Isnin, 14 Mac 2011

PETIKAN KATA-KATA BUYA HAMKA DALAM BUKUNYA PERIBADI


Kita harus bercita-cita, berkemahuan, berfikir dan berusaha memadukan kedua-dua kepentingan itu (berfikir dan bekerja). Tujuan kita ialah bahagia bagi bangsa dan tanahair kita, dan sesudah itu b agi seluruh dunia, lahir dan batin, benda dan jiwa, jasmani dan rohani, kuat dan berpengaruh, berilmu dan berusaha, berpengetahuan dan beragama, berpendirian danberperikemanusiaan.

Kita harus menang! Tetapi di manakah letak kemenangan itu? ialah disebalik perjuangan dan kepayahan. Dibalik keringat, darah dan air mata. Dibalik kepayahan otak berfikir dan badan bekerja.

Sebagai bangsa, kita akan menang sesudah melalui berbagai-bagai peristiwa; dan sebagai putera bangsa, yakni masing-masing kita pun akan menang. Baik pengarang dengan pena dan kertasnya, atau pekerja dengan palu dan cangkulnya, atau ahli negara dengan perhitungan politiknya, atau saudagar dalam urusan jual belinya. Atau yang mana juapun, yang kita kerjakan di dalam persada tanahair ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan