BLOG INI DIBANGUNKAN UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT DAN PENGALAMAN SERTA BERTUKAR PANDANGAN UNTUK MENAMBAHKAN KEIMANAN
KAMI MOHON RESTU MU YA ALLAH
Khamis, 24 Mac 2011
DOA-DOA MAQBUL
Firman Allah swt dalam surah al Mukmin ayat 60 :
Maksudnya: " Mintalah kepadaku, pasti aku mengabulkan permintaanmu"
Sabda Nabo s.a.w : Ad duaa'u mukkhul ibaadah"- Doa itu sumsum ibadah
Doa pasti dimaqbulkan : sabda Nabi s.a.w yang ertinya :
Bahawasanya orang yang mendoa itu tidak akan luput dari salah satu antara 3 perkara meskipun tidak sama dengan apa yanag diharapkan:
1-diampunkan dosanya
2-diberikan kebajikan dengannya
3-diberikan kebaikan yang dikemudiankan
Adab mendoa:
1-meneliti waktu maqam ijabah, misalnya hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat, sesudah sembahyang tengah malam
2-dalam waktu yang mulia, misalnya ketika berperang, dalam sembahyang pada waktu di antara azan dan qamat, tengah berpuasa, ketika berusaha, kerana sakit atau dianiayai dan sebagainya
3-mengadap ke kiblat sambil mengangkat kedua tangan
4-tidak bersajak (menyanyi)
5-merendahkan diri, tekun dengan penuh cinta dan takut
6-melemahkan suara
7-bersungguh dan diulangi tiga kali
8-meneguhkan hati bahawa doanya pasti dimaqbulkan
9-dimulai dan diakhiri dengan Alhamdulillah dan selawat
10-membaca syahadah dan taubat terlebih dahulu
Kunci doa:
sudah ijma' bahawa mendoa itu ibadat, seluruh ibadat syarat-syaratnya "Islam" dan sah Islamnya sesudah ikrar membaca kedua "syahadah"
Kerana demikian, sebelum mendoa hendaklah membaca kedua syahadah. segala sesuatu janganlah lupa membaca : Bismillahirrahmanirrahim
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan