Rabu, 2 Mac 2011

BALASUNGKAWA TUAN HAJI MOHD ZAIN B SAAD GURU TAKMIR PENAGA


Innalillahi wa inna ilaihiraji'un
Hari ini -2 Mac 2011-gugur lagi sebutir bintang dipersada ilmu Pulau Mutiara dengan kematian Allahyarham Tuan Haji Mohd Zain b Saad guru takmir kawasan Penaga Daerah Seberang Perai Utara yang banyak menabur jasa dan bakti kepada masyarakat setempat terutama umat Islam.

Beliau diberitakan meninggal sebelum subuh ketika terjatuh semasa di bilik air di rumahnya. Allahyarham sempat bersama dengan program sambutan Jubli Perak 25 tahun Takmir dan Perjumpaan Bersama Perdana Menteri di PWTC baru-baru ini.

Jodoh pertemuan dan ajal maut adalah kehendak yang Maha Pencipta. Warga Takmir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang mengucapkan takziah kepada keluarga beliau di atas pemergiannya mengadap Ilahi. Jasa dan bakti yang ditabur hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Beliau merupakan seorang guru takmir yang berdedikasi dan sangat komitmen dalam tugas yang diamanahkan. Juga merupakan bekas imam di kawasan Penaga. Setiap program yang dianjurkan oleh Unit Takmir akan dihadiri oleh beliau menunjukkan sokongan dan konsisten beliau dalam proses penyebaran dakwah Islam di bumi yang bertuah ini.  Kami mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan soleh di dalam jannatul firdaus, amin ya Rab!

Al Fatihah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan