BLOG INI DIBANGUNKAN UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT DAN PENGALAMAN SERTA BERTUKAR PANDANGAN UNTUK MENAMBAHKAN KEIMANAN
KAMI MOHON RESTU MU YA ALLAH
Selasa, 29 Mac 2011
IHSAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM
Setiap Muslim hendaklah menyempurnakan segala amalan ibadat sebaiknya bertepatan landasan digariskan Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w Wadah ini penting supaya amalan diterima tanpa sebarang cacat cela dan memperoleh ganjaran berlipat ganda di sisi Allah s.w.t
Ibadat solat contohnya, setiap Muslim dituntut segala syarat dan rukun solat dengan sempurna di samping dituntut khusyuk dan tawadhuk supaya solat itu dapat mencegahnya daripada kemungkaran dan maksiat. Firman Allah s.w.t maksudnya :" Dan dirikanlah solat (denga tekun), sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar".- Surah al Ankabut ayat 45.
Perlu diingat bahawa ihsan bukan sekadar memelihara hubungan baik dengan Allah semata-mata, malah ihsan juga merangkumi perbuatan baik dan perlakuan sesama manusia, sama ada bersangkutan perkara duniawi dan ukhrawi. Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya Allah mewajibkan berihsan (menyempurnakan sesuatu dengan baik) dalam semua perkara." ( Hadis riwayat Muslim)
Imam al Asfahani mentafsirkannya ihsan dalam muamalat dengan dua pengertian iaitu :
1-memberikan limpahan nikmat untuk kesejahteraan dan kepentingan pihak lain,
2-mempertingkatkan kualiti kerja
Hadith Riwayat Muslim: " Seseorang Muslim adalah bersaudara dengan seorang Muslim yang lain. Janganlah kamu menzaliminya, jangan pula menghinanya dan juga jangan merendahkan mereka."
Begitulah antara makna konsep Ihsan yang wajib diterapkan dalam pentas kehidupan manusia untuk mewujudkan masyarakat harmoni, sejahtera serta diredhai Allah s.w.t. Tidak dilupakan, ihsan juga dianjurkan terhadap binatang. Imam Muslim pernah meriwayatkan satu hadith bahawa Saidatina Aisyah bersama Rasulullah s.a.w ketika dalam satu perjalanan jauh, menunggang unta yangsusah hendak dikendalikan. Lalu Saidatina Aisyah memalingkan unta itu ke kanan dan ke kiri. Rasulullah s.a.w menegurnya lalu bersabda yang maksudnya :
"Wahai Aisyah! Kamu hendaklah menaruh belas kasihan (ihsan). Sesungguhnya apabila ihsan masuk ke dalam sesuatu, maka hendaklah ia menghiasinya. Dan apabila ihsan terkeluar daripada sesuatu, maka ia akan rosak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan