Selasa, 8 Mac 2011

Petai ‘menangis’ dikawal 24 jam

Oleh ROKIAH ABDULLAH


rokiah.abdullah@utusan.com.my





Orang ramai menyaksikan keanehan pokok petai mengeluarkan air di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, Kepala Batas, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------


PULAU PINANG 7 Mac – Bagi mengelakkan kegiatan pemujaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) akan menempatkan beberapa anggota penguatkuasanya mengawasi lokasi pokok petai ‘menangis’ di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, Kepala Batas, dekat sini.



Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaannya, Jaafar Ismail berkata, anggotanya akan bertugas secara 24 jam di lokasi tersebut sejak seminggu lalu, secara bergilir-gilir dalam bentuk penyamaran.



Katanya, langkah itu bagi mengelak berlakunya pemujaan selain aktiviti menjual dan membeli air yang kononnya keluar dari batang pokok itu daripada berleluasa.



“Setakat ini kewujudan anggota kita tidak disedari oleh orang ramai. Sehingga hari ini kami dapati hampir 30 orang termasuk kaum Cina dan India keluar masuk ke kampung tersebut bagi melihat pokok petai itu selain mengambil airnya sebagai penawar penyakit.



“JHEAIPP turut memantau sama ada berlaku penjualan dan pembelian air pokok petai tersebut berikutan terdapat kelibat sekumpulan kanak-kanak dan dewasa yang cuba membawa pulang air itu ke rumah mereka,” katanya di sini hari ini.



Hari ini, akhbar melaporkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengingatkan orang ramai supaya tidak meminum air tersebut kerana bimbang mengandungi virus kencing tikus (leptospirosis).



Sebelum ini, penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan menangis sehingga air turun seperti hujan.



Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.


Boleh di baca terus di sini..............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan