coventry
Persatuan Masyarakat Islam Coventry atau nama singkatannya PMIC telah diwujudkan sejak tahun 1993. Ia ditubuhkan atas dasar mengeratkan hubungan masyarakat dan menjaga kebajikan masyarakat Malaysia yang menuntut di Coventry terutamanya yang beragama Islam.

Atas dasar keperihatinan tersebut banyak masalah dapat diselesaikan melalui permuafakatan yang dibentuk. Ini termasuklah mengadakan majlis perjumpaan ahli, majlis berbuka puasa, majlis tahlil dan tazkirah, majlis hari raya dan menyediakan kemudahan pembelajaran anak-anak ahli melalui penubuhan Madrasatul Al-HIdayah PMIC.

Lady Godiva pun turut dijemput


Kini amalan dan tradisi PMIC masih dapat dikekalkan sehinggalah pada sesi 2004/2005 atas inisiatif Jawatankuasa Induk yang telah dipilih membuat perubahan positif memberi nafas baru memperbaiki struktur organisasi ahli jawatankuasa dan aktiviti dan dipanggil sebagai Malaysian Coventry Society atau MCS. Ini selaras dengan wujudnya bilangan ahli-ahli yang bukan beragama Islam berminat untuk menganggotai persatuan termasuklah rakyat Malaysia yang menetap di UK dan beberapa rakyat UK yang pernah berkhidmat dan menetap di Malaysia.

Saya turut berbangga kerana sahabat saya En Muhd Khairulzaman Abdul Kadir telah menjadi Bendahari persatuan dan menyumbangkan tenaga dan fikiranya demi kepentingan semua pelajar Malaysia amnya dan pelajar Islam khasnya. Well Done Paem!


Bab ini tak boleh tahan. Lama tak tunjuk skil. Semput.


Alhamdulillah menang juga akhirnya.

Kaum lelaki Vs wanita

Kaum lelaki turut di bantu oleh anak-anak mereka

Tapi kaum wanita menang akhirnya. Macam mana nie? Impossible..impossible....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan