Peribadi dan Pekerti
Beliau adalah seorang ulamak yang amat tawadhuk pada pakaian dan penampilan luarannya. Namun begitu beliau amat dipandang mulia, digeruni, disegani, dan dihormati sama ada oleh kawan dan lawan. Dikatakan beliau tidak mementingkan menampilkan diri sebagai ulamak, contohnya beliau tidak terikat dengan pemakaian serban sebagaimana para fuqaha di zamannya. Bahkan hanya mengenakan topi bulu yang berwarna gelap atau putih.
Sheikh Al Izz terkenal sebagai seorang yang warak dan zuhud. Kisah kewarakan dankezuhudan beliau amat terkenal dan masyhur. Beberapa kali beliau telah menolak jawatan dan pemberiaan raja-raja kerana takutkan Allah Taala. Bahkan pernah meletakkan jawatan Qadhi kerana takutkan tanggungjawab besar jawatan tersebut.
Pernah berlaku perselisihan besar antara beliau dengans alah seorang Sultan yang memerintah ketika itu, iaitu Al Malik Al Asyraf. Apabila selesai permasalahan tersebut, Al Malik Asyraf ingin memujuk beliau dengan menawarkan harta benda dan menjadikannya ulamak yang terkaya di zaman itu. Dengan penuh kemuliaan sebagai pewaris Nabi beliau menolak tawaran tersebut dan tidak mahu menerima walaupun satu dirham dari Sultan. Bahkan menolak untuk apa-apa pertemuan dengan baginda atas urusan peribadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan