Rabu, 23 Mac 2011

HARI QIAMAT



Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w  bersabda,: Tidak akan terjadi hari qiamat sebelum harta menjadi banyak dan melimpah, sampai seseorang yang hendak mengeluarkan zakat hartanya tidak mendapati orang yang mahu menerimanya dan sampai bumi Arab kembali menjadi padang gembala dan sungai-sungai."

Hadith riwayat Muslim 1681 dan QS Ghafir :59




Sumber: http://www.forumhadith.com/tag/kitab-suasana-hari-kiamat

1) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya :
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya.
Riwayat :
  • Bukhari – Kitab Etika (Hadith no.5559)
  • Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 67)
  • Tirmizi – Kitab Suasana Hari Kiamat (Hadith no. 2424)
  • Abu Daud – Kitab Etika (Hadith no. 4487)
  • Ibnu Majah – Kitab Fitnah (Hadith no. 3961)
  • Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 2 (Muka Surat 267 & 433)
2) Diriwayatkan daripada Abu Syuraih al-Khuza’iy r.a katanya :
Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.
Riwayat :
  • Bukhari – Kitab Etika (Hadith no. 5557, 5560 & 5670) dan Kitab Meminta Simpati (Hadith no. 5995)
  • Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 69)
  • Tirmizi – Kitab Kebaikan Dan Hubungan Kekeluargaan (Hadith no. 1890 & 1891)
  • Abu Daud – Kitab Makanan (Hadith no. 3256)
  • Ibnu Majah – Kitab Etika (Hadith no. 3662)
  • Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 4 (Muka Surat 31) & Kitab Juzuk 6 (Muka Surat 384 & 385)
  • Malik – Kitab Sifat Nabi (Hadith no. 1454)
  • Ad-Darimi – Kitab Makanan (Hadith no. 1948 & 1949)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan