Khamis, 31 Mac 2011

MEMASYARAKATKAN POLIS DAN MEM'POLIS'KAN MASYARAKAT



Satu Forum Perdana Hal Ehwal Islam telah di adakan di Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang pada jam 9.00 malam, 29 March 2011. Tajuk Forum tersebut ialah : MENJAGA KEAMANAN DAN KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA.

Barisan ahli panel ialah :
1-Yang Berbahagia Dato' Wira Ayob b Yaacob-Ketua Polis Negeri Pulau Pinang
2-Yang Berbahagia Dr Ahmad Basyir b Abdul Aziz- Pensyarah Universiti Utara Malaysia(UUM) Sintok
3-Yang Berbahagia Ustaz Roslan b Che Ros- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

di mana forum ini telah dimoderatorkan oleh : Tn Hj Muhammad Imran b Ibrahim Penolong Pengarah Takmir, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

Program forum ini adalah bersempena dengan Hari Polis yang ke 204 tahun  di mana Pulau Pinang sungguh bertuah kerana tahun penubuhan Polis yang pertama di negara ini adalah pada tanggal 25 March 1807 juga di Pulau Mutiara ini. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Dr Hj Abdul Rahman b Hj Abbas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Ketua Polis Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa kadar kes jenayah pada tahun 2010 menunjukkan kadar penurunan yang sangat drastik iaitu sebanyak 27.1 %. Untuk itu Pulau Pinang merupakan negeri contoh dan terbaik seluruh Malaysia yang bukan sahaja dapat membendung kes jenayah bahkan menurunkan kadarnya dari negeri-negeri yang lain. Jesteru keamanan dan keselamatan itu perlu dikekalkan bersama demi menjadikan negeri ini maju dan akan dapat memacu kecemerlangan negara.

Yang menarik ialah kata-kata Ketua Polis sendiri bahawa untuk menjaga keamanan dan keselamatan ini adalah hasil dengan mengembalikan Polis kepada menghayati peranan Masjid. Masjid merupakan penanda aras kepada masalah sosial masyarakat. Jika masjid itu diimarahkan dan dijaga daripada sebarang pergaduhan serta perpecahan makan kita boleh melihat hasilnya pada hari ini.

Dr Basyir pula menyatakan bahawa tindakan penjenayah dalam mebuat kerosakan dan kezaliman di negara ini mengakibatkan kerugian harta benda, kehilangan nyawa dan kemusnahan alam dan mengaitkan ia dengans ebuah hadith Rasulullah s.a.w "Demi di mana diriku di bawah kekuasaanNya, maka  akan datang kepada manusia suatu zaman di mana seorang pembunuh tidak tahu sebab mengapa ia menjadi pembunuh dan manakala orang yang dibunuh pula tidak tahu sebab mengapa ia dibunuh." Hadith riwayat Muslim.

Kemakmuran dan keamanan yang sedang dikecapi sekarang ini tidak mustahil akan hilang sekiranya jenayah dan masalah sosial tidak kita bendung secara bersama. Polis dan masyarakat mengamalkan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Sikap suka mementingkan diri sendiri, sombong, suka menyebar fitnah, menghasut dan memburuk-burukkan orang lain serta membuka keaiban orang lain. Takutlah bala Allah s.w.t kerana ianya tidak mengira orang yang kafir, ahli maksiat atau orang soleh pasti diturunkan sekali seperti bencana yang berlaku di , New Zealand, Jepun, Indonesia dan terbaru di Myanmar.

Us Roslan Che Ros pula menambah perlunya masyarakat mempunyai 3 uslub dakwah yang diamalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w : Dakwah Bil Hal, Lisan Maqal dan Akhlak Karimah.Hadith riwayat Muslim: "Barangsiapa di antara kamu melihat berlakunya kemungkaran, maka hendaklah diubah dengan tangannya(kuasanya) dan sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah diubah dengan lidahnya, dan sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah diubah dengan hatinya (benci dengan hati), dan yang demikian itu adalah selemah-lemah imam".

Ju'un dan Khauf  dalam surah al Quraisy adalah ujian Allah kepada manusia. Dengan sebab 2 perkara inilah terjadinya ketidak tentuan dan kestabilan negara dan ianya juga adalah penentu kepada keamanan dan keselamatan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan